Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 28, 2012

Syed Azman Pernah Menang Majoriti 9k Pun Boleh Kalah

Sewaktu Pilihanraya 1999, Dr Syed Azman telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 9000+. Antara semua kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya 1999, kerusi Kuala Terengganu adalah antara kerusi yang paling besar majoriti nya.

Namun, selepas 1999, operasi pengundi hantu telah dijalankan secara besar-besaran di Terengganu. Berpuluh2 ribu pengundi hantu telah dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih Terengganu secara amat agresif.

Pada pilihanraya 2004, kerusi yang Dr Syed Azman menangi dengan majoriti yang sebegitu besar dan gagah itu, jatuh semula kepada Barisan Nasional dengan majoriti 1933.

Dengan kata lain, begitu hebat dan jitunya program pengundi hantu ini sehingga kerusi Parlimen yang mulanya dimenangi dengan majoriti 9000 lebih pun boleh ditundukkan.

Program di Terengganu pada 2004 itu sedang dilaksanakan di Selangor secara BESAR-BESARAN.

Diberitakan kepada Tulang Besi, sejumlah lebih kurang 100ribu lebih pengundi hantu telah selamat didaftarkan dalam Daftar Pemilih Selangor bagi pilihanraya pada bulan Jun 2012 kelak.

Ini bererti semua kerusi2 yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008 yang lepas dengan majoriti 6000 ke bawah bakal jatuh dengan mudah kepada UMNO dan BN.

Atas sebab itulah muka Najib begitu berseri-seri sekarang ini. Dia berucap di Ampang dan beberapa tempat dengan begitu yakin dia menyatakan Selangor akan jatuh semula kepada Barisan Nasional.

Tulang Besi sedang belajar hakikat bahawa peluang untuk mempertahankan Selangor amat tipis.

Peluang 5 tahun sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memerangi penipuan di dalam Daftar Pemilih.

Tulang Besi nak ulangi sekali lagi, peluang untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor adalah AMAT TIPIS.

Hanya bantuan dari langit sahaja yang akan membolehkan Pakatan Rakyat mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi, sebelum Allah SWT hendak menurunkan malaikat2Nya, sudah tentulah Allah SWT akan bertanya apakah yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Selangor bagi membenteras penipuan ini.

Jangan terkejut kalau Allah SWT tidak menurunkan apa-apa bantuan pada bulan Jun 2012 kelak.

Tulang Besi



18 comments:

Anonymous said...

dulu masa isu kerajaan perpaduan.. hang kata terengganu jatuh disebabkan geng terengganu.. tapi la ni hang mengaku ianya berp[unca dari undi hantu... apa punya bingai tb ni....

Anonymous said...

org yang lebih bingai adalah org yang langsung tak boleh nampak penipuan umno

Anonymous said...

nk smbang pasal undi hantu xpyah nak slah TB...ko ni xde lain tgk berita tv1,2,3 bace paper utusan,bharian je...sah2, berite diorng sume ckap BN bagus PR sume X bagus...pdhal, kedaan sbnar Pmimpin BN byk rasuah, Daftar undi x bersih, Kos sara hidup meningkt saban tahun, Masalah sosial meningkat (sume tuduhan bukan somborono tp dengan sokongn bukti)...Mslah2 ini m'libatkn rakyat, perlu diselesaikn; peluang BN spanjg 50 tahun ditnggungjwbkn rakyat sdah ckup...t'lalu lame tempoh yg d'berikn cume xde & x nampak jln p'nyelesaian yg t'baik...d'sebabkn itu perubahan perlu dibuat...:)

Anonymous said...

wahai tulang babi (TB) kau tu bukannya maha mengetahui....kau adalah hamba kepada yang maha mengetahui...jangan tabur fitnah...bila menang suara rakyat bila kalah undi hantu...taktik bodoh kau nie sudah lapuk lah...

Anonymous said...

Anonymous March 29, 2012 3:54 PM said...

nk smbang pasal undi hantu xpyah nak slah TB...ko ni xde lain tgk berita tv1,2,3 bace paper utusan,bharian je...sah2, berite diorng sume ckap BN bagus PR sume X bagus...pdhal, kedaan sbnar Pmimpin BN byk rasuah, Daftar undi x bersih, Kos sara hidup meningkt saban tahun, Masalah sosial meningkat (sume tuduhan bukan somborono tp dengan sokongn bukti)...Mslah2 ini m'libatkn rakyat, perlu diselesaikn; peluang BN spanjg 50 tahun ditnggungjwbkn rakyat sdah ckup...t'lalu lame tempoh yg d'berikn cume xde & x nampak jln p'nyelesaian yg t'baik...d'sebabkn itu perubahan perlu dibuat...:)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

maksudnya kau setujulah malaysia nie diperintah oleh biseksual...

Anonymous said...

Anonymous March 29, 2012 10:52 PM said...
"maksudnya kau setujulah malaysia nie diperintah oleh biseksual..."

Sekarang ni yg perintah najib... jadi maksud hang... Najib ni biseksual ke????

and TB.. dulu masa orang kata terengganu PAS kalah sebab undi hantu/UMNO tipu ko kata bukan.. pasai geng terengganu/perpaduang... tapi sekarang ko kata sebab penipuan....

btw.. aku anon yg 1st tu...

Tulang Besi said...

Keputusan PRU Terengganu:

2004 : 60% undi BN, 40% undi PAS

2008 : 55% undi BN, 45% undi PAS

Masa 2004 ada penipuan yang jelas dan tidak dihalang

Masa 2008, orang kampung berderet tepi jalan baling batu kat bas2 pengundi hantu. Penipuan sikit sangat. PAS kalah 2008 kerana ditolak rakyat Terengganu, bukan kerana penipuan.

Pada tahun 2008, rakyat terengganu tak mau dipimpin semula geng2 PERPADUANG

Atas Pagar said...

Kalau ikut sifir TB maksudnya ada penipuan la bila PR menang di 5 negeri sebab BN yang dah 50 tahun menang majoriti 2/3 pun boleh kalah.

Anonymous said...

aduhai...sapela gerangan pemilik orang b'nama 'atas pagar' ni...tula, BN kesygn ko 50 tahun perintah M'sia ; pemimpin kaki rasuah (pojek lembu dll), kaki fitnah, kaki gaduh @ makihamun, kaki tuduh tp xde asas, beli cincin juta2, sponsor ank tunang, sponsor PM b'day, bt pojek sisa toksik lynas & mcm2 lg...org2 mcm ko ni la yg sokong kos hidup M'sia terus naik, hrge barang naik, hrge mnyak naik, cukai naik, byar tol jln2 kroni BN, xdela yg free mcm PR Selangor (air free)...

Jurang p'dpatan semasa kt kampung dgn bandar pn m'yedihkn s'pnjang 50 tahun BN memerintah..klu kite tambah lg 50 org2 ni menang, habis kroni2 kaya raya rakyat miskin papa kedana..

Ko nk tduh lg ada penipuan sbb BN kalah majoriti 2/3 wlaupn dh penah menang 50 tahun...sengal, sbbnye rakyat dh bjak pilihla...ko pn kenela same bjak pilih utk kebajikan M'sia bersama...paham!!!

Atas Pagar said...

TB adalah contoh orang kampung yang hari ini menempa kejayaan (dengan gaji 30k) hasil dari polisi-polisi BN yang membangunkan orang kampung. Dia belajar di ITM, hasil UMNO dan pergi luar negara pun atas sponsor kerajaan.

Anon 12:06 PM yang tulis tu, saya pun yakin kemungkinan besar ibu bapanya orang kampung yang hari ni beliau dah berjaya dan duduk dibandar dan kerja dikompeni besar.

Kepada Anon 12:06 PM, sama ada betul atau tidak terpulang, tapi cuba cermin diri sendiri akan segala manfaat yang awak dah rembat dari kerajaan.

Anonymous said...

Anonymous March 31, 2012 12:06 PM
said...

aduhai...sapela gerangan pemilik orang b'nama 'atas pagar' ni...tula, BN kesygn ko 50 tahun perintah M'sia ; pemimpin kaki rasuah (pojek lembu dll), kaki fitnah, kaki gaduh @ makihamun, kaki tuduh tp xde asas, beli cincin juta2, sponsor ank tunang, sponsor PM b'day, bt pojek sisa toksik lynas & mcm2 lg...org2 mcm ko ni la yg sokong kos hidup M'sia terus naik, hrge barang naik, hrge mnyak naik, cukai naik, byar tol jln2 kroni BN, xdela yg free mcm PR Selangor (air free)...

Jurang p'dpatan semasa kt kampung dgn bandar pn m'yedihkn s'pnjang 50 tahun BN memerintah..klu kite tambah lg 50 org2 ni menang, habis kroni2 kaya raya rakyat miskin papa kedana..

Ko nk tduh lg ada penipuan sbb BN kalah majoriti 2/3 wlaupn dh penah menang 50 tahun...sengal, sbbnye rakyat dh bjak pilihla...ko pn kenela same bjak pilih utk kebajikan M'sia bersama...paham!!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

rakyat memang bijak tapi yang bodoh dan sial tu kau...manusia main pelacur kau angkat jadi nabi....tok guru sesat kau jadikan tuhan....bukan ker kau nie bodoh dan sial....

-ABU (Aku Budak UMNO)-

kadiak said...

Bg aku la berape juta la abis duit bayar pengundi hantu ko ingat org umno nak bantu ker dpt duit yg haram, aku pelik la bila umno menang ade pengundi hantu? Bila pr menang takde pengundi hantu, korang ni mcm bdk kecik, ko ingat boleh main tayapowau ker? Aku dah cuba kaji mane pengundi hantu? Belum ade sorang pun jumpa dgn aku mengaku pengundi hantu? Lg satu perancangan pengundi hantu bukan mudah disangkakan? Main ajak jer berape ribu dtg jom kita jd pengundi hantu korang ingat ajak mcm tu jer ker org boleh dtg undi?atau buat meeting ajak seramai mungkin geng umno jd pengundi hantu? Takkan la takde sorang tak berpaling tadah? Atau sorang yg dr ramai tu pegi report polis ker? Kan mase mengundi ade wakil dr semua wakil parti? Aku musykil bagaimana oprandi nak jd pengundi hantu?cuba korang fikir sejenak jgn jd bangang la? Korang undi jer sape undi pr,bn ker tak pyah la nak buat fitnah ini akhir zaman tau dah nak kiamat jgn fikir dunia sgt fikir mcm mne nak mohon allah swt memberi rahmat kepd kita semua belum conpem lg masyuk syurga klau undi pas atau bn?pecaya la ubah diri sendiri dahulu sy pun nak berubah jgk tak nak menabur fitnah, anti fitnah amin

Jejakasuci said...

Pilihanraya dan mengundi adalah strategi. PAS dan PKR pon pindahkan pengundi. Ini bukan undi hantu. Ini adalah strategi. MB Selangoar dan Nurul Izah pon dipindahkan. Depa ni pengundi hantu ka. Ini adalah sebahagian dari strategi. Jangan berpikiran jumud sangat.

Atas Pagar said...

Pengundi hantu adalah alasan PR bagi menutup kekalahan mereka. Mereka dah sedar, mereka ni dah hilang banyak sokongan. PRU kali ni ramai calon mereka bakal kalah teruk.

Jadi sebelum kalah tu mereka main isu pengundi hantu. Supaya bila kalah nanti adalah alasan. Mereka ni macam pemain bola sepak yang kaki bangku. Dah tau akan kalah, sebelum masuk padang, pura-pura jalan terjengket-jengket. Injured kononnya.

Dahan Jati said...

Tb jangan la nak mengaku kalah awai awai, hantu hantu tu masih dok atas pagar. Kalau kalah pun apa nak buat, rakyat taknak, boleh cuba lagi .

Anonymous said...

TB adalah contoh orang kampung yang hari ini menempa kejayaan (dengan gaji 30k) hasil dari polisi-polisi BN yang membangunkan orang kampung. Dia belajar di ITM, hasil UMNO dan pergi luar negara pun atas sponsor kerajaan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau budak ITM rupanya TB...memang sial rupanya kau nie....bapak kau tak ada hasil rupanya nak hantar kau belajar...apa punya sial yang bapak kau bawak sampai mak kau boleh lahirkan kau TB...budak ITM rupanya kau ya TB...kerajaan UMNO bagi kau belajar kat luar negara, aku ingatkan bapak kau si talib tu yang sponsor kau, tak hasil rupanya si talib tu...sampai terpaksa mengemis dengan orang UMNO semata-mata nak hantar kau yang pembawa sial nie belajar...kau nie hina TB...paling hina TB...hian sangat kau nie TB...manusia hina kau nie TB...kau nie pembawa sial pada talib nie TB...

Anonymous said...

Pencacai UMNO sokong Pemimpin kaki rasuah, rasuah pojek lembu...bt malu je sokong UMNO...pencacai UMNO sokong harga barang naik, harga minyak naik (belum plihanraya pilihan raya pn dh naik ; mnng nnt tak tau plak aku korang pencacai UMNO boleh ngadap harga mnyak naik kasi kroni besar UMNO kaya)....pencacai UMNO sayang PM Najib smpi rela sponsor PM songlap dt cukai yg korang bayar beli cincin, bt knduri tunang, b'day juta2...pencacai UMNO tak ada adab, komen m'hina, lucah...parti yg memalukn bangsa melayu...ceh....aku yakin klula ada org bace komen2 korang pencacai UMNO ni, orang tak akan respect parti korang nih...

Anonymous said...

mcm biase tengok blogger UMNO respon klu tak mencarut, lucah, gaduh tak sah...melayu kuno x nmpk 'educated' lngsng...

weh, org komen b'sbab la siap ada bukti lg...ko nk cakap@pusing ape lg ha?...tak main la duk bela jenis PM yg sapu duit rakyat beli cincin juta2, support PM bt tunang anak ratus ribu, bt b'day party PM puluh ribu, bayar dt fesyen isteri PM shoping ratus ribu kt Australia, sokong Sharizat sapu 250 juta pojek lembu, sokong harga barang naik, minyak kete naik, mcm2 lg...sokong byar mcm2 jenis cukai 'tax' tapi rase bebankn, faedah rakyat xnmpk sebaliknya kt kroni2 UMNO...tu yg bile PR ajak BN debat buat jela, mngkn ada ulasan BN ; rakyat ada hak nk tau p'jelasan sebenar tu je...aduhai...

aku perasan p'cacai UMNO byk 'gangster2' kaki pukul, makihamun, kaki ugut...aku x tau samada p'mimpin UMNO ajar korg bt p'rangai cmni...smpi ceramah ustaz ulama' pn korg x peduli nk bt kacau...dh x takut balasan Allah bila korang mati nnt agknya...insaf, hormat org...penting tu (ak pn nasihatkn kt diri aku)...org yg 'educated' tau menilai nak ikut yg baik ke yg jahat ko paham x?...klu camni p'cacai UMNO nk nasihatkn utk join parti UMNO korang?...x payah, buang mase je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.