Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, September 6, 2012

FAKTA-Hubungan PAS dgn DAP Gagalkan Judi Bola

Ustaz Nasaruddin sedang dipergunakan untuk memanjangkan isu hudud dengan objektif memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, Ustaz Nasa dan UMNO tiada niat langsung untuk mempertahankan hudud mahupun memperjuangkannya. Isu hudud cuma diperpanjangkan dengan tujuan memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Isu hudud diperpanjangkan dengan tujuan membuat DAP dan PAS berasa tidak senang atau tidak selesa. Itu sahaja.

Hakikatnya, kalau PAS atau DAP keluar dari Pakatan Rakyat, hukum hudud terus tidak boleh dilaksana.

Ini kerana amaran serta halangan untuk perlaksanaan hukum hudud datang dari UMNO yang menguasai polis dan tentera. Penolakan hudud oleh DAP dan Karpal tidak bermaya untuk menghalang hudud dari dilaksana di Kelantan.

Juga dgn pecahnya Pakatan Rakyat akan menjamin UMNO dan BN menambah bilangan kerusi di Parlimen dan mengambil semula majoriti 2/3.  Pemerintahan UMNO akan menjamin hukum Allah SWT tidak akan terlaksana di bumi Malaysia.

 Jasa UMNO paling besar kepada syaitan adalah mereka telah menghalang umat Islam di Malaysia dari kembali kepada hukum Allah selama mereka telah memerintah

Masuk akal ke sebuah parti macam UMNO yang telah mengahalalkan judi bola mahu melaksana hukum hudud? Macam kita kata syaitan mahu mengajak manusia untuk bersolat dan berpuasa.

Yang jelasnya, hubungan PAS dan DAP telah menguntungkan Islam apabila percubaan UMNO menghalalkan judi bola di MAlaysia digagalkan.

Sedar atau tidak,kegagalan melaksanakan judi bola tempohari adalah pertama kali dalam sejarah. Sebelum ini Mahathir dan Daim bebas meluluskan apa-apa sahaja serta berapa banyak lesen judi yang mereka kehendaki.

Sebelum ini setiap kali Mahathir dan UMNO menambah bilangan lesen judi, biarlah kuat mana pun suara PAS di Parlimen, judi tersebut akan berjalan.

Namun, kali ini, PAS dan DAP bergabung tenaga melawan judi bola sehingga Penang menjadi negeri pertama mengharamkan judi bola dijual di negeri tersebut.

Hasilnya amat menggalakkan, Percubaan parti "Islam" UMNO untuk menjalankan judi bola berjaya digagalkan. ALHAMDULILLAH.

Malahan, masa isu judi bola ini, Ustaz NAsa Mat Isa telah membisu seribu bahasa. Beliau ahli parlimen tapi satu patah pun Ustaz NAsa tak buka mulut bagi melawan judi bola tajaan parti Islam UMNO itu.

Bagi saya, jelas Ustaz Nasa seorang munafik yang menjual agama demi habuan dunia. Konon bangun menentang Karpal Singh tapi judi yang jelas diharamkan oleh Allah tidak pula beliau bangkit.

Hentikanlah sandiwara kamu itu wahai Nasa. Orang kampung semua dah kenal sapa kamu

Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...