Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, September 4, 2012

Kronisma Menghalang Kerajaan PR Sediakan Rumah yg Berpatutan Harganya

Tweet Tulang Besi berkaitan isu harga rumah mendapat sambutan yg mengalakkan. 

Di Facebook juga, tweet Tulang Besi itu mendapat sokongan yang begitu besar. Antara lain, Tweet tulang Besi tu adalah seperti dibawah: 


Tweet Janji Ditepati

Rupanya ramai yang sengsara dalam diam. 

Harga rumah yang terlampau tinggi ni menyebabkan bayaran bulanan rumah ni tinggi menggila. Bayangkan sebuah keluarga yang pendapatan tak sampai RM6000 sebulan terpaksa bayar duit rumah sahaja hampir RM2k sebulan. 

Apa lagi yg tinggal selepas tu dengan segala-gala yang lain mahal menggila i.e. ayam, ikan, daging, sayur, tadika, beras, gula dsbnya. 

Tulang Besi menelefon kawan Tulang Besi di PKNS untuk bertanya hal ini. Mengikut kawan Tulang Besi ini,PKNS juga menghadapi masaalah untuk membina rumah yang harganya masuk akal. 

Ini kerana tanah2 di Selangor yang hamper dengan bandar telah pun hamper habis di faraid oleh pentadbiran dahulu kepada para kroni. 

Dan tanah2 ini telah pun digadai dan dijual oleh kroni2 ini dengan harga mahal dengan tujuan mendapat untung atas angina yang jumlahnya dalam jutaan ringgit. 

Maka,apabila PKNS hendak membina perumahan rakyat terpaksalah PKNS membeli semula tanah2 tersebut dengan harga yg tersangat mahal. Itu tak termasuk kos2 lain yang semakin hari semakin mahal. 

Kita masih ingat lagi bagaimana Satim Diman (Ketua Pembangkang Selangor -UMNO) didedahkan di Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi kaya raya hanya kerana menjadi orang tengah di dalam menjual tanah milik rakyat Selangor. Dilaporkan, Menteri Besar Selangor berkata: 

Amalan Satim Diman ni bukan asing. Ia menjadi amalan biasa kesemua kepimpinan pentadbiran dahulu. Bayangkan, Satim Diman hanya Ahli Dewan Undangan Negeri biasa sahaja dalam pentadbiran UMNO/BN yang terdahulu. 

Mampu jadi kaya raya dengan menjadi orang tengah dalam penjualan tanah milik rakyat Selangor. Bayangkan juga amalan Satim Diman ini menjadi amalan biasa setiap exco, ketua bahagian, ahli2 majlis dan kepimpinan UMNO seluruh Selangor bermula dari 20 tahun yang lepas. 

Akhirnya, tanah2 di Selangor habis tergadai kepada kroni. Maka, apabila PKNS dan Kerajaan Negeri mahu membina rumah yang berpatutan harganya, hasrat tersebut terhalang. PKNS terpaksa membeli semula tanah-tanah tersebut dengan harga yang begitu tinggi dan kos tersebut terpaksa dipindah kepada pembeli. 

Maka, setiap kali rakyat Selangor membuat pembayaran rumah setiap bulan yang begitu tinggi dan tidak masuk akal itu, wajiblah rakyat Selangor ini berterima kasih kepada pentadbiran yang terdahulu. 

 Hasil usaha mereka menggadai serta memfaraid tanah2 di Selangor menyebabkan kerajaan PR Selangor terhalang di dalam menyediakan rumah-rumah yang berpatutan harganya. 

TULANG BESI

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tahu ada salah guna kuasa, pergilah buat laporan SPRM atas beruk2 tu. Lepas tu cari la cara nak atasi masalah yang dah jadi. Orang pilih jadi pemimpin bukan suruh menyalak buat janji lepas tu blame orang lain. Kalau setakat nak bagi alasan dan salahkan orang lain, itu dah sama bodoh macam BN jugak.

Rakyat sokong bukan saje suka2 nak undi. Rakyat pun nak tengok result dan KPI yang berkesan. Kalau bagi alasan tanpa tindakan atau semakin merosakkan, baik berambus dari jadi pemimpin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...