Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 7, 2012

Dulu, Majlis Fatwa Sokong Pembunuhan Ibrahim Libya

Janganlah terkejut dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dulu Ustaz Ibrahim Libya yang tidak berdosa dibunuh secara kejam di Memali. Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluar menyokong 100% tindakan itu dan sekaligus memfitnah arwah Ibrahim Libya dengan memanggil beliau sebagai "Bughah" (penderhaka). 

Tulang Besi berani bercakap berkaitan dengan kes Asy Syahid Ibrahim Libya kerana Tulang Besi telah merujuk Ustaz Ahmad Awang yang menganggotai mesyuarat JK Majlis Fatwa tersebut sebelum beliau telah dihalau keluar. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya dengan Tulang Besi, sila rujuk kepada Ustaz Ahmad Awang sendiri. 

 Sudahlah arwah dibunuh secara kejam, Majlis Fatwa Kebangsaan tolong fitnah pula beliau.
 Tanggunglah dosa kesemua yang memfitnah mangsa kezaliman itu. 

Yang harus dipuji adalah Tuanku Sultan Kedah yang turun sendiri menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya.

 DAULAT TUANKU!!! 

Jadi, bila Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa mengharamkan demonstrasi ini, Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Tanggunglah mereka akan dosa mengharamkan perkara yang Allah SWT tidak haramkan. 

Tulang Besi pula merujuk kepada Fatwa Sheikh Yusuf Qardhawi yang menyokong amalan demonstrasi jalanan demi menentang kezaliman dan penyelewengan. Rasanya ilmu Dr Yusuf Qardhawi jauh lebih tinggi dari keseluruhan ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Akhir kata, masa sebelum Mubarak jatuh dulu, Universiti Al Azhar sendiri mengeluarkan fatwa supaya orang2 Mesir pulang ke rumah dan berhenti berdemo.

Akhirnya yang malu adalah Universiti Azhar sendiri kerana fatwa mereka sudah tidak diperdulikan rakyat Mesir.

Perkara yang sama bakal berlaku kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang membiarkan diri mereka digunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

TULANG BESI

3 comments:

Anonymous said...

SESAJA NAK TAU....SAPER AHLI2 MAJLIS FATWA TU?

KALO ADA GAMBO NAK TENGOK JG BATANG HIDUNG DIA....PALING TIDAK RAKYAT NAK KENAL LEBIH MESRA DGN MEREKA.

TOLONG BG SAMA NO KEAHLIAN UMNO DIA ORNG....SAJA NAK KEPOH2

Anonymous said...

Salam Tuan,

Mengulas seorang ibu menangis dalam TV3.

Very typical mindset especially from hardcore UMNO supporters, which I think too narrow minded.

You know what every ibu always teach their children :

1. Never talking lies ( e.g Seorang kata itu SOP Polis, seorang lagi kata tidak ada SOP / sekejap kata Bersih tidak bahaya, yang seorang kata bahaya menjatuhkan kerajaan. Semua auta.)

2. Never do harm to humans even if their wromg(beramai-ramai menendang, menyepak seorang yang sah tidak bersalah; tembak air sehingga seorang ibu masuk hospital.)

3. Never boros dalam perbelanjaan (ini sudah nampak siang-siang)

4. Never main rasuah. (he .. he..)

5. Never mempermainkan agama (yang ini haram, yang itu .... senyap)

6. and .... many other issues that our mom teach us.

So ... if what every mom had said " never " and yet we still do dirty work?

Sudah tentu "Derhaka kepada ibu...."

Ingat! Bila ibu diam, tidak kata apa-apa, bukan bererti dia restui perbuatan kita.

Ibu yang berterus terang lagi selamat kita, dari ibu yang mendiamkan diri. Tak kira kita miskin atau kaya-raya. Ingat tu!

Atas Pagar said...

Anda adalah contoh orang jahil yang menjadi penyembah hawa nafsu anda sendiri.

Nyata dari tulisan ini, benar atau salah adalah menurut citarasa anda sendiri. Majlis fatwa berfatwa menurut ilmu dan usaha mereka. Dalam kes Ibrahim libya, mereka berusaha menurut kadar ilmu mereka.

Tetapi bagi anda, Ibrahim Libya tidak bersalah dan tak ada orang lain yang boleh bercanggah pendapat dengan anda. Kalau mereka bercanggah dengan anda, sekali pun mereka itu lebih berilmu, mereka tetap salah. Yang betul ialah pendapat aku (TB). Itulah ideologi anda.

Lebih dashyat, seolah-olah Tuhan pun kena tunduk pada kehendak anda. Anda kata Ibrahim Libya tidak berdosa. Seolah-olah anda ni tukang catat dosa bagi manusia yang tahu siapa berdosa dan siapa tidak berdosa. Dan pandai-pandai pula kata majlis fatwa tanggung dosa, seolah-olah anda ni tukang catit dosa pahala yang tahu siapa berdosa.

Ini adalah contoh pemikiran orang yang taksub dengan diri sendiri seolah-olah pendapatnya paling betul dan tidak boleh dicabar. Sedarlah siapa diri anda, kadar ilmu anda sebelum sewenang-wenang nak menghukum majlis fatwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.