Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 19, 2012

Kenapa Rumah di Lembah Klang Terlampau Mahal?


Tulang Besi amat terkejut melihat harga rumah di Lembah Kelang sekarang ini. Begitu tinggi sekali sehingga tidak masuk akal.

Baru2 ini di Kota Damansara, sebuah projek pangsapuri bertaraf sederhana telah dilancarkan di Kota Damansara. Dalam banner yang dinaikkan, harga sebuah pangsapuri adalah sekitar RM300k sebuah.

Apabila Tulang Besi menelefon pihak yang menjual, operator telefon itu mengatakan semua unit sudah pun terjual. Walaupun, pada masa itu, hanya dua hari selepas iklan penjualan dinaikkan.

Bagi Tulang Besi, ini adalah trend yang amat merisaukan. Apa akan jadi kepada anak cucu kita dimasa hadapan?

Bagaimanakah mereka akan mampu untuk membeli rumah nanti apabila harga rumah sekarang ini pun sudah terlampau mahal.

Pada waktu yang sama, Tulang Besi melihat kadar gaji yang dibayar di Malaysia tidak banyak berbeza dari tahun2 80an.

Ertinya, dalam beberapa tahun lagi, hanya anak2 orang yang kaya sahaja yang akan mampu membeli rumah.

Anak cucu Tulang Besi kelak akan terpaksa menyewa sehinggalah mereka mati. Ini kerana pada masa itu gaji di MAlaysia akan terus rendah dan harga rumah pula tidak akan surut.

Tulang Besi telah pergi ke laman web DRB-HICOM. TUlang Besi masih ingat sewaktu berlakunya krisis 1997, DRB HICOM telah dibantu dari bangkrap dengan wang dari Tabung Haji disamping sumber kewangan yang datang dari kerajaan.

DRB HICOM ini jelas milik Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional.

Namun, bila dilihat projek perumahan yang dibina oleh DRB HICOM, majoritinya adalah perumahan2 mewah dan untuk orang-orang kaya seperti Glenmarie Court, Glenmarie Residences and Glenmarie Gardens, Glenhill Saujana Shah Alam, Selangor, Glenmarie Cove Klang

Bukankah DRB HICOM ini apabila mereka rugi dulu mereka dibantu oleh rakyat Malaysia dari bangkrap.

Mengapa apabila mereka sudah selesa, mereka tidak mengambil inisiatif untuk membina perumahaan untuk orang-orang miskin dan sederhana?

Ertinya, syarikat2 kroni UMNO ini apabila untung, mereka akan berkongsi keuntungan dengan orang2 kaya. Apabila mereka rugi dan hampir bangkrap, kita rakyat Malaysia terpaksa mengeluarkan wang bagi menyelamatkan mereka.

Terjawablah sudah bagi Tulang Besi mengapa harga rumah terlampau mahal di Lembah Klang.

Yakni, UMNO melalui syarikat2 kroni mereka, hanya suka membuat perumahan untuk orang2 kaya dan berwang. UMNO cuma merujuk kepada orang kecil macam kita apabila mereka dalam kesempitan.

Kalau kita masih terus menyokong UMNO, siap sedialah untuk merempat di bumi sendiri.

Tulang Besi


1 comment:

Anonymous said...

Setuju masa depan anak Melayu dah gelap mungkin satu hati nanti anak cucu kita duduk atas rumah rakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.