Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 19, 2012

Wikileaks Bukan Debat tapi Wawancara. Najib Jgn Tangguk di Air Keruh

ULASAN: Begitu desperado Najib Tun Razak sehingga tidak dapat membezakan antara "Debat" dengan "Wawancara".

Hairan juga kenapa Raja Petra bersikap "Hidung tak Mancung, Pipi Tersorong Sorong" mahu menyibuk dalam jemputan WIkileaks kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semua ini adalah usaha Raja Petra bagi memenangkan bos baru Raja Petra. Dengan permainan terbaru Raja Petra, beliau berjaya menyelamatkan imej bos baru beliau yang dilihat kecut perut dan bachul untuk berdebat dengan Dato Seri Anwar.

KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

1 comment:

Anonymous said...

Tok Jib ambik kesempatan laa tu.

Tok Jib, kalau awak bacul, jgn ingat org lain bacul mcm awak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.