Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 3, 2012

HAsan Ali = IMR. Pakatan Rakyat = IMRB

Hasan Ali ke hulu ke hilir berkata dia memperjuangkan IMR - Islam, Melayu dan Raja.

Kalau kita rujuk Buku Jingga, kita akan jumpa:

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ertinya Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah:

Islam.
Melayu.
Raja.
BAHASA MALAYSIA
Dengan kata lain, Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari IMR Hasan Ali kerana Hasan Ali tidak memperjuangkan kedudukan Bahasa Malaysia. Hanya 3 perkara. Sedangkan Pakatan Rakyat memperjuangkan 4 perkara.

Sekaligus ini juga membuktikan perjuangan Hasan Ali tidak releven kerana Pakatan Rakyat jauh ke hadapan di dalam memperjuangkannya.

Tulang Besi


4 comments:

Anonymous said...

Wahai Ustaz Hassan Ali..
Memndangkn Ustaz sdang sbuk b'ceramah..
Sy ada sdikt p'mintaan utk Ustaz bncangkn dlm ceramah ustaz yg akn datang..
Ustaz, tlong bncngkn isu isteri PM Rosmah yg sll m'bazir 'shoping' m'habiskn b'juta dt rakyat..
tlong nasihatkn sharizat UMNO b'salah rasuah songlap ratusan juta dt kerajaan..
tolong nasihatkn apakah hukumnya hubungan nasihat UMNO dgn APCO (yahudi)..
tlong tegur MCA, PM Najib, bekas PM Mahathir dn lain2 berkenaan pernah p'lekeh p'laksanaan hukum hudud di M'sia..
tlong nasihat kt PM Najib sblum ni ada jmpe ketua paderi dn bekas PM Mahathir kwan baik dgn yahudi..
tlong ye ustaz..sy hrap ustaz dpat bncang dan selesaikn mslah tersebut..
terima kasih..

Anonymous said...

Tak payah kau nasihat, dia tahulah apa yang dia cakap, kalau tak reti duduk diam saja. Kalau takat nak sebar fitnah tak payah, buat dapat dosa saja. Tugas hasaan ali mendedahkan penyelewengan politik dalam pas apabila masuk pakatan. Sedarkan org melayu, kini pas serupa saja macam parti lain, dah tiada matlamat negara islam lagi. Kembalikan perjuangan asal.. Ingat lah, rakyat jadi muak dan meluat dengan isu yang dirokok tambah hingga menjadi fitnah sebagaimana dibawa juak juak pakatan ni. Dulu zaman pas dan dap sebagai pembangkang taklah seteruk ni, sekarang ni masuk satu lagi pkr, dah jadi kilang fitnah pulak.

Anonymous said...

baca komen anonymous Feb 4,2012 346pm..
aku rase berita tv dgn radio lagi fitnah..
dhla fitnah pas2 kalah kes mahkamah..
malula skit, konon nk ajar org ramai la tu...
hampeh..UMNO=PEMIMPIN KAKI RASUAH

Anonymous said...

En. Anonymous feb4, 2012 3:46 PM..
Tq sebab ulas backup Hassan Ali..
Klu camtula gayanya, masuk UMNO balik la kut Hassan Ali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.