Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 6, 2012

SAH!!! Daftar Pemilih di Selangor KOTOR!!!!!

TIba2 Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor melenting. Beliau marah dan murka terhadap program "Selangorku Bersih" anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih Selangor dari pengundi2 hantu. 

BERNAMA melaporkan Noh Omar begitu tidak senang dengan program penyiasatan rumah ke rumah anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan memastikan kewujudan setiap pengundi yang berdaftar dalam daftar pemilih di Selangor. 

Soalnya sekarang, apa kuasa Noh Omar untuk menolak program yang baik seperti ini? Dato Noh Omar ini sebahagian dari SPR kah? Yang lebih besar persoalannya adalah mengapa Noh Omar menentang usaha ke arah sebuah pilihanraya yang bersih? 

Sepertinya Dato Noh Omar redha dengan pilihanraya yang paling kotor yang bakal diadakan di Selangor hasil dari kerjasama SPR. Tidak hairanlah Timbalan Pengerusi SPR, yang juga seorang ahli UMNO, mengikut cakap ketuanya dan menolak program tersebut. 

Alasan Wan Ahmad adalah kononnya pegawai2 kerajaan Negeri tidak ada hak memeriksa IC. Bagi Tulang Besi, soal KAd Pengenalan tidak wujud. Ini kerana biasanya pengundi2 hantu ini akan didaftarkan di alamat2 yang tidak wujud ataupun di alamat2 premis yang bukan rumah seperti tokong, kedai, masjid, pejabat dsbnya. 

Maka, di situ sudah cukup untuk kerajaan negeri MEMBONGKAR ratusan ribu pengundi hantu yang telah didaftarkan oleh UMNO. Dan kita lihat sendiri bagaimana eratnya hubungan UMNO dengan SPR. 

Apabila UMNO/Noh Omar membuka mulut, SPR pun sambut dengan gembira. Maklumlah, SPR itu adalah salah satu biro di dalam UMNO.

TULANG BESI

9 comments:

Anonymous said...

kalau selangor kotor takkan pkr menang. Mcm tak yakin jer.

Anonymous said...

kalau kotor takkan pkr menang. pkr main kotor ke?

Dahan Jati said...

Yang sahnya ialah pembohongan tulang besi yang terang terangan berbohong tentang sebab Noh Omar melenting. Apakah hak PKR nak periksa rumah ke rumah dan bertanyakan tentang pegangan dan sokongan politik mereka. Awat PKR nak ganti tugas SPR pulak kah? Orang ramai berhak menolak dan menghalau orang yang bertindak melebihi dan mengganggu ketenteraman orang awam macam ni. Nak kempen pun tunggulah parlimen bubar dulu.. Ia tiada kaitan dengan pengundi hantu tapi menjamin ketenteraman dan kebebasan privasi individu.

Anonymous said...

rumah saya didatangi 2-3 orang anak muda, bertanyakan adakah siapa yg duduk di rumah nih..dan saya confirm bla...bla.. anak muda ni tak pernah tanya apa pegangan politik saya.

so, dahan jati menipu!

Anonymous said...

Anonymous June 6, 2012 10:31 AM
PKR menang dulu lagi, 4 tahun lepas bodoh... yg kotor skarang nie.. bodoh...

Dahan Jati
PKR tanya ada brapa orang kat dlm umah, sbb kalu ikut SPR rumah tu ada 30org... tak kan ler bodoh sgt PKR tu nak pi tanya "lu org pangkah apa?"

Anonymous said...

Anonymous June 6, 2012 10:31 AM
PKR menang dulu lagi, 4 tahun lepas bodoh... yg kotor skarang nie.. bodoh...

Dahan Jati
PKR tanya ada brapa orang kat dlm umah, sbb kalu ikut SPR rumah tu ada 30org... tak kan ler bodoh sgt PKR tu nak pi tanya "lu org pangkah apa?"

Anonymous said...

dahan jati jadi sarang anai anai kahkah

electrocuted7 said...

sah depan rumah Dahan Jati ada bendera dacing berkibaran, kalau tak pun masa interview pakai songkok tinggi.. sebab tu kena tanya pegangan politik (saja nak confirm)

Dahan Jati said...

Apa yang perlu lebih diberi perhatian kerajaan Selangor la ni, pergi cari mana pi 600,000 orang lagi bakal pengundi di selangor yang belum mendaftar. Itu lebih bermanafaat, daripada dok cari orang yang dah daftar. Lepas tu nak buat isu pengundi hantu.. Itulah feel pembangkang di negara membangun, negara maju takdak dengar pun isu tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.