Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, March 10, 2012

Kezaliman ke Atas Imam Hoslan Boleh Mengundang Bala Allah SWT


Kita semua sedar bagaimana Mahkamah yang kononnya dikatakan dikuasai "Melayu" telah menzalimi orang yang bercakap benar dan haq seperti Imam Hoslan Hussein.

Apakah dosa Imam Hoslan? Kerana mendedahkan amalan korupsi AJK Masjid Ar Rahman yang kebanyakannya dilantik oleh JAWI. Manakala JAWI pula adalah di bawah pengaruh dan kekuasaan mutlak UMNO.

Mereka yang membawa lari wang masjid lepas bebas. Manakala, Imam Hoslan yang berani mendedahkan amalan korupsi tersebut, terpaksa merengkok dalam penjara sehingga setahun lamanya.

Kasihan keluarga Imam Hoslan yang banyak bergantung kepada bapa mereka sebagai tempat bergantung.

Mahkamah pula bertindak zalim kepada beliau padahal sepatutnya mahkamah membela beliau.

Atas sebab itu, diminta para pembaca sekelian menderma sekadar yang termampu kepada isteri beliau di:

No Akaun : 12530022498528
Nama Akaun : Noorliza Mat Isa

Nama Bank : CIMB


Minta terus menerus menderma sehinggalah Imam Hoslan dilepaskan.

Kezaliman seperti ini boleh mengundang bala dari Allah SWT ke atas kita semua. Mari juga kita berdoa Allah SWT tidak menurunkan balaNya ke atas kita. AMIN!!!

Tulang Besi

15 comments:

Macsian64 said...

bank apa.

Macsian64 said...

bank apa.

Anonymous said...

No akaun tu bank apa bang?

Anonymous said...

Tuan Malaysia Waves, tumpang tanya no. akaun utk bank yg mana?

Azli Jamil said...

There a lot of things that had happened that could "undang bala Allah SWT"

Be responsible when you write. No point in making "dosa kering" aye?

Kapish?

Wallahualam

Anonymous said...

yang dia paling hakim dengan kasut tak dapat bala pulak??? tak ada siapa pun yang menzalimi dia...dia yang menzalimi diri dan keluarganya sendiri...

benda macam nie pun kau nak spin ker rahman....semoga Allah SWT bagi bala kat kau rahman....

Anonymous said...

kau yang sebenarnya menzalimi si hoslan dan keluarnya rahman...sebab nama bank, kau tak bagi pun...semoga Allah SWT bagi kau bala rahman atas perbuatan kau menyembunyikan nama bank tersebut....

Anonymous said...

Kesian memang la kesian, tapi salahnya dia kerana baling hakim, marah, kalau imam pun tak dapat mengawal emosi ganasnya macam mana. Undang undang hina mahkamah tak kenal imam atau tidak.

kadiak said...

Patut imam tu sabar buat solat sunat tgh malam baru ngam tak sabar sape suruh serang mcm tu kan dah kena islam ajar kita bijak jgn lawan cara mcm tu, tak pe tuhan nak uji kesabaran lg tinggi, duduk la dlm jel mudahan mudahan dpt hidayah lg baik dr luar jel. Amin

Anonymous said...

kezaliman ke atas hasan ali tak mengundang bala Allah ke?

kekura said...

terbaca doa tulang besi kat tepi. berat sekali doanya.

ujian yg rasulullah hadapi jauh lebih berat dari tulang besi tapi, rasulullah kerap doakan kebaikan utk musuhnya. masya ALLAH, lihat sahaja umar al-khattab dan penduduk taif atas barakah doa rasulullah.

doalah supaya mereka bertaubat. doalah supaya mereka dan kerabat mereka diberi hidayah. lagi bagus utk perjuangan islam. tak begitu

pakcik lan said...

Undang2 apa dok sembang? Imam tu x diwakili peguam pun. X dak penasihat. Dia marah kezaliman ikut kaca mata dia, dia baling lah. Mcm Jamrah lah. Bismillahi allahu akbar.. Doom! Dah tu charge imam tu, nak set precedent? Awat Nya, klu dah salah, hukum kerja komuniti Bg kuliah agama 52x, seminggu sekali x leh Ka? X baca seerah Ka hangpa umngok? Saiyidina abu bakar Bg cadangan kat rasulullah cara terbaik uruskan taqabal perang badar? Nabi pun dgr nasihat yg berguna dr org bawah. Had Betul, ikut. Cadangan saya lebih hampir cadangan Abu Bakr. Tapi hakim Malaysia, boh Dlm jail, naya Anak bini imam, perhabis duit Rakyat, Seksa jiwa imam, rugi x manafaat kebaikan pd diri dia - ilmu. Bg yg x dak ilmu dOk komen sini, pi baca lagi, UMNGOK!

Anonymous said...

Mana Latefa Koya dan peguam2 Anwar yang mewakili pertubuhan hak asasi manusia?Masa warga arab saudi di tahan di Malaysia,sanggup bersusah payah sehingga mendapatkan keputusan hakim pada hari ahad di rumahnya.Kenapa dalam kes ni mereka buat tak tau saje tambahan pulak warga Malaysia?

tahir said...

Pak cik lan oi, hang kena lihat pada realiti, kalau betoi hang ada ilmu, hangbtak bagi alasan macam tu. ada peguan ka tal dak peguam ka, takkan dia tak tau, baling kasut tu sangat kurang asam sifatnya. Alasan kata nak baling setan, ini bukan majlis nak halau jin. Melayu ni kadang kadang tak rasional dan emosi bila bertindak. Bila ken hukum baru menyesal. Satu lagi bila engkau kaitkan dengan umno tentang komen diatas. Memang biul an tak rasional betul. Benda yang tak betoi, tak kira umno ka pas mereka boleh berfikir. Bukan macam kau tu yang nak bagi hujah yang tak masuk akai.. Hukuman Mahkamah pula bukannnya main main, kalau budak sekolah bolehla denda cuci tandas atau cuci longkang. Nak suruh ceramah mau ka orang dengar ceramah org. yang tengah terima hukuman.. Oleh itu elakkan buat salah yang boleh menyebabkan kita akhirnya dicop sebagai banduan.

Anonymous said...

Mana peribadi Rasulullah yg patut kita ikuti? Adakah kita memberikan contoh kpd anak2 kita dgn perlakuan panas baran?

Apa kesan pada anak isteri? Hujjah lawan hujjah. Ni dlm mahkamah. Tah la susahlah org nak kesian. Memalukan umat islam ada la.

Ikutilah cara rasulullah menyantuni org2 yg jahil & menentang nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.