Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 16, 2012

Hasan Ali. Hentikan Sandiwara Mu Itu....

Hasan Ali mengisytiharkan beliau tidak akan masuk UMNO dan terus kekal dalam PAS. Walaupun pada hakikatnya PAS sendiri tidak mahu dengan HAsan Ali. 

Hakikatnya juga segala kegiatan Hasan Ali dan JATI mendapat sokongan material dan spiritual dari UMNO.  Tak perlu bukti jelas, TV3 dan Utusan Malaysia milik UMNO itu secara terang2 memberikan liputan serta ruang bercakap seluas-luasnya bagi Hasan Ali untuk menghentam PAS.

Malahan dari sumber dalaman JATI yang kenal dengan Tulang Besi jentera yang dibelakang JATI adalah jentera PERKASA serta Pemuda UMNO. Maka atas sebab itulah JATI boleh mengadakan program seluruh negara dengan sekelip mata. 

Maka, apabila HAsan Ali kata dia akan terus duduk dalam PAS, ia tidak lebih dari sandiwara atau drama swasta.

Kalau Hasan Ali seorang yang ikhlas dalam PAS sudah tentulah Hasan Ali tidak akan membiarkan diri beliau dipergunakan oleh UMNO sebegitu sekali.

Juga,  setakat ini HAsan Ali GAGAL MEMBUKTIKAN perjuangan PAS tersasar dari Islam dan akidah Islam. Hasan Ali sendiri masuk PAS bukanlah kerana akidah mahupun atas dasar Islam. Dia masuk PAS atas isu pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tulang Besi juga menolak penafian Shahnon Ahmad kononnya beliau masih istiqamah dalam PAS dan ulama. Takkan lah seorang yang pernah menjadi Ahli PArlimen PAS itu tidak tahu Utusan Malaysia itu musuh PAS?

Masakan beliau begitu mudah memberi temuramah kepada UTusan Malaysia seterusnya menyanyikan lagi PERPADUANG DENGAN UMNO. PAdahal, keputusan beberapa Muktamat PAS Pusat dengan jelas MENOLAK PERPADUANG DENGAN UMNO.

Kata orang tua2, lidah tidak bertulang. Benar sekali pepatah tersebut. Lidah boleh berbohong namun tindakan seseorang itu tidak boleh berbohong. Lebih selamat menilai Hasan Ali dan Shahnon Ahmad melalui tindakan mereka dari kata-kata mereka.

Seperti juga Dr Mahathir. Lidah beliau mudah sahaja menyebut negara Islam namun beberpaa bulan selepas berkata demikian beliau telah meluluskan lesen judi bola kepada Vinsetan.

Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.