Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 20, 2012

Anwar Ibrahim Saman Suratkabar Longkang

ULASAN: Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sebagai respon kepada laporan Utusan Malaysia muka depan yng memetik tuduhan Datuk S. Nalakaruppan menuduh Anwar sebagai Bisexual.

Di dalam kenyataan ini Utusan Malaysia dirujuk sebagai mengamalkan "Gutter Journalism" yang secara mudahnya boleh diterjemah sebagai "SuratKabar Longkang".

Tulang Besi bersetuju dengan analisa di bawah. Setelah Najib membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau bachul dan tidak berani berdebat dengan Anwar, digunakan suratkabar longkang untuk menyebarkan fitnah dan kata dusta terhadap Anwar.

Seharusnya Najib berhenti mengamalkan politik longkang ini dan berdepan dengan Anwar Ibrahim sebagai anak jantan. Janganlah pula selepas ini ada yang akan melabel Dato Najib sebagai PONDAN


Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.


Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim begins legal action against Utusan Malaysia & S. Nallakaruppan

I refer to the report published today in the front page of Utusan Malaysia alleging that Federal Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is bisexual and unfit to be the opposition leader. The allegations which are attributed to S Nallakaruppan are completely false, politically motivated and the worst kind of gutter journalism.

Prime Minister and UMNO President Najib Razak is fully responsible for this vile attack made by the UMNO-owned Utusan Malaysia upon Anwar Ibrahim. Instead of agreeing to Anwar's challenge for a public debate on policies and the economy, Najib has resorted to the lowest kind of character assasination through Utusan Malaysia. Utusan Malaysia's intolerance and lack of scruples reveals the true face of Umno and Najib, and makes nonsense of Najib's show of moderation and reform. Dishonest,unbalanced and unfair news reporting on political matters is usual among the BN-controlled print and electronic media. However, the UMNO-owned Utusan's continuous descent into lies,deceit and vicious political and race baiting has no parallel in the history of Malaysian journalism.

In these circumstances, Datuk Seri Anwar Ibrahim has commenced legal proceedings.Through his solicitors, he has on 20.3.2012 issued demand notices to Utusan Melayu(Malaysia) Bhd which is the owner of Utusan Malaysia and its Editor demanding retraction of the above allegations, an apology and damages in the sum of RM 100 million. A similar notice has been sent to S.Nallakarupan. Datuk Seri Anwar Ibrahim brings this action in the people's interest and to ensure fair and honest media reporting on matters of public interest.

Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.