Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 8, 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Dipenuhi Ulama Jahat (Ulama Su')

Apa lagi yang boleh dikatakan. Majlis Fatwa Kebangsaan dipenuhi ulama2 yang menjadi hamba kepada parti yang menolak perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu. Jelas bagi Tulang Besi, anggota2 Majlis Fatwa Kebangsaan ini rata-rata adalah ulama jahat (ulama su') sebagaimana yang digelarkan oleh Imam Ghazali rhm.

Janganlah terkejut dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dulu Ustaz Ibrahim Libya yang tidak berdosa dibunuh secara kejam di Memali. Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluar menyokong 100% tindakan itu dan sekaligus memfitnah arwah Ibrahim Libya dengan memanggil beliau sebagai "Bughah" (penderhaka). 

Tulang Besi berani bercakap berkaitan dengan kes Asy Syahid Ibrahim Libya kerana Tulang Besi telah merujuk Ustaz Ahmad Awang yang menganggotai mesyuarat JK Majlis Fatwa tersebut sebelum beliau telah dihalau keluar. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya dengan Tulang Besi, sila rujuk kepada Ustaz Ahmad Awang sendiri. 

 Sudahlah arwah dibunuh secara kejam, Majlis Fatwa Kebangsaan tolong fitnah pula beliau.
 Tanggunglah dosa kesemua yang memfitnah mangsa kezaliman itu. 

Yang harus dipuji adalah Tuanku Sultan Kedah yang turun sendiri menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya.

 DAULAT TUANKU!!! 

Jadi, bila Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa mengharamkan demonstrasi ini, Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Tanggunglah mereka akan dosa mengharamkan perkara yang Allah SWT tidak haramkan. 

Tulang Besi pula merujuk kepada Fatwa Sheikh Yusuf Qardhawi yang menyokong amalan demonstrasi jalanan demi menentang kezaliman dan penyelewengan. Rasanya ilmu Dr Yusuf Qardhawi jauh lebih tinggi dari keseluruhan ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Akhir kata, masa sebelum Mubarak jatuh dulu, Universiti Al Azhar sendiri mengeluarkan fatwa supaya orang2 Mesir pulang ke rumah dan berhenti berdemo.

Akhirnya yang malu adalah Universiti Azhar sendiri kerana fatwa mereka sudah tidak diperdulikan rakyat Mesir.

Perkara yang sama bakal berlaku kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang membiarkan diri mereka digunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

TULANG BESI

2 comments:

Anonymous said...

mufti mufti ulama jahat gila nak beli kereta camry baru secara tunai.

Anonymous said...

Mcm yg mengaku ulama dan alim dlm PAS tu x dak jahatnyeee !!! Cubalah wat statement yg neutral sikit serta lebih kearah matlamat memperjuangkan Islam yang sebenar2 Islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.