Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 7, 2012

Hasan Ali Dahulu Boleh Jumpa DAP Dalam Rahsia

Baru-baru ini sewaktu berceramah di BAngi, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik

Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (yakni hak istimewa orang-orang Melayu).

Komen Tulang Besi dipecahkan kepada dua bahagian:

1.0 Pertamanya, Artikel 152 Perlembagaan Singapura menyatakan dengan jelas Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu di Singapura. Walaupun PAP telah memerintah Singapura lebih 50 tahun, mereka tidak pernah memadamkan Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura.

Oleh sebab itu, di manakah kewarasan dakwaan HAsan Ali bahawa DAP akan menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? (Untuk membaca berkenaan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura, klik di sini)

2.0 Sikap permusuhan Hasan Ali dengan DAP ini sebenarnya baru dan bermula apabila Hasan Ali tidak dilantik jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, pada satu masa dahulu, Hasan Ali pernah menganjurkan mesyuarat rahsia dengan DAP bagi membincangkan kerjasama antara kedua parti. Ia berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya tahun 2004.

Pada waktu itu, DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tiada hubungan politik dengan PAS.

Namun, perhimpunan tersebut telah diadakan di antara Hasan Ali bersama seorang kepimpinan DAP yang agak "senior".

Antara keputusan yang diperbincangkan adalah persetujuan untuk DAP dan PAS tidak bertanding sesama sendiri dan tidak menyerang sesama sendiri di dalam media.

Pertemuan tersebut cukup rahsia sehingga ia telah diadakan pada larut malam. Juga, sebelum ke tempat pertemuan, Hasan Ali telah bertukar kereta di laman letak kereta Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tulang Besi tahu akan pertemuan ini kerana Tulang Besi adalah antara penganjur pertemuan rahsia antara Hasan Ali dengan DAP ini.


Kalau ada yang kata Tulang Besi berbohong, lautan yang dalam jangan diduga. Tulang Besi boleh bersumpah dalam hal ini bila-bila masa sahaja.

Namun, pada hari ini manusia yang sama bernama Hasan Ali ini ke sana ke mari mengutuk dan menista DAP.

Jelas pada Tulang Besi, Hasan Ali tidak lebih seorang penipu dan pembohong tahap pencacai. Perjuangan Hasan tidak lebih untuk merebut jawatan dan pangkat semata-mata.

Inshaalah, semakin lama semakin banyak perangai hipokrit Hasan Ali ini akan terdedah satu demi satu.

Tulang Besi


ps Article 152 Minorities and Special Position of Malays

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam ramai ramai pemimpin DAP, Hassan Ali paling rapt dgn Rhonnie Liu...walau dalam kes 7-11 dulu nampak diaorg bercanggah....

Anonymous said...

Penyokong PR kan x pcaya dgn kaedah bsumpah, apsal nk bsumpah plak dlm perkara ni? Hipokrit btul. Tentang singapura, kalau tertulis dlm perlembagaan tapi realitinya org melayu singapura dikenakan mcm2 sekatan dlm beragama, buat apa? Samalah nanti jika DAP dpt memerintah, dlm perlembagaan Msia mmg dinyatakan hak istimewa melayu, tapi nanti perlaksanaannya x kan ada. Kalau betul Dap nk memperjuangkan perlembagaan, dia kena tukar dulu perlembagaan parti dia yg inginkan samarata.Malaysian malaysia. Yg memang jelas ramai pengikut mereka x suka dan ingin tukar perlembagaan malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.