Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 2, 2012

Kos Korupsi di Bawah UMNO Selangor Sekitar RM400 juta Setahun



Sepanjang pemerintahan PAkatan Rakyat di Selangor, kegiatan korupsi telah diperangi habis2an.

Projek2 yang diberi dengan cara terus(direct nego) telah pun dihapuskan.

Segala projek di Selangor adalah melalui tender terbuka (open tender).

Hasil dari usaha kerajaan Negeri memerangi rasuah dan salah guna kuasa ini, Selangor telah berjaya menyelamatkan wang negeri sebanyak RM2b.

Kalau dibahagi dengan 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, maka kos korupsi yang dapat diselamatkan adalah RM2b/5 = RM400juta setahun.

BARANG DIINGAT, RM400 juta inilah yang masuk ke poket2 beberapa kerat kepimpinan UMNO dan kroni2 mereka.

Kalau ada 400 orang pemimpin dan kroni, sorang akan dapat RM1juta wang tanpa perlu buat apa2.

Itu pun untuk setahun. Kalau 5 tahun, maka seorang akan dapat RM5 juta.

Kalau tidak ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Selangor tidak akan tahu bahawa wang yang masuk poket2 kepimpinan UMNO/BN dulu mencecah ratusan juta.

Tak heranlah Khir Toyo boleh belanja RM1.5juta semata-mata untuk percutian luar negara di Disneyland dan Perancis. Ada apa dengan RM1.5 juta berbanding RM400 juta.

Tulang Besi

12 comments:

Dahan Jati said...

Mudah sungguh congakan TB yang mengatakan peningkatan hasil tu sebab rasuah dapat dihapuskan. Apakah dengan mendendangkan isu rasuah ini akan dapat menyelamatkan kerajaan PR yang makin kelemasan sekarang sementara menunggu dikafankan pada PRU13 nanti. Bukankah hasil itu disebabkan setiap tahun ekonomi negeri meningkat (hasil pun meningkat) dan juga inflasi meningkat maka nilai perolehan juga nampak meningkat (tapi kuasa beli menurun).

Anonymous said...

Tuan,
Peningakatan rizab sebenarnya bayaran Kerajaan Persekutuan untuk pengambilalihan tanah Putrajaya dan peruntukan perbelanjaan untuk Selangor bagi tahun 2012(bersifat sementara menunggu perbelanjaan bagi tahun ini). Kerajaaan Selangor sebenarnya telah mengurangkan rizab dari zaman BN. Begitu juga di Penang. Peningkatan rizab dari perubahan hutang aset air kepada geran Kerajaan Persekutuan yang diusahakan dari zaman BN. Sebenarnya Pakatan tidak mempunyai apa-apa polisipun untuk mengembangkan pendapatan. Bila Penang dan Selangor menunjukan 'peningkatan' rizab maka Pakatan digelar 'terrer'. Bila ekonomi Kelantan lembab maka itu merupakan kesalahan UMNO. Tuan sebenarnya PAS sangat celaru ketika ini. Sudah tidak nampak hala tujunya...

Anonymous said...

satu analisa mudah dari TB.sungguh tepat.Tu tak kira lagi wang korup RM1 trillion yang dibawa keluar negara oleh pemimpin umno yang lain selama satu dekad.Maknanya dalam setahun 1000,000,000,000 juta bahagi 10 tahun,setahun saja 100 billion wang rakyat lesap.Hanya yang berfikiran macam lembu saja tak tau matematik.Padan pun bodoh macam lembu fidlot!Tak perlu jadi roket saintis untuk nak tahu penipuan pemimpin umno.

Atas Pagar said...

Duit tu dapat sebab main jual semua asset Selangor dan tahan duit untuk pembangunan. Sampai sampah pun tak mampu nak kutip sebab nak tunjuk dalam bank ada 1.9 billion

kadiak said...

Isk pasal isu rasuah tak seatle lg, kalau nak tau di selangor la paling bayak mengamalkan rasuah sejak bn perintah hingga pr perintah tak abis lagi. Jgn tunjuk hero la isu rasuah bukan masalah pada parti, setiap parti anti rasuah tetapi masalah akidah individu kerana tidak percayakan tuhan yg memberi rezeki sebab buat projek takut tak dpt projek so kena la bg buah tangan pada pegawai incharges ada paham dpt banayk projek kena belanje mkn jugak nak jaga hati rasuah jugak tu lobi sane lobi sini br dpt projek tp kalau job kecik skang ni org putih mata kat selangor ni sebab dah ramai persaingan kalau msuk syarikat cina lg teruk dorangmemang takpaham sumber haram dah nak buat mcm mane org kite terikut ikut stail meniaga org cine yg paling penting kita didik diri kita anti rasuahdan juga isteri dan anak kita. Mari beramal.

JAKA said...

salah satu sebab tentulah kerana rasuah dpt dikurangkan.

apakah Dahan Jati maksudkan oleh kerana hasil selangor banyakm kaa rausha berjuta2 tidak memberi kesan kepada kerugian negeri?

dangkal sungguh kalau fikir begitu.

setiap penjimatan tentulah menyumbang besar kepada hasil negeri termasuk sumbangan menyekat rasuah.

bayangkan otak Dahan Hassan Jati ni jika berada di kerajaan pusat.

itu sebab rosmah belanja juta2 beli cincin, shahrizat menipu lembu 250J tidak dianggap kerugian sebab kecil saja bagi umno.

sebab hasil negara masih banyak..petrolium dll.

nampak sangat rasuah penyelewengan sudah menjadi DNA kepada umno dan bn.

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,
Peranan Kerajaan adalah memberi kesejahteraan kepada rakyat bukan hanya untuk mengumpul dana dalam fixed deposit. Kerajaan Selangor tidak boleh berbangga dengan simpanan tetap bertambah tetapi hendaklah melihat kepada perkhidmatan kepada rakyat bertambah baik atau tidak. Lihat sahaja keadaan kebersihan dalam kawasan perbandaran sebagai contoh,bertambah baik atau semakin merosot. Saya belum nampak ada sebarang pembangunan dalam kawasan perbandaran saperti menaik taraf padang permainan kanak-kanak dsb.
Saudara jangan berbangga sangat dengan simpanan tetap yang bertambah kerana rakyat tahu tahap perkhidmatan khasnya prestasi Kerajaan Tempatan dibawah PKR.Rakyat boleh membuat penilaian. Tunggu sahaja PR13 untuk menentukan apa sebenarnya yang dikehendaki rakyat.

Iklas,
Pengundi Bebas

Dahan Jati said...

Mungkin saudara jaka tidak faham maksud saya, iaitu nilai nominal ( nilai wang) pendapatan negeri akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa bukan hanya sebab keluaran negeri meningkat tapi disebabkan oleh inflasi. Maksudnya wakaupun nilai nomonal pendapatan negeri meningkat tetapi kemungkinan nilai benar (kuasa beli) pendapatan itu akan merosot jika kadar inflasi melebihi kadar pertumbuhan pendapatan tersebut. Sebagai sebuah kerajaan, kebijaksanaan mengurus wang rakyat bukan hanya dilihat berapa banyak dia berjimat atau wang yang ada dalam kocek krjn. Tapi berapa bayak faedah yang dapat dinikmati rakyat drp. Hasil kerajaan tersebut. Bukan matlamat maksima untung tetapi maksimumkan kebajikan rakyat. Semua manusia yang rasional benci rasuah, tapi tuduhan demi tuduhan yang pelbagai jenis menyebabkan rakyat muak dan curiga dgn. Hasrat pembangkang, adakah nak hapus rasuah atau nak sangat menang pilihanraya.

MNazri said...

Rakyat terbela, wang pun ada..
Pentadbiran yg telus cekap dan amanah. Kepada yg tak paham, cuba bandingkan status kewangan Selangor semasa UBN memerintah.
Wang habis ke mana? Sistem rundingan terus? PR buat sesuatu utk rakyat, dgn kualiti yg sama, tapi kos yg lebih rendah. UBN? Tepuk dada, tgk data/fakta.

Anonymous said...

Masa Menteri Besar Khir Toyo (UMNO)...songlap duit hasil negeri...masa Mohammad Taib (UMNO) pn sama songlap duit...

Memang rekod buruk pemimpin UMNO keje sapu duit juta2 hasil negeri...penyokong2 UMNO lekas2 berubah drpd sokong pemimpin yg keje nk mentekedarah duit hasil negeri@dt cukai rakyat nih...

Anonymous said...

Masa Menteri Besar Khir Toyo (UMNO)...songlap duit hasil negeri...masa Mohammad Taib (UMNO) pn sama songlap duit...

Memang rekod buruk pemimpin UMNO keje sapu duit juta2 hasil negeri...penyokong2 UMNO lekas2 berubah drpd sokong pemimpin yg keje nk mentekedarah duit hasil negeri@dt cukai rakyat nih...

Anonymous said...

Kewujudan bandar Shah Alam dan Bangi adalah hasil kebijaksanaan BN UMNO selama 55 tahun memerintah. Peluang ekonomi yg terjana memberi ruang utk setiap org mencari kekayaan sehinggalah mengwujudkan persaingan yg sehat dan tak sehat.

Tuduh menuduh kerana perebutan kek ekonomi ini membuat org menjadi tamak kerana memenuhi kehendak gaya hidup. Masing-masing jln masing. Maka wujudlah rasuah, hasad dengki, tamak, musuh dll.

Semua ada keingginan dan agenda utk capai.

Kalau pun benar atau salah, kek ekonomi masih bawah 9% bagi melayu selepas dan sebelum wujudnya parti PKR. Yg untung kaum Tiongha yg menguasi ekomomi negara. org melayu hanya mampu menyalak dan menyalah sesama sendiri. Purata 95% harta komersial milik ksum Tiongha. Mereka kurang bergtg kpd politik. mana2 puak melayu musuh ? ekonomi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.