Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, October 27, 2012

Malaysia di Ambang Krisis Makanan


Semalam Tulang Besi berjumpa dengan seorang pekerja Bank Negara. Banyak perkara yang telah diperbincangkan. Salah satu topik yg dibincangkan adalah isu harga makanan yang semakin lama semakin naik dan tidak pernah turun. 

Kalau ikut kawan Tulang Besi itu, Malaysia berada di ambang krisis makanan. Secara mudah untuk difaham, kalau harga makanan semakin naik dan tidak turun bererti bekalan makanan di Malaysia semakin berkurang. Kalau bekalan makanan kita berlebihan dan bertambah-tambah, sudah tentulah harga makanan di Malaysia menurun. 

Mengikut kawan Tulang Besi ini, punca bekalan makanan berkurang di Malaysia adalah Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. Sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, beliau tidak menyukai sektor pertanian. 

Hasilnya, di bawah Dr Mahathir, program Buku Hijau Tun Razak secara tidak rasmi telah ditutup. Depan mata kita sendiri, sawah-sawah padi ditukar menjadi kawasan kilang dan kawasan perumahan. Banyak tanah2 pertanian ditukar kepada tapak perindustrian serta perumahan. Petani-petani digalakkan berhijrah ke bandar untuk menjadi pekerja kilang dan GLC lain. 

Tanah2 pertanian lain yang subur ditanam dengan kelapa sawit sebanyak yang mungkin kerana faktor ekpot minyak kelapa sawit adalah komoditi. Ini kerana tanaman kelapa sawit lebih menguntungkan kroni serta syarikat-syarikat korporat yang besar. 

Itu tak termasuk syarikat-syarikat perumahan yang mahu tanah2 sawit dibuat rumah yang mahal2.

Juga, Mahathir mengekalkan Sanusi Junid sebagai Menteri Pertanian dengan sebegitu lama kerana beliau tahu Sanusi Junid ini hanya pandai retorik dan tidak pandai buat kerja. Semua projek Sanusi Junid semasa menjadi Menteri Pertanian gagal. Masih ingatkan kita dengan projek minum koko yang dilancarkan oleh beliau satu masa dahulu? Hari ini boleh dikatakan tiada siapa yang minum koko di Malaysia.

Hasilnya, sektor pertanian menjadi semakin buruk dan tidak berdaya maju. Hasil idea dan kemahuan Mahathir, Malaysia menjadi negara pengimpot makanan. Malahan, beras yang menjadi makanan asas kita pun diimpot.

Bayangkan, Malaysia hanya mampu mengekspot daging babi sahaja sekarang ini hanya kerana Negeri Sembilan dan Melaka mengalakkan penternakan babi. Kalau tidak disebabkan oleh penternakan babi, Malaysia tidak ada apa-apa eksport dari segi daging binatang. 

Selepas ini, ingatlah. Setiap kali kita mengeluh harga barang makanan mahal, wajiblah kita berterima kasih kepada UMNO dan Dr Mahathir kerana telah merosakkan sektor pertanian di Malaysia.

TULANG BESI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.