Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 8, 2012

Tulang Besi Gembira kerana Cerita HAsan Ali Terbukti Benar?

Ramai yang ucap tahniah kepada Tulang Besi. Alasannya, kerana segala pendedahan Tulang Besi dulu berkaitan Fraksi UMNO, "geng Perpaduang", Hasan Ali, sabotaj Sept 16 dan sebagainya terbukti benar.

Tidak kurang juga yang bertanya apa perasaan Tulang Besi apabila perjuangan Tulang Besi melawan Geng Perpaduang berjaya. Menurut mereka, geng perpaduang dalam PAS boleh dikatakan sudah memasuki alam barzakh.

Secara jujur Tulang Besi jawab Tulang Besi merasa sedih dan berduka cita. Sedikit pun Tulang Besi tidak merasa gembira. Walaupun ada rasa syukur tetapi syukur Tulang Besi adalah kerana Allah SWT menghalang PAS dari jatuh ke dalam gaung yang sama buat kali kedua.

Ibarat kereta yang eksiden jatuh gaung. Kalau pertama kali jatuh, mungkin masih boleh dibaiki. Namun, kalau sudah jatuh gaung kali kedua, alamat jadi besi buruklah nasibnya.

Tulang Besi juga berkata tiada apa yang ada untuk digembirakan.

Bagi Tulang Besi, sebelum 2008 tempohari, Hasan Ali ikhlas di dalam memperjuangkan Islam melalui PAS. Hasan Ali juga ikhlas mahu mengubah imej PAS dari sebuah parti yang tertutup kepada sebuah parti yang menggunakan kaedah dakwah yang lebih hikmah dan lunak.

Namun, HAsan Ali termakan godaan syaitan laknatullah. Selepas 2008, janji jawatan Menteri Besar datang kepadanya melalui hamba-hamba iblis yang dikenali sebagai UMNO.

Godaan tersebut nampaknya terlalu kuat untuk Hasan Ali melawannya. Beliau jatuh dan termakan godaan iblis.

Segala yang diperjuangkannya selama ini, segala yang dikorbankan sebelum ini, segaa yang ditempuhi sehingga kini sia-sia jadinya.

Selepas gagal mendapat jawatan Menteri Besar Selangor, HAsan Ali telah bertukar 180 darjah. Dari seorang pejuang kepada seorang pengkhianat.

Dari seorang yang menyebarkan kebenaran kepada seorang yang menyebarkan fitnah dan dusta.

Kerja HAsan Ali selepas 2008 adalah melaga-lagakan parti2 komponen Pakatan Rakyat. PAdahal, sebelum 2008, beliaulah penyokong kuat kerjasama antara parti-parti lain bersama PAS.

Bayangkan, selepas 2008, Hasan Ali sanggup bekerjasama dengan manusia2 dalam PAS yang pada tahun 2007 memfitnah HAsan Ali sebagai seorang sekular.

PAda ucapa penangguhan beliau sewaktu Muktamar 2007, beliau menyatakan kekesalan kerana dituduh sebagai seorang sekular.

Selepas 2008, kumpulan yang memfitnah Hasan Ali ini menjadi kawan Hasan Ali semata-mata kerana jawatan MB Selangor serta agenda PERPADUANG.

Kita masih ingat kalimah wala' yang diungkap saban kali selepas 2008. Wala' dijual dan dikempen kepada ahli2 PAS kerana ditakuti ahli2 PAS menolak gagasan perpaduang yang menjadi agenda utama Hasan Ali dan kumpulan ulama di dalam PAS.

Maka, tiada sebab Tulang Besi mahu gembira. Apabila seorang hamba Allah jatuh ke dalam gaung godaan syaitan, kita tidak boleh gembira. Kita wajib insaf dan berdoa supaya kita tidak jatuh ke dalam gaung yang sama.

Sedikit masa lagi, UMNO akan melihat Hasan Ali sebagai liabiliti. Di kala itu, Hasan Ali akan sedar bahawa beliau keseorangan dan terpulau. UMNO yang diharap membantu beliau telah meninggalkan beliau.

PAS yang beliau nista dan fitnah sudah tentu tidak akan membantu beliau lagi. Beliau akan jadi kera sumbang di kala itu.

Kawan yang beliau khianati sudah jauh meninggalkan beliau. Musuh yang beliau anggap kawan sudah membuang beliau jauh.

Tinggalah Hasan Ali nanti dengan "reject" PAS seperti Norman Toha, Hasan Basri dsbnya.

Di kala itu, diharapkan Hasan Ali sedar beliau telah tertipu dengan godaan Syaitan. Di kala itu, sesalan sudah tidak berguna.

Bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna.

Begitulah hendaknya.

Tulang Besi

ps Arwah ayah tulang besi dahulu adalah perwakilan PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Kampung Baru yang telah bangun membantah cadangan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Mesyuarat Agung Khas di Dewan Bahasa Pustaka.

10 comments:

tungkaran hati said...

Teringat kata-kata Nik Aziz yang sanggup bersahabat dengan Syaitan sekali pun untuk memenangi pilihanraya!

Anonymous said...

1.apa yang benarnya!apa yang hang dok syok tu!hang tak mau pemimpin yang pertahan orang melayu dan islam dari di pedajaikan oleh kapiaq dap!
2.bodoh kot hang ni!!

Anonymous said...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan dalam satu perhimpunan di Shah Alam bahawa tidak kisah Pas diperkudakan oleh DAP dan DAP yang diperkudakan oleh Pas asalkan jangan 'diperlembukan' oleh UMNO. Nauzubillah jika benar seperti ini, ia bakal menjahanamkan orang melayu. DAP memang percaya, PAS memang berkesan untuk memecahkan orang melayu disebabkan ramai ulama dlm PAS dan mempunyai pengikut yang taat.

Anonymous said...

Ahhh? Selama ni orang melayu tak jahanam ker? Paling bersih dan hebat ke serata dunia?

Anonymous said...

Jahanam dari segi sekatan dan memperlekehhan islam la..org melayu jahanam skrg sbb x ikut islam.bukan salah umno.si ibu bapa x ikut islam, keluarga jadi jahanam.kalau dap memerintah, melayu msia jadi mcm melayu singapura. Walaupun melayu msia ramai, ekonomi negara, org kaya berduit, 80% org cina + india. Mmg tertindas la kaum majoriti ni.

kekura said...

hebatkan tulang besi.
tahu je bila orang tu dah dirasuk syaitan. ini mesti dah hafal al-quran 30 juzuk dan menguasai ilmu hadis, dan benar2 zuhud kepada ALLAH baru sampai taraf ni. lepas tu tak pernah fitnah orang. hati tulang besi ni mesti suci murni. malam2 mesti solat tahajud seumpama nabi buat sampai pecah tumit kaki tulang besi dan bermunajat kpd ALLAH mohon ampun biarpun utk dosa sekecil zarah. siang pula jaga pancaindera dan anggota tubuh dari buat sesuatu yg ALLAH larang, termasuklah mengumpat, menyampai berita tak pasti betul atau tidak, hormat pula ulama walaupun berbeza pendapat dgn anda.

apa yg menyebabkan anda kata hasan ali dirasuk syaitan, wahai tulang besi? dia kondem pas, tulang besi pun kondem sama. hasan ali membebel ntahapa2ntah, tulang besi pun 2x5. hasan ali ckp ada parasit tp dia tak panggil ulamak sebagai ostad dan perlekeh ulamak dgn apa cara sekalipun tp tulang besi ckp ada parasit dlm pas dan tulang besi perlekeh ulama yg anda tak setuju.

adakah saya dirasuk syaitan. pra 2008, sy sgt gembira dgn pas bila ramai profesional mula berjinak2 dgn pas. tp lama2, tak payah baca surat khabar utusan meloya, tgk saja peel org2 mcm tulang besi ni, hasan ali, khalid samad, aduka taruna, pengikut ajaran sesat (penarikbeca-syiah) dan ramai lagi yg tak cuba sedaya-upaya utk berperangai dan bertindak mcm nabi, sy mula panas hati dgn pas.

tp sy keliru. dulu2, Qadiani kata orang lain telah dirasuk syaitan pasal tolak dia sebagai nabi. alih2 bila nak mati, baru dia tahu rupa2nya dia sendiri yg dirasuk syaitan bila mana sumpahnya dlm akhbar dia (ala2 blog masa kini lah).

berhati2lah wahai tulang besi. ALLAH memberi amaran bahawa ada manusia menyangka dia buat kebaikan tp hakikatnya dia buat sebaliknya. sblm tulang besi ckp "amaran ini sesuai dgn hasan ali", kita kena reflek diri kita dulu adakah kita termasuk dlm golongan ini?

raj.ckw said...

DOA SEMOGA ALLAH INSAFKAN INSAN BERNAMA TULANG BESI

Ya Allah, Tuhan semesta alam, yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Yang mencipta manusia dari setitik air mani dan menjadikannya KhalifahMu ya Allah.

HambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini ingin sujud memohon keampunanMu. Sesungguhnya Eangkaulah yayang Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Ya Allah Ya Rabbi, ku pohon semoga Engkau bukalah pintu hati, fikiran dan benak Tulang Besi, saudara SeIslamku. Terangilah hatinya dengan Nur kerahmatanMu. Tunjukanlah jalan sirotolmustaqim yang lurus dan tidak menyesatkan.

Kau turunkanlah hidayahMu agar terang penglihatan Tulang Besi atas apa yang ada di alam maya mulikMu ini, ya Allah, agar dia dapat mengucapkan kalimah Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran. Bekalkanlah bala tentera para Malaikat Mu untuk melindunginya dari hasutan syaitan, jin, iblis, hantu dan manusia-manusia yang sejenis dengannya.

Ya Allah, peliharalah ibu-bapa, saudara-saudara, anak-cugu Tulang Besi kerana kesemua mereka tidak bersalah. Mereka, khususnya anak-cucu Tulang Besi, adalah harapan bangsa kami, bangsa Melayu, di masa akan datang. Berilah mereka kekuatan keimanan yang senantiasa manyanjungiMu ya Allah.

Amin! Amin Ya-Rabbul-Alamin!

raj.ckw said...

DOA SEMOGA ALLAH INSAFKAN "TULANG BESI"

Ya Allah, ya Tuhanku. Tuhan semesta alam yang menjadikan langit dan bumi, siang malam, syurga dan neraka.

HambaMu yang lemah dan tidak berupaya ini sujud memohon kepadaMu ya Allah agar saudaraku Tulang Besi dilimpahkan rahmat dan nurMu ya Allah. Bukakanlah pintu hatinya dan isi didalamnya intipati dan halwa keimanan; bukakanlah fikiranya agar dapat beliau menikmati kemanisan keikhlasan dan kesyukuran.

Ya Allah Ya Rabbil Alamin, rahmati juga ibu-bapa, sanak-saudara dan anak-cucu Tulang Besi. Sesungguhnya mereka tidak mengerti apa-apa dan berserah kepadaMu ya Allah.

Terangilah jalan dan sirrotol-mustaqim yang akan dilalui oleh Tulang Besi. Luruskanlah jalan itu ya Allah dan jauhi darinya kesesatan. Lindungi Tulang Besi dari hasutan dan bisikan syaitan, iblis, hantu dan manusia-manusia yang seiringan dengannya ya Allah.

Semota rahmat ketaubatan akan menyelinap dilubuk sanubari saudaraku, Tulang Besi. Semua ini atas kekuasaanMu ya Allah.

Amin. Amin Ya-Rabbil-Alamin!

terapi minda said...

Hassan Ali ingin memperjuangkan ISLAM. Tetapi tidak ramai yang boleh mengikuti rentak politik yang dibawanya. Sebab selagi ISLAM dicampur-adukkan dengan politik menghalalkan semua cara. Maka politik akhirnya menjadi politik celaru bertopengkan ISLAM.Nabi Muhammad SAW juga berpolitik tetapi politik asasnya TAQWA.

terapi minda said...

Politik berasaskan menghalalkan semua cara maka jadilah politik celaru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.