Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 8, 2012

PASIR: Apa Lagi Alasan yg Mahu Diberi oleh Noh Omar Selepas Ini?

Noh Omar pun bersilat lah. Menepis sana, menepis sini. Cabaran MB supaya beliau hadir persidangan SELCAT membincangkan tuduhan penyelewengan hasil pasir yang selama ini keluar dari mulut beliau tidak disambut.

Sepanjang persidangan SELCAT berkaitan isu pasir, bayang Noh Omar pun tidak kelihatan. Mungkin ada di kalangan pemerhati yang hadir sepanjang SELCAT yang bernama Noh atau Omar, tetapi Noh Omar Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian tidak kelihatan sama sekali.

Maka, untuk menepis, dituduhlah SELCAT ini mahkamah kangaroo.

Soalnya sekiranya kedudukan SELCAT tidak sah, mengapa wakil Barisan Nasional merangkap ADUN Permatang juga hadir dalam persidangan tersebut? Mengapa YB Tuan Sulaiman bin Abdul Razak telah mewakili Barisan Nasional sepanjang persidangan SELCAT berlansung.

Malahan, diberitakan oleh pihak Media, YB Tuan Sulaiman bukan setakat menjadi penumpang tetapi turut mengaju soalan kepada para saksi yang tampil. Dan sasi2 yang ditanya oleh YB Tuan Sulaiman terpaksa memberi jawapan dengan jitu dan tepat di atas soalan2 dari wakil Barisan Nasional tersebut.

Adakah ini bermaksud, UMNO Selangor turut mengiktiraf sebuah mahkamah kangaroo seperti yang dikatakan oleh Noh Omar dan Mat Zin Mohammad itu?

Tulang Besi cuma nak kata, bangkai gajah sampai bila boleh tutup. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

Sekarang ini, tiada siapa yang boleh kata nafi Noh Omar serta Mat Zin Muhammad ni penipu.

Di luar begitu kuat berkokok membuat tuduhan2 rambang. Tetapi, bila disuruh mengikut saluran yang betul, mereka menikus.

Begitu juga manusia bernama Raja Petra Kamaruddin. Jelas RPK skrg ni adalah alat UMNO dan menjalankan kerja-kerja kotor UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Kalau RPK ni ada kejantanan, sudah tentu dia tidak takut untuk memberi keterangan di Sidang SELCAT hatta melalui panggilan telefon pun boleh.

Namun, RPK telah membuktikan dengan jelas beliau sekapal dengan Noh Omar dan Mat Zin Muhammad sebagai penipu-penipu besar

Tulang Besi



3 comments:

Aku Dan Teksi said...

Apa nak jadi dengan si Noh ni,meroyan tak tentu pasal

Aku Dan Teksi said...

Apa nak jadi dengan si Noh ni,meroyan tak tentu pasal

Anonymous said...

Kenapa dia nak sibuk kat Selangor sedangkan gejala rasuah berleluasa di FAMA sehingga menganiaya petani2, jabatan di bawah Kementerian Pertanian. Elok suruh dia jaga FAMA tu tak perlu nak idamkan jawatan MB Selangor.Muka macam Mat Indon ada hati nak jadi MB.Ptuihh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.