Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 30, 2012

Rakyat Dipukul kerana Undang2 Kecil DBKL



KLIK IMEJ
 
Dunia telah menyaksikan betapa rakyat Malaysia telah dipukul, ditendang, ditembak gas, dibaling kononnya kerana melanggar undang-undang. Tapi ramai rakyat Malaysia terutamanya yang menjadi mangsa kekejaman tidak tahu dibawah undang-undang apakah mereka telah dilayan begitu rupa. 

Nama undang-undang tersebut adalah :
"Undang Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah Persekutuan) 1992"
Undang-Undang ini lebih rendah tarafnya dari segi kepentingan berbanding undang-undang lalulintas. Ertinya, kalau undang2 lalulintas pun, kita hanya disaman sahaja, undang2 ini sepatutnya hukumannnya tidak lebih dari saman.

Tapi terbukti pada 28 April 2012, demi melaksanakan undang-undang kecil ini, mereka sanggup menendang, menyepak, memukul, menembak gas serta menangkap rakyat Malaysia.


Dengan kata lain, di satu waktu rakyat dilayan kejam kerana melanggar sebuah undang-undang kecil. Di waktu lain penari2 bogel didenda RM25 kerana melanggar undang-undang kecil jugak. Hairan Malaysia ni. Pelik bin ajaib sungguh.
 
Hakikatnya, sesiapa puntiada hak menghalang rakyat berjalan ke Dataran Merdeka kerana selepas jam 2 ptg, perhimpunan BERSIH telah pun tamat. Tidak timbul samada Azmin atau Anwar yang menyuruh atau tidak halangan dibuka. 

Pada hemat Tulang Besi, tindakan keras terhadap peserta BERSIH itu bukannya untuk menguatkuasa undang-undang tetapi adalah atas arahan yang datang dari atas semata-mata.
Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

Memang dah dijangka pun puak puak keparat ni akan menyalahkan polis akibat provokasi yang dicetuskan mereka. Semua orang dah maklum mana ada perhimpunan macam tu akan aman. Mesti mereka nak supaya akan berlaku huru hara supaya mudah tuding jari kat pihak berkuasa. Ini bukan lagi perhimpunan BERSIH tapi perhimpunan FOCKATAN. Pemimpinnya pula tak bertanggungjawab menggalakkan keganasan pada polis dan pihak berkuasa. Unit AMAL pula jadi unit mungkar dengan mengepalai gerombolan merempuh hadangan polis. Polis jadi mangsa melepaskan dendan dan geram. Budaya yang akan memusnahkan negara ini dimasa depan. Itu yang mereka mahukan. Tunggu pilihanrayalah wei..

Anonymous said...

Nanti kena lanyak dengan kereta kebal pulak. Ini baru permulaan

Anonymous said...

dah pilihanraya x adil ni la rakyat keluar join bersih mangkuk woi... sila tunjukkan video polis dibelasah ramai2 oleh peserta bersih... x adaaaa...... yg ada cuma sekor polis bodoh cari pasal bawak kereta tengah2 org ramai yg naik angin sebab kena gas n batu api oleh SB.

dan yg pasti sekali rakyat biasa tanpa senjata kena ronyok mcm tulang kering oleh anjing2 kerajaan yg gantung kalimah ALLAh Muhammad atas kepala tapi pertahankan kerajaan toghut BN yg tolak Quran tapi pakai undang2 kafir lord reid.

Anonymous said...

Standard pencacai Umno yang kekenyangan makan taik lembu....tahap tu jer la

Anonymous said...

Memang lah undang-udang kecil bodoh... Tetapi undang-udang untuk apa? Larangan masuk ni sebab pencerobohan atas harta yang sah kepunyaan DBKL. larangan untuk menceroboh (menceroboh menurut tafsir undang-undang). Jangan nak melodramatik kata Dataran Merdeka hak rakyat la apa la. Memang la hak rakyat tapi pentadbirnya sapa? DBKL yang di amanahkan untuk jaga. dan mereka buat ikut undang-udanng.

DBKL bukan individu atau perseorangan macam mak bapak kita atau bini kita atau anak-anak kita. Bagi individu senang sebab hak-hak orang lain pencerobohan atas harta benda tak perlu di kanunkan sebagai udang-udang bertulis. Contohnya bini kamu nak kata "jangan masuk dapur saya masa saya memasak" Atau jangan buang sampah di halaman saya atau "di larang membuka gerai di kawasan tengok tv di rumah saya" tidak perlu di kanunkan atau dibuat secara bertulis sebab hak-hak sebagai individu dah terulis di pelbagai udang-udang dan secara umumnya orang faham.

Tetapi bagi DBKL lain. Undang-undang kecil itu perlu di tuliskan dan di wartakan. Sebab entiti DBKL dan Bini kamu tak sama. Satu semulajadi satu di tubuhkan melalui undang-udang. Maka satu entiti yang dipertubuhkan atau diperbadankan maka hak-hak dan suara-suaranya kena jelas. Salah satu cara ialah melalui undang-undang kecil ini.

Ok kalau dah faham bayangkan orang masuk bilik air kamu masa bini kamu mandi dan bantah bini kamu mandi sebab bini kamu tak adil menipu tak bayar bil air yang mana air ialah hak rakyat - kamu dah bayar dah sebenarnya bil air tapi diaorang sengaja nak buat-buat tak faham kata ko tak bayar.) kamu tembak dia ka atau kasi dia nasi beriyani?

Anak KL said...

Datuk Bandar KL beri anak bini makan hasil gaji haram. memalukan 7 keturunan beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.