Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 2, 2012

Benarkah Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Video yang dirujuk oleh Tulang Besi boleh dilihat di sini.

 Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:
KLIK IMEJ

2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya: 
KLIK IMEJ 
3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau: 
KLIK IMEJ
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. 

Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.

Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.

Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.

 Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook.  Segala pembohongan terdedah dengan mudah.

KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA

Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. 

Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.

Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama. 

Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki.

TULANG BESI
.

4 comments:

Atas Pagar said...

TB, orang suruh awak balik malaysia join bersih awak tak nak. Duduk kat Saudi enjoi, bergambar tepi laut dengan kapal. Lepas tu ada hati nak jadi juara analisa bersih.

Gambar yang awak tunjuk tu orang kedua. Yang kena belasah tu orang pertama, awal-awal dah kena serkap keluar. Lepas dah teruk belasah dia tu, baru yang ni keluar. Tengok lah video tu secara keseluruhan. Bukan ambil sekerat-kerat.

Tak payah awak cakap kawan awak cakap. Video dari pelbagai sudut ada di youtube. Semua orang boleh nampak provokasi dan macam mana monyet-monyet bersih baling barang, lompat atas kereta dan pecahkan cermin kereta.

Anonymous said...

sori atas pagar...yg mula2 kena belasah tu bkn yg bawak kete tu. Lu cuba tengok video2 dr sudut yg berbeza. Lg satu gua tak rasa yg bagi statement dr atas katil hospital tu org yg sama bawak kete polis tu. Tunggu dan lihat beberapa lagi pendedahan dr rakyat berkenaan agen provokasi.

JAKA said...

apapun, keadaan genting masa tu boleh mengundang mcm2 hal.

yg tendang rosakkan kereta polis kita tk tahu sapa.

yg pasti, kalau peserta berniat merusuh, sudah tentu mereka tidak benarkan wanita n kanak2, org tua datang.

kalau merusuh, sudah tentu bukan sebiji kereta saja yg kena, sudah tentu byk lagi kereta yg dirosakkan.

kalau merusuh sudah tentu KL terbakar, banyak kedai di bakar dan dirosakkan seperti rusuhan di barat. seperti 13 mei.

dgn peserta ygn memenuhi setiap ruang jalanraya dicelah2 kedai, semua kedai2 boleh dibakar kalau mereka jahat.

jgn pula jadikan analisa hamba ini idea utk pihak penjilat melakukannya dimasa akan datang.

kepada mereka yg memang merancang khianat, Allah Maha Mengetahui. hidup mu dan tidur mu tidak akanlena lagi selepas ini. Ammiiinnnn.

Anonymous said...

bodoh punya jaka...analisis kau macam analisis pak pandir lah sial...

yang kau pergi ikut bersih tu buat apa sial...kau ingat kau boleh dapat pahala syahid ker kalau kau mampus masa tu...kau pergi dengar cakap orang pas buat apa, mereka tu sesat lagi menyesatkan...rahman tolol ahli pas sampai mampus nie pun tak ikut bersih...dia duduk rumah peluk bini dia...kau memang bodoh lah jaka...kau nie kira mewarisi kebodohan dan kedunguan pak pandir lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.