Antara bahan propaganda yg dihasilkan oleh golongan "agama" dalam UMNO adalah kononnya PAS ini Khawarij.
Hujjah mereka adalah kerana PAS menentang Kerajaan Islam.
Yang herannya, tak berani pulak mereka samakan PAS dengan SAidna Muawiyyah dan Saidatina Aisyah yang menentang kerajaan Saidina Ali pulak ye?
Hakikatnya, golongan Khawarij ini jelas sesat. Malahan, Saidina Ali telah memerangi serta membunuh golongan Khawarij ini. Khawarij yang terkenal mengucap dua kalimah syahadah serta kuat beribadat itu dibunuh dan diperangi oleh Saidina Ali. Golongan2 Khawarij yang ini darah mereka ditumpahkan oleh Saidina Ali serta khalifah2 selepasnya.
Walaubagaimanapun, golongan Khawarij ini adalah jauh lebih "Islamik" dari UMNO.
Misalnya:
1.0 Khawarij tidak menolak hukum hudud. UMNO tolak hudud
2.0 Khawarij tidak menghalalkan judi dan arak. UMNO menghalalkan judi dan arak
3.0 Khawarij kuat mengerjakan solat. UMNO pula tidak kesah ahli2nya mengerjakan solat atau tidak.
4.0 Khawarij menentang korupsi. UMNO menghalalkan korupsi.
5.0 Khawarij tidak redha orang bukan Islam menghina Islam. UMNO melindungi orang bukan Islam yang menghina Islam
6.0 Khawarij amat teliti dalam perkara halal dan haram. UMNO tidak kesah halal haram
7.0 Khawarij tidak pernah menghina Islam secara terbuka. UMNO terus menerus menghina Islam
Kalau kita ikut logik Fathul Bari, Hasan Ali, Harussani, Riduan Tee dsbnya, maka tindakan Saidina Ali ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan yang besar.
Mana tidaknya? Saidina Ali telah memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan membunuh kumpulan manusia yang mengucap dua kalimah syahadah.
Tindakan Saidina Ali membunuh Khawarij ini juga harus menjadi pengajaran kepada kita.
Tindakan
Saidina Ali menunjukkan perpaduan umat Islam BUKAN perkara yang utama.
Yang paling utama adalah PENGABDIAN KEPADA HUKUM ALLAH SWT.
Kesimpulannya, segala usaha perpaduan atas nama Islam yang dijual dan dipasarkan oleh agen2 UMNO seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa adalah penipuan dan pembohongan semata-mata. Ia bukan dari ajaran Islam memandangkan UMNO jauh lebih sesat dari Khawarij.
Dan Saidina Ali telah membunuh serta memerangi kumpulan Khawarij seluruhnya.
Tulang Besi 100% yakin kalau Saidina Ali masih hidup hari ini, nescaya beliau akan mengisytihar perang ke atas UMNO.
TULANG BESI
'Tulang Besi 100% yakin kalau Saidina Ali masih hidup hari ini, nescaya beliau akan mengisytihar perang ke atas UMNO'.
ReplyDeleteumno saja ka?
Setuju. Jika saiyidina Alijadikhalifah sekarang dah lama dah mahathir kena potong tangan kerana mencuri wang baitulmal petronas but bail out anak dia. Najib pulak mungkin dah kena rejam kat PD bersama Isa Pendek yang bersubahat.
ReplyDeleteTakyah berilusi dgn khalifah yg dah wafat. Kita yang hidupni bisa terajang UMNOH ke lubang kubur