Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 15, 2012

Mari Kenali Siapa Pengundi Hantu

Media2 milik UMNO berhempas pulas menafikan wujudnya pengundi hantu. Malahan, Timbalan Pengerusi SPR sendiri satu masa dahulu menafikan kewujudan pengundi hantu.

Di bawah adalah salah satu contoh pengundi hantu yang selama ini dinafikan kewujudannya oleh UMNO.

Di bawah adalah pengakuan dari seorang bernama Syukur sewaktu pilihanraya umum 1990 di Parlimen Maran.

Saudara Syukur juga berkata:

Untuk membaca laporan penuh, sila klik di sini

Dengan kata lain, pengundi-pengundi hantu adalah mereka yang:
a. Tidak menetap atau bermastautin di tempat mereka mengundi
b. Mereka dipindahkan ke tempat mengundi baru mereka oleh orang lain
c. Mereka sendiri tidak pernah membuat permohonan untuk bertukar alamat mengundi
d. Mereka biasanya dibawa oleh pihak ketiga ke tempat mengundi baru mereka.
e. 100% kes Pengundi Hantu adalah memihak kepada Barisan Nasional.


Salah satu contoh "perpindahan pengundi" yang berlaku di Selangor telah jatuh ke tangan Tulang Besi seperti berikut:

KLIK IMEJ

Borang di atas berada di dalam tangan seorang "agen", yakni pihak ketiga. Bukannya ia di tangan pengundi tersebut.

Contoh saudara Syukur di atas perlu diikuti. Pengundi2 hantu di atas berjaya dihalang oleh pertugas2 PAS. Dalam pilihanraya 1990 tersebut, Haji Abdul Hadi Awang memenangi kerusi parlimen Marang dengan majoriti 161 undi. Namun, jumlah pengundi hantu yang berjaya dihalang dari mengundi hari itu adalah dalam 300 ke 400 orang.

Sekiranya kita berjaya menghalang pengundi2 hantu di Selangor, nescaya kita akan menang dengan majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Tanggungjawab menghalang pengundi hantu adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Tulang Besi




5 comments:

ehem said...

Patut la Najib confident boleh rampas smula Selangor. Klu mcm ni, Najib mati pun boleh menang.

ehem said...

Patut la Najib yakin boleh rampas smula Selangor. Klu mcm ni, Najib dh mati pun boleh menang.

Karmic Wheel said...

Salam tuan

Harap dapat exchange link pada ghaflah.blogspot.com

terima kasih

Anonymous said...

najib bagi 500 ringgit kat orang susah kau kata di bagi rasuah pilihanraya kat rakyat....kalau dia boleh guna undi hantu baik dia tak payah bagi 500 ringgit kat rakyat....

kau tak sedar ker rahman yang kau tengah fitnah umno yang taja kau belajar kat luar negara tu....kalau kau tak ditaja oleh umno tak kan kau boleh dapat gaji 30k sebulan...

kalau duit umno tu haram sebab ada unsur rasuah maknanya kau adalah anak haram rahman sebab kau makan hasil haram....

jawa johor said...

mahkamah paris nak bersidang. padan muka najib laki bini. bini dia tu asal pulau jawa sama macam musang hasan dan mufti santa bongok. aku jawa juga tapi tak bongok macam mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.