Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 16, 2012

Adakah UMNO Menolak Rusuhan Natrah 1950?

Demonstrasi di Perkarangan Mahkamah Sebelum Berlaku Rusuhan NATRAH
Untuk pengetahuan saudara/ri pembaca sekelian, demonstrasi menentang permurtadan NATRAH yang berlaku pada 11 Disember 1950 di Singapura. 

Demonstrasi itu berakhir dengan rusuhan. Seramai 18 orang telah meninggal dunia hasil dari demonstrasi itu. Seramai 173 orang tercedera. 118 buah kenderaan telah rosak atau terbakar. Dua bangunan hangus dijilat api akibat demonstrasi NATRAH itu. 

 Sebelum 11 Disember itu, sebuah NGO telah ditubuhkan bernama Barisan Bertindak NATRAH telah mengisytihar JIHAD demi menghalang permurtadan NATRAH. Seruan jihad itu telah dinyatakkan dalam akhbar yang mereka terbitkan bertajuk "DAWN". 

Barisan Bertindak Natrah ini diketuai oleh seorang Muslim dari Rangoon bernama Karim Ghani serta Dr Burhanuddin Helmi yang kemudiannya menjadi Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS yang kedua. 

PAda mulanya hanya sekita 2000 hingga 3000 orang yg terdiri dari bangsa Melayu dan Jawa berkumpul di bangunan mahkamah. Menjelang tengahari bilangan tersebut telah meningkat kepada puluhan ribu. Rusuhan (riot)Natrah ini selama hampir 24 jam dan membawa kepada larut malam dan awal pagi.

British terpaksa memanggil 2 buah Batalion tentera semata-mata mahu menenangkan keadaan. Karim Ghani serta seorang lagi mujahid bernama Othman Ghani telah dihukum gantung sampai mati. Dr Burhanuddin Helmi telah dihukum penjara. 

 Juga, kesan peristiwa NATRAH telah menyebabkan ramai ulama2 dalam UMNO meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Islam Setanah MElayu (PAS) kerana sikap UMNO yang diam membisu terhadap permurtadan NATRAH itu. 

Soalan saya kepada kesemua juak2 UMNO: ADAKAH PENDEMO2 NATRAH INI JUGA KAMU ANGGAP SEBAGAI SAMSENG DAN PENGGANAS? 

Soalan yang sama saya tujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty. 

Bagi saya, kalau peristiwa NATRAH ini berlaku lagi sekali, dengan tiada segan silu Najib akan melabel mereka yang terlibat ini sebagai samseng dan pengganas serta mahu mengguling kerajaan. 

Lagi mahu nafi demo bukan budaya Melayu ke? Sila lihat gambar2 di bawah.
Demonstrasi Menentang Permurtadan NATRAH 1950

5 comments:

Mat S said...

"Melayu mudah lupa" ??...
ooopppsss..UMNO sebenarnye yg mudah lupa..tapi TB, yg berdemo kes Natrah tu UMNO Ori..yg ada sekarang ni UMNO Baru...yg sekarang ni jenis "lembut"..tak berani lwn, sebab tu guna Polis..

tebing tinggi said...

UMNO "Melayu" berdemonstrasi menolak langkah memurtadkan 'Natrah" bukan menyokong langkah -langkah yang diushakan golongan yang ingin menghalalkan murtad dan memperjuangkan dasar librasasi beragama.

Memang Melayu selalu alpa dan lupa.

Anonymous said...

Memang betul-Melayu mudah lupa dan hanya golongan melayu PAS saja yang nudah alpa dan lupa.Sebab mereka dilahirkan cerdik tetapi bila dah besar jadi bodoh dan bahlol sampai N.ajis mereka sembah.Melayu UMNO adalah cerdik dan pandai sebab mereka tidak amalkan demonstrasi jalanan seperti lembu dan babi2 PAS.

Dahan Jati said...

Perbandingan yang jauh berbeza natijahnya dengan Bersih. Demonstrasi memang dibenarkan undang undang tapi kena ikut undang undang bukan ikut suka hati sendiri. Bila pendemo tak berdisiplin dan kurang ajar maka berlakulah huru hara. Mana mana kerajaan pun takkan benarkan huru hara berlaku biarpun matlamatnya untuk kebenaran. Hak majoriti perlu diutamakan...

Anonymous said...

Bloger yang siarkan artikel ni macam buta sejarah pulak..tak tau beza mana kebaikan dan keburukan pasal natrah tu memang patut berhimpun ramai ramai sebab nak menegakkan dan mempeetahankan islam..bukan macam sekarang ni nak pecah belah kan islam...syabas la pada yang duk ikut kepala yang telah berjaya memurtadkan lina joy...nak tau saper?..ambiga indu la saper lagi...tak tau beza ke wahai blogeer yang beragama islam nih..fikir la bro janagn la duk agung agungkan orang irang yang tengah duk gunakan irang melayu ni dengan memperdagangkan rasa dendam yang tak habis kat orang melayu lain..nanti saper rugi bro..anak cucu lu bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.