Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 23, 2012

UMNO Redha Dengan Penghinaan Islam oleh MCA

Sudah lebih dari dua hari Presiden MCA, Chua Soi Lek, menghina dan menista hukum Islam secara terbuka.

Tuduhan Chua Soi Lek bahawa hukum hudud membawa kemunduran, hukum hudud akan menyebabkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan, negara Islam majoritinya mundur, hukum hudud membawa kita kembali zaman batu dan sebagainya. 

Tulang Besi rasa sesiapa yang ada iman di dalam hati mereka pasti terguris dan marah terhadap fitnah dan penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh Chua Soi Lek.

Namun, parti UMNO yang mengaku berjuang Islam itu hanya diam membisu. Tiada protes. Tiada kenyataan menjawab Chua Soi Lek. Tiada apa-apa dari UMNO apabila Islam dinista oleh Chua dan MCA.

Malahan, Najib Tun Razak boleh terus merasmi serta melaungkan slogan-slogan tanpa rasa marah atau malu. 

Bagi Tulang Besi, jelas sekali Najib dan UMNO redha dengan tindakan MCA. Jelas sekali UMNO dan Najib redha dengan segala fitnah dan penghinaan ke atas hukum Islam oleh MCA dan Chua Soi Lek.

Bagi Tulang Besi, UMNO sudah hilang kelayakan untuk mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam. 

Umat Islam di Malaysia sudah tidak boleh berharap kepada UMNO untuk mempertahankan kesucian serta kemurnian hukum syariat Islam.

Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Najib Tun Razak bila beliau berkata:

"“Percayalah kita berada di landasan perjuangan yang betul walaupun tidak ada label Islam kerana tetap berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah yang digunakan sebagai panduan induk kepada kerajaan.."
Maqasid syariah Najib dan UMNO membenarkan hukum Islam diperlekeh dan dinista oleh seorang pelakon porno bernama Chua Soi Lek

TULANG BESI





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.