Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, September 7, 2012

Azizan Nafi Diliwat Anwar Tiga Kali Dalam Mahkamah

NOTA: Di bawah saya bawa laporan dari Laman Marhean berkaitan dengan bagaimana Azizan menafikan dengan terang bahawa dia diliwat Anwar Ibrahim. 

Penafian ini datang dari mulut Azizan sendiri di dalam mahkamah. Azizan bukan cakap benda ni dalam panggung wayang ataupun dalam kedai kopi. 

Banding kenyataan ini dengan kenyataan Azizan dalam youtube sewaktu beliau melawat Ustaz Taib Azamuddin yang dipopularkan oleh blogger2 UMNO sekarang ini:

http://www.youtube.com/watch?v=DtQdyPNfjio

Ertinya Azizan sanggup pergi jumpa Ustaz Taib Azamuddin semata-mata untuk berlakon kononnya dia diliwat.

Dan cyberuk2 UMNO dibayar untuk terus menerus mengungkap perkataan Anwar meliwat Azizan. Padahal Azizan telahpun mengaku dalam mahkamah bahwa dia tidak diliwat Anwar Ibrahim.


4. AZIZAN DAN TARIKH-TARIKHNYA
ISU hangat pada hari ketiga ialah mengenai percanggahan keterangan saksi utama, Azizan Abu Bakar.
Peguam Fernando menyatakan inilah kali pertama dalam sejarah sesaorang (Anwar) dipenjara atas kesalahan meliwat dengan orang yang menuduh (Azizan) mengaku sebanyak tiga kali dalam mahkamah bahawa beliau tidak diliwat.

Bukti-bukti yang dikemukakan oleh Azizan tidak pernah disokong oleh bukti-bukti lain dan keterangan beliau penuh percanggahan serta penipuan jelas.
Azizan bukan saja mengaku beliau tidak diliwat, tetapi menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai polis, SAC Musa Hassan untuk berbuat membuat pengakuan. Anwar mulanya dituduh meliwat Azizan pada tahun 1994.

Walau bagaimana pun dalam keterangannya, Azizan berkata beliau tidak diliwat selepas 1992, jadi tarikh tersebut dipinda kepada 1992. Apabila menyedari bahawa Tivolli Villa, bangunan yang dikatakan berlakunya kejadian itu belum siap pada tahun 1992, tarikh dipinda lagi kepada ‘satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993.
Ikuti keterangan Azizan ketika soal balas seperti yang dibaca Fernando.


Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1994?
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1992?
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Tarikh 1992 adalah palsu?
Azizan: Ya
Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.
Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: SAC1 Musa bin Hassan (Pegawai Penyiasat).
Ketika itu, kata Fernando, pihak Peguam Negara cuba menghalang Azizan daripada meneruskan keterangan dan cuba menghalang supaya keterangan itu tidak direkod.

Karpal kemudiannya menimbulkan persoalan kenapa masa terlalu lama diambil oleh Azizan untuk membuat laporan.

Kejadian didakwa berlaku pada tahun 1992, kenapa hanya pada tahun 1998 baru Azizan melaporkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Azizan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bermaruah tinggi tetapi ketika perbicaraan berlangsung, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah kerana berkhalwat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.