Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 13, 2012

"Majlis Pertunangan Anak PM Lebih Mahal dari Harga Rumah Saya"

Itulah perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran Tulang Besi. Apabila angka RM408k dilayangkan kepada umum berkaitan dengan majlis pertunangan anak PM itu, Tulang Besi seperti tidak boleh percaya.

Dalam keadaan majoriti rakyat hidup dalam kesempitan, berebut2 pembayaran RM500 BRIM serta terpaksa mencatu makanan, PM sendiri boleh bermewah-mewah di dalam menyambut majlis pertungangan anak beliau.

Juga, sehingga hari ini tiada satu pun bukti dokumentasi yang membuktikan majlis tersebut TIDAK DIBAYAR oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). Yang ada hanyalah kenyataan2 umum menafikan majlis tersebut tidak dibayar oleh PMO namun tiada satu bukti yang dibawa keluar.

Sepatutnya dalam keadaan majoriti rakyat hidup dalam kesempitan, PM mesti mengorak langkah proaktif untuk hidup sederhana bersama-sama dengan rakyat. Itu tandanya PM adalah seorang yang berjiwa rakyat.

Tulang Besi merasakan khabar kos majlis PM ini sangat2 menyebak hati. Bayangkan ramai anak2 muda tidak boleh membeli rumah kerana pendapatan mereka terlampau rendah. Pihak bank pula menolak semua permohonan mereka kerana walaupun ada pinjaman 100% namun pendapatan rakyat terlampau rendah untuk layak mendapat pinjaman 100% itu.

Tak taulah kalau Najib menang besar kelak, apa lagi yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia

Tulang Besi

9 comments:

Anonymous said...

Apa la hang ni. Dia tu PM Malaysia la. Hang nak banding dia dengan hang buat apa. Dia ada protokol, ada ramai undangan sebab dia menjaga kepentingan Malaysia. Kawan dia, contact dia merata dunia, dari business man kepada duta asing dan macam macam lagi.

Patutnya kurangkan sikit hasad tu. Rumah hang tu hang duduk sorang dengan bini dan anak, PM jaga 1 Malaysia, 30 juta orang la.

pakcik lan said...

Pm tu apa? Raja tu apa? Protocol tu apa? Masa lahir mcm hg dgn aku gak. Masa Mati mcm hg dgn aku gak. Darah merah serupa gak. Apa yg beza? Org umngok mmg bongok mcm lembu! Mahathir pun x mcm pm hg la ni!

albert magic said...

tulang besi, pm nak belanja berapa banyak pun untuk pertunangan anak dia itu dia punya pasal asalkan dia menggunakan duitnya sendiri.aku rasalah dia seorang muslim yang sangat baik tak mungkinlah nak gunakan wang rakyat

Anonymous said...

pakcik lan said...

Pm tu apa? Raja tu apa? Protocol tu apa? Masa lahir mcm hg dgn aku gak. Masa Mati mcm hg dgn aku gak. Darah merah serupa gak. Apa yg beza? Org umngok mmg bongok mcm lembu! Mahathir pun x mcm pm hg la ni!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

pakcik tua yang bodoh...memang ada banyak bezanya pakcik dengan PM....pakcik dilahirkan bodoh dan sial...sedangkan PM dan lainnya tidak....

Sedar Diri said...

Nasib hanglah tak dapat rumah semahal tu. Janganlah dengki nasib orang lain. Hisab diri sendiri dulu. Tengok- tengoklah ya istana boss anda.

mat magic said...

aloo albert magic.....
hang telan panadol dak lagi??....
cua hang baca balik apa yg hang dok tulis tuh??....merepet.

kah kah kah

Anonymous said...

pakcik lan, masa lahir tu mungkin sama, tapi masa mati lain-lain. Ikut amalan. Darah tu mungkin sama merah, tapi amalan lain timbangan. Jadi bila pakcik mencarut tu, fikir-fikirkanlah. Jangan ingat semua orang mati sama. Jangan mata tu hanya nampak yang zahir. Kalau darah merah tu, darah Abu Jahal pun merah.

kadiak said...

Kalu najib pakai duit rakyat dia la org paling buduh didunia sebab guna utk anak kawin ade ke bangang kalu dia buat mcm tu. Tak logik la baik dia amik duit tu pegi labur kat hotel luar negara ke ade dpt untung ini amik duit rakyat utk buat keje kawin? Bangang kan sape buat fitnah dia? Takpe la bg sy org yg buat fitnah tak dpt pahala tp masuk neraka jahanam?? Kunfuis kan cukup la pkr dah mcm dajal suke buat org kunfuis ya allah laknatkan kaum pkr yg mcm dajal ni hapus kan mereka ni atau berikan la mereka cahaya keinsafan amin. ( doa kasihan pd pkr) jgn undi pkr!

Anonymous said...

PANGKAH ISLAM?

Salam 2 all.


Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".


Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.


Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:


1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?


2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?


3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?


4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?


5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?


6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?


7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?


8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?


9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?


10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?


11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?


12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?


13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?


14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?


15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?


Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.


Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?


Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!


Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!


Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!


Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!


Adios amigos, grasias senor!


Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.