Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, March 3, 2012

Beranikah Noh Omar Menghadiri Persidangan SELCAT?

Soalan ini sedang berlegar2 di kepala ramai orang. Beberapa minggu yang lepas Noh Omar sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor begitu serius mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat penyelewengan hasil pasir di Selangor.

Dari gaya percakapan Noh Omar itu, tampaknya seperti Noh Omar mempunyai berguni-guni bukti berlakunya penyelewengan hasil pasir di Selangor.

Maka, Noh Omar diminta untuk menghadiri sidang SELCAT yang akan dipancarkan secara siaran lansung di TVSelangor.

Di situ Noh Omar bebas mendedahkan segala bukti yang beliau ada berkaitan dengan penyelewengan hasil pasir.

Biar rakyat Selangor yang menilai benar atau tidak berlakukanya penyelewengan hasil pasir di Selangor.

Walaubagaimanapun, sekiranya Noh Omar tidak menghadiri persidangan terebut bererti Noh Omar hanya bercakap kosong. Dengan kata lain, Noh Omar telah bersikap seperti tin kosong.

Harap bunyi sahaja yang kuat tapi isi tiada.

Itu tak termasuk dosa fitnah Noh Omar di atas tuduhan2 penyelewengan yang telah beliau utarakan.

Tulang Besi yakin Noh Omar tidak akan berani tampil di majlis SELCAT. Baru-baru ini MB telah menghantar wakil Transparency International yang turut duduk dalam Lembaga Pengarah KSSB untuk bertemu Noh Omar, namun Noh Omar tidak mahu bertemu.

Inikan pula mahu menghadiri sebuah persidangan terbuka seperti SELCAT. Jauh panggang dari api.

Inilah dia perangai UMNO Selangor serta UMNO keseluruhannya. Kuat ketuk gendang dalam perkara yang tidak wujud.

Mengapa tak tanya mana duit peruntukan subsidi padi yang sepatutnya dikeluarkan oleh Noh Omar yang tidak keluar2 tu?

Tulang Besi




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.