Dan cyberuk2 UMNO dibayar untuk terus menerus mengungkap perkataan Anwar meliwat Azizan. Padahal Azizan telahpun mengaku dalam mahkamah bahwa dia tidak diliwat Anwar Ibrahim.
4. AZIZAN DAN TARIKH-TARIKHNYA
ISU hangat pada hari ketiga ialah mengenai percanggahan keterangan saksi utama, Azizan Abu Bakar.
Peguam Fernando menyatakan inilah kali pertama dalam sejarah sesaorang (Anwar) dipenjara atas kesalahan meliwat dengan orang yang menuduh (Azizan) mengaku sebanyak tiga kali dalam mahkamah bahawa beliau tidak diliwat.
Bukti-bukti yang dikemukakan oleh Azizan tidak pernah disokong oleh bukti-bukti lain dan keterangan beliau penuh percanggahan serta penipuan jelas.
Azizan bukan saja mengaku beliau tidak diliwat, tetapi menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai polis, SAC Musa Hassan untuk berbuat membuat pengakuan. Anwar mulanya dituduh meliwat Azizan pada tahun 1994.
Walau bagaimana pun dalam keterangannya, Azizan berkata beliau tidak diliwat selepas 1992, jadi tarikh tersebut dipinda kepada 1992. Apabila menyedari bahawa Tivolli Villa, bangunan yang dikatakan berlakunya kejadian itu belum siap pada tahun 1992, tarikh dipinda lagi kepada ‘satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993.
Ikuti keterangan Azizan ketika soal balas seperti yang dibaca Fernando.
Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1994?Ketika itu, kata Fernando, pihak Peguam Negara cuba menghalang Azizan daripada meneruskan keterangan dan cuba menghalang supaya keterangan itu tidak direkod.
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1992?
Azizan: Tidak.
Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Tarikh 1992 adalah palsu?
Azizan: Ya
Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.
Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: SAC1 Musa bin Hassan (Pegawai Penyiasat).
Karpal kemudiannya menimbulkan persoalan kenapa masa terlalu lama diambil oleh Azizan untuk membuat laporan.
Kejadian didakwa berlaku pada tahun 1992, kenapa hanya pada tahun 1998 baru Azizan melaporkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Azizan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bermaruah tinggi tetapi ketika perbicaraan berlangsung, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah kerana berkhalwat.
No comments:
Post a Comment