Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 26, 2012

PAS Akan Terus Hilang Undi Kalau Nasa Tidak Dipecat!!!!!

Malaysiakini melaporkan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL):
Kalau kita sedar, Nasaruddin kerap kali menaikkan isu yang dangkal di media. Sejak akhir-akhir ini Nasaruddin sering mencari gaduh dengan DAP di atas isu-isu yang telah lama selesai di peringkat parti. Saya tidak mahu mengulas panjang terhadap isu yang dinaikkan Nasa. Buang masa aje. 

Cumanya setiap kali Nasa membuka mulut mengecam DAP, Pakatan Rakyat dilihat sebagai sering bercanggah sesama sendiri oleh mereka yang berada di atas pagar. 

Imej seperti ini hanya akan mengurangkan undi kepada PAS yang banyak bergantung kepada undi orang Melayu. Bayangkan kalau PAS kalah dengan di Parlimen atau DUN dengan undi yang tipis (sekitar 1000 undi ke bawah). Ia bererti PAS kalah hasil usaha Nasaruddin Mat Isa. 

Baru lah Tulang Besi faham apa tugas Nasaruddin Mat Isa sekarang ini. Menggunakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Syura untuk menyerang DAP. Apabila ini terjadi, imej Pakatan Rakyat yang sering bercanggah akan mengurangkan undi orang Melayu kepada PAS. 

Nasa sedang berusaha bersungguh2 membantu UMNO menang kerusi. Oleh kerana Harun Din masih kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am, maka mustahil Nasa boleh dipecat dari Majlis Syura. Tiada jalan melainkan Nasa dipecat sebagai ahli PAS seperti Hasan Ali. Apabila Nasa telah dipecat dari ahli, beliau tidak boleh lagi berucap bagi pihak PAS. 

Kalau tak buat, janganlah menangis bila di kerusi-kerusi yang PAS kalah tipis. Tulang Besi dah beri amaran awal. 

Harus diingat pilihanraya yang akan datang ini bakal menyaksikan pilihanraya yang paling dekat keputusannya. Mungkin, dengan undi yang beberapa ratus itu sahaja sudah mencukupi untuk menumbangkan Barisan Nasional. 

Ertinya, setiap undi adalah berharga. Dan usaha Nasa ini walaupun dilihat kecil tapi mampu mengurangkan undi PAS di setiap kerusi dalam kadar ratusan. Ia bererti PAS mungkin akan hilang banyak kerusi tetapi dengan majoriti yang kecil hasil dari usaha gigih Nasaruddin Mat Isa menyerang DAP ini.

Pecatlah Nasa ni dari PAS, wahai pimpinan PAS sekelian. Nanti kita juga yang akan menyesal.

Tulang Besi

5 comments:

C++ said...

Bhai TB....

Memang PAS akan hilang banyak undi.. terutamanya kat kawasan yang pengundi berbilang kaum ader banyak....

Anonymous said...

Aku dah mula tak berapa yakin Pas boleh menang di bawah kepimpinan Hj. hadi.

Agaknya Hj. Hadi dan Majlis Syuranya tak baca internet kot?

Dalam gelombang kebencian terhadap UMNO-BN masih ada manusia menongkah arus menjilat-jilat pemimpin UMNO.

Poraah punya Majlis Syura.

Anonymous said...

Betul Tulang besi kelihatan jelas sekali Nasa tu mole BN untuk kacau bilaukan Pakatan Rakyat terutama DAP. Pas kena buang Nasa serta merta

Tulang Besi said...

Nanti dulu.

Haji Hadi tak bersalah dalam hal ni.

Dia pun tak suka apa Nasa buat.

Dia pun nak pecat si Nasa tu jugak.

Tapi ada pandangan mengatakan bahawa skrg bukan masa yang sesuai.

Anonymous said...

Saya sokong Pas dan PR , tetapi sikap Nasa menjadi tanda tanya. Dia adalah agen Bn.

PASTI JEJASKAN PAS DALAM PR13 NANTI. PECAT NASA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.