Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 2, 2012

Ibarat Guna Duit Zakat untuk Beli Babi

Jamil Khir, seorang Menteri UMNO, sanggup guna wang zakat untuk membela para pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf ini jauh lebih besar dari makan babi. Kalau seseorang tu makan babi seekor, dosanya jauh lebih kecil berbanding menuduh zina tanpa empat saksi satu kali. 

Perumpamaan yang paling mudah adalah Jamil Khir telah mengguna wang zakat untuk beli babi.

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Pertamanya, Saiful adalah pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf adalah dosa besar. Cukup besar dosa Qazaf ini, lebih baik seseorang itu makan babi berbanding melakukan Qazaf.

Menteri UMNO, Jamil Khir, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang kes Qazaf Saiful dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

JAWI, Jamil Khir dan Mufti Wilayah Persekutuan pula telah memperkenalkan satu asnaf baru, yakni, menghalang perlaksanaan hukum Allah.

Dengan kata lain, selepas ni mana-mana orang Islam hendak melanggan pelacur, beli beer atau wiskey, beli tiket Sports Toto, dipersilakan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mengapa tidak boleh? Saiful yang melanggar hukum Allah dengan jelas dan terang dibela oleh JAWI sampai ke tahap menggunakan duit zakat.

Kalau Jamil Khir seorang Islam yang benar, sudah tentu dia pastikan kes Saiful berjalan dengan lancar dan cepat.

Pentingnya Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana untuk menghalang dosa Qazaf dari dilakukan oleh jutaan umat Islam di Malaysia.

Tapi, Jamil Khir melakukan sebaliknya.

Beliau menggunakan duit zakat ke arah MENGGALAKAN dosa Qazaf di kalangan umat Islam.

Atas sebab itu, saya nak cabar Mufti Wilayah untuk tunjukkan kitab mana yang izinkan penggunaan wang zakat bagi penyebaran amalan Qazaf di kalangan umat Islam?

Adakah jihad skrg ni termasuk menghalang perlaksanaan hukum Allah?

Tuan/puan, inilah yang kita panggil sebagai "AGAMA UMNO".

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Laknat Allah ke atas semua yang terlibat dalam salah guna wang zakat ini.

Tulang Besi

2 comments:

Anonymous said...

ulamak dunia tu yang hampa semua nak kenal tak kira pas ke umno ke bebas ka kerja ulama membetulkan mana yang tak betul jangan tumpang sekaki arak judi halal tapi daging babi haram

Anonymous said...

mufti wilayah tengah kira duit gaji dan bonus dan berkira kira nak dpt pingat. ulama jahat memang camtu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.