Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, February 6, 2012

Hasan Ali Dibuang dari MAIS?

Tulang Besi mendengar khabar angin bahawa HAsan Ali telah dipecat dari MAIS sebagai Timbalan Pengarah MAIS.

Jawatan beliau itu telah diganti dengan orang lain yang pernah menjadi pegawai kerajaan yang senior.

Kalau khabar angin ini benar, maka jelaslah bahawa HAsan Ali sebenarnya tidak disukai oleh "Kayangan".

Walaupun dia mendakwa dia memperjuangkan Raja, tapi apa yang Tulang Besi tahu tiada Raja dalam Malaysia ini yang menyukai mahupun menghormati beliau.

Beliau tidak lebih hanyalah perkakas kepada sesetengah pegawai Istana yang menjadi alat kepada UMNO.

Sekarang ini, beliau tidak lebih dari perkakas UMNO yang digunakan untuk menyebar fitnah dan khabar angin berkaitan dgn PAS.

Parasit yang beliau gelarkan itu adalah mereka yang menentang gagasan perpaduan dengan UMNO.

Dan sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Hasan Ali kemaruk mahu bersama UMNO kerana telah dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor.

Setelah tidak menjadi Menteri Besar, kerjanya cuma menyebar fitnah berkenaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada kepimpinan2 PAS.

Berbagai-bagai kesah yang beliau sebarkan kepada kepimpinan PAS yang berbentuk fitnah atau separuh benar.

Para pembaca boleh mendengar salah satu pembohongan Hasan Ali di sini.

Pernah sekali setelah bertubi-tubi Hasan Ali menghentam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, seorang AJK PAS Pusat meminta beliau membuat laporan secara bertulis di atas segala dakwaan beliau.

Sehingga hari beliau dipecat, laporan tersebut tidak pernah dibentangkan kepada AJK PAS Pusat.

Itulah dia HAsan Ali. Perjuangannya hanyalah untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Mereka yang dianggap menghalang beliau menjadi MB Selangor dipanggil parasit oleh beliau.

Apabila kegiatan sabotaj beliau memuncak, Hasan Ali telah dipecat.

Sekarang beliau tidak lebih perkakas untuk UMNO. Jauh sekali beliau akan menjadi MB Selangor.

Hanya menjadi perkakas UMNO selama-lamanya. Samalah seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mat Nor, Lokman Adam dsbnya.

Tulang Besi

8 comments:

Atas Pagar said...

Tak sangka orang yang mengaku memperjuangkan Islam gemar kepada khabar angin. Entah ajaran Islam versi mana yang diikutinya sehingga khabar angin dijadikan modal.

Anonymous said...

Alhamdullillah.
Amat lah tidak baik memburuk buruk-kan orang lain, apa tah lagi se sama bangsa dan se agama sendiri.

Anonymous said...

Nabi saw semasa nak berperang pun akan mesyuarat dulu dgn para sahabat..kadangkala ada idea baginda yg bukan wahyu daripada Allah tidak dipakai jika ada idea sahabat lain yg lebih baik..Hassan ali pulak lagaknya lebih hebat daripada nabi saw sbb dia tak payah pergi meeting (lepas tak dilantik pjaya selangor) & cukup pakai idea dia sorang..sbb dia kan pakar motivasi..ada phd..orang lain semua tak boleh pakai..inilah jadinya bila manusia jenis riyak..

batu pelangi said...

Semalam 6.2.2012 Ceramah YB Khalid Samat Di Taman Kota Wira Kamunting
telah menerangkan segalaxnya siapa
sebenarnya Hassan Ali ini.So sahlah
celaka ini jenis mengejar keduniaan
untuk keturunannya saja.

swiftlet fly said...

I am a Buddhist and having live all my life here in my beloved country l call home MALAYSIA, may l respectfully say that l understand ISLAM forbids slandering and muslim should not slander because 'MENFITNAH ADALAH LEBIH BERDOSA DARI MENBUNUH'. Why Hassan Ali behave like what he is now really makes me very doubtful of his NIAT as a Muslim!? It is timely perharps for the Royalty to issue a decree not to allow any individual to tarnish the good name of ISLAM, ISLAM is for mankind.....

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru said,

kami sudah lama (sejak kekalahan di pas di n sembilan) dok minta PAS pusat wallop hassan mangkuk ali tapi takde apa apa. pemuda bangsat pas dok membela mangkuk ayun ni. pemuda pas d sogok dengan projek repair surau yg tak perlu repair... skrg pemuda dah jadi separuh murtad... dah merasa duit korupsi... mcm mana pemuda pas boleh ada manfaat pd parti? kencing dah telan... MOHON PAS PUSAT JANGAN LETAK PEMUDA PAS SEBAGAI CALON PRU 13!!!!

petikan
malaysiabaru

Anonymous said...

kerajaan perpaduang Palestin... http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/02/20122610416298264.html

Anonymous said...

1.Bila zol nordin dan hassan ali telah keluar dari pkr dan dikeluarkan dari Pas!orang melayu sudah tahu kemana arah pkr dan pas!jadi talibarut komunis dap!kedua-dua nya nampak kemana islam hendak dibawa oleh pkr dan pas!
2.tunggu pru 13 nanti!sudah agak kemana arah mengundi majoriti orang melayu nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.