Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 13, 2012

Ada Keluarga Miskin yang Dihentikan Menerima Bantuan Zakat

ULASAN: Mulanya keluar berita keluarga2 Islam miskin terpaksa minta bantuan gereja untuk meneruskan hidup kerana ditolak permohonan mereka untuk bantuan zakat.

Selepas itu kita dengar seorang doktor telah mewaqafkan tanah dan rumah beliau untuk orang-orang miskin namun telah ditinggalkan terbiar oleh pihak berkuasa zakat.

Sekarang ni timbul pula cerita keluarga2 yang selama ini menerima bantuan zakat tetapi dihentikan.

Jelas kepada kita Pusat Zakat Selangor wajib diaudit oleh pihak ketiga serta laporan audit wajib dibentangkan kepada seluruh umat Islam di Selangor. Malahan, laporan audit tersebut wajib dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran zakat di Selangor, ingin saya ingatkan bahawa wang kutipan zakat ini bukan milik bapak dan emak kamu. Ia milik Allah dan Allah SWT mewajibkan wang tersebut diagihkan kepada yang layak. Sekiranya pentadbiran zakat ini diseleweng, maka tunggulah bala bencana yang akan diturunkan oleh Allah SWT kepada semua orang Islam di Selangor.

Banjir di Lembah Jaya serta ribut taufan di Shah Alam baru-baru ini sepatutnya menjadi iktibar kepada umat Islam di Selangor supaya bertindak cepat berkaitan pentadbiran zakat di Selangor. Sebelum diturunkan Allah SWT lebih banyak bencana lagi selepas ini.


Tulang Besi mendapat banyak khabar2 yang tidak menyenangkan berkaitan dengan perbelanjaan wang zakat di Selangor. Ada kawan2 yang mendapat laporan dari syarikat2 audit yang dilantik oleh badan zakat di Selangor yang memberitahu secara lisan berkaitan dengan perbelanjaan.

DAn, hairan seribu kali hairan apabila terdapat usaha yang gigih bagi menutup peluang rakyat Selangor untuk memeriksa akaun zakat serta rekod pentadbiran zakat di Selangor.

Kalau pentadbiran zakat tidak diaudit dengan secara terbuka, cerita2 seram seperti ini akan terus menerus keluar. Yang akan menderita adalah orang2 miskin yang beragama Islam.

Sepatutnya hasil zakat yang beratus juta setahun itu untuk membantu orang susah dan lemah. yakni "
Ayam berinduk, sirih berjunjung".


KLIK IMEJ

3 comments:

Anonymous said...

kenapa TB, kerajaan negeri selangor selewengkan wang zakat ker??? bahaya ini dan akan mengundang bala ALLAH nanti...

pakcik lan said...

Bongok lagi! Pentadbiran agama dok bawah sultan negeri2 lah! Hg pi Tanya sultan lah. Ataupun hasan akidah, klu hg kenai dia

Waris said...

Assalamualaikum,

Kadang2 bila dikaji ada pulak segelintir asnaf yg jenis pemalas. Mereka menganggap duit zakat ni macam duit pencen kekal sampai mati. Padahal fungsi zakat sebenarnya lebih luas dari itu.

Pusat zakat juga ada menyediakan peluang-peluang perniagaan dgn modal memulakan perniagaan disediakan oleh pihak zakat.

Badan sihat cergas tapi pemalas. Masih berotak melayu jenis pemalas. Ada di antara mereka lebih rela terima pencen zakat 300 ringgit sebulan tanpa berkerja drp berusaha dgn modal yg disediakan oleh pusat zakat dgn potensi pendapatan antara 1500 ke 2000 sebulan.

Ambil contoh bagaimana Umar Abdul Aziz boleh bebaskan rakyat dari kemiskinan sehingga mencapai satu tahap di mana amat sukar utk mencari penerima zakat. Penerima zakat sebelumnya telah menjadi pembayar zakat pula.

Rumusannya ialah orang melayu perlu membuang jauh jauh otak melayu mereka. Tukar kepada otak Islam sebenar. Contoh otak melayu yg paling primitif ialah otak hasan ali dan otak ibrahim ali. Melayu bukanlah contoh terbaik umat Islam di dunia ini.

Melayu perlu mengenal diri mereka. Jangan hidup terlalu bergantung dengan budaya subsidi. Islam sebenar bukanlah apa yg dibudayakan oleh umat melayu sekarang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.