Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 16, 2012

Shahnon Ahmad Masuk PAS Dulu kerana Negara Islam ke?

Adapun TV3/Utusan/UMNO menggunakan beberapa bekas tokoh PAS untuk menyerang kerjasama PAS dengan DAP. Dikatakan PAS telah menjadi liberal dengan "menggugurkan" agenda Negara Islam. Antara nama tokoh yang dipergunakan adalah bekas YB PAS bernama Shahnon Ahmad.

Saya tidak terkejut Shahnon Ahmad berkata demikian. Ini kerana Shahnon, seperti juga Hasan Ali, adalah mereka yang menyertai PAS ekoran peristiwa kezaliman ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 1997.

 Ertinya mereka2 ini baru sahaja menyertai PAS dan tidak berapa maklum berkaitan dengan agenda serta dasar2 PAS. Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian:
1.0 Slogan Negara Islam telah lama tidak digunakan PAS dalam mana-mana kempen mahupun agenda terbuka semenjak 1969. Semenjak PAS menyertai Barisan Nasional, PAS telah berhenti menggunakan slogan Negara Islam dalam kempen2 PAS
2.0 Penyertaan Shahnon Ahmad ke dalam PAs pada tahun 1998 dahulu bukanlah atas sebab menyokong negara Islam tetapi kerana kezaliman Anwar Ibrahim. Mengapa baru sekarang hendak dinaikkan isu "Negara Islam
3.0 Saya juga ingin tahu, sewaktu Shahnon Ahmad mewakili PAS di Dewan Rakyat dari tahun 1999-2004 dahulu, berapa kalilah Shahnon Ahmad berucap berkenaan "Negara Islam"? Saya yakin tiada satu ucapan Shahnon di Parlimen adalah bersangkut dengan Negara Islam.
4.0 PAS menggunakan slogan "Negara Berkebajikan" pada tahun 2007, yakni 2 tahun sebelum PAS menjalin hubungan dengan DAP. Maka, atas sebab itulah Tok Guru Nik Aziz berkata DAP tidak pernah mengacau PAS.
5.0 Dr Mahathir yg kononnya juara Negara Islam telah meluluskan lesen Judi Bola beberapa bulan selepas mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.
Maka soalnya sekarang ini, mengapa tiba-tiba sahaja Shahnon bercakap berkenaan dengan Negara Islam? 

Bagi Tulang Besi sendiri, sepanjang mengikuti ucapa2 Shahnon Ahmad dahulu tidak pernah sekali pun Shahnon Ahmad bercakap pasal Negara Islam.

Bagi Tulang Besi juga, Negara Islam ini bukan isu. Hakikatnya, Negara Islam tidak disebut dalam Al Quran mahupun Al Hadeeth. Ia cuma sekadar ijtihad ulama dan boleh diubah ataupun ditolak ataupun diubah. 

Kalau PAS berhenti menggunakan slogan Negara Islam, ia tidak berdosa mahupun berlawanan dengan Islam.

Adapun tindakan UMNO/Dr Mahathir meluluskan judi bola beberapa bulan selepas mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam pula jelas satu penghinaan kepada Islam mahpun kepada syariat Islam.

Secara mudahnya, nasihat kepada bekas-bekas PAS seperti Shahnon dan Hasan Ali, berhentilah menipu. Kamu dulu masuk PAS bukan lah sebab memperjuangkan Negara Islam pun. 

Janganlah tiba-tiba nak jadi hero Negara Islam pulak. 

TULANG BESI

7 comments:

Abdul Rahman said...

Salaam.Tulisan saudara sangat angkuh dan biadap.Lebih buruk kebiadapan yang lahir dari kejahilan saudara tentang Al-Quran dan sejarah Pas.Orang macam saudara tak akan belajar apa sehingga ego diri saudara dikempiskan.Saudara kata latarbelakang saudara teknikal dan tulis ikut fakta.Apa fakta!Bukankah tulisan saudara sarat sumpah seranah,penghinaan dan emosi.Budak jahil lagak pandai!Disini saya tidak mahu membetulkan saudara atas kesalahan dalam tulisan saudara.Saya tak nampak faedah kerana ego saudara telah menutup hati saudara.Nasihat saya,sedar diri sebagai mahluk kerdil, banyak baca Qur'an, minta petunjuk dari Allah dan minta Allah perindahkan ahlak saudara.Saya juga mohon petunjuk Allah dan perindah ahlak saya.

Anonymous said...

apa yang kamu merepek ni wahai saudara abdul rahman.agaknya otak kamu ni umno.tak faham apa yang orang tulis.kamu pulak jadi bengung

Najmi said...

Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon
Harakahdaily,
16 Okt 2012
PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama,” demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi.

Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.

"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau lagi.

Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik. 

Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.
 
Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan”.

Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS. 

Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang.

Najmi said...

Sepatutnya sebelum kita kritik dia. Kita jumpa untuk dapatkan penjelasan. Mungkin akbar salah lapor atau dia salah faham tahaluf siasi PAS. Kan nampak lebih berakhlak.

Tulang Besi said...

Istiqamah dgn keputusan ulama tapi Shahnon tetap menentang kepimpinan bukan ulama dalam PAS kerana beliau anggap mereka ini sekular.

Padahal dgn menumpu kepada akhirat semata-mata lah PAS kekal menjadi sekular.

Najmi said...

Sekurang kurangnya hormatilah org yg lebih tua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.