Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 16, 2012

Antara "Tidak Mahu" Hudud Dengan "Tidak Mampu" Laksana Hudud

Propaganda UMNO sekarang ini menyatakan bahwa PAS telah membuang agenda hudud dan negara Islam. PAS telah menukar agenda "Negara Islam" kepada "Negara Berkebajikan".

Mereka menambah lagi fitnah mereka dengan menyatakan PAS membuang agenda2 ini kerana tunduk kepada DAP dan PKR. Jahat sungguh fitnah UMNO ini sehingga jutaan umat Melayu Islam yang termakan. Tapi, kalau tidak fitnah, bukan UMNO namanya. 

Hakikatnya:
1.0 Agenda Negara Berkebajikan diambil oleh PAS sebelum pilihanraya 2008, yakni pada tahun 2007. Ia bererti agenda "Negara Berkebajikan" telah diambil oleh PAS sebelum PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam gagasan Pakatan Rakyat. Mana mungkin PAS mengikut telunjuk DAP pada tahun 2007 kerana diwaktu itu PAS tiada hubungan dengan DAP
2.0 Hudud sudah tidak diketengahkan lagi kerana PAS tidak mampu melaksanakan hudud. Setelah berpuluh-puluh tahun mengenegahkan hukum hudud jelas terbukti majoriti orang Melayu Islam dan bukan Islam menolak perlaksanaan hukum hudud.
a. Tidak sampai 50% dari orang Melayu Islam menyokong perlaksanaan hukum hudud
b. Tidak sampai 20% orang bukan Islam menyokong perlaksanaannya.
3.0 Maka, atas ketidak mampuan PAS, diketengahkan pula isu-isu lain yang melibatkan kepentingan ekonomi dan sosial rakyat.
4.0 Ibarat orang yang tidak mampu melaksanakan haji. Oleh kerana tidak mampu, maka orang itu tidak mahu berbicara pasal Haji tetapi lebih berbicara berkenaan ibadah2 lain yang mampu dia lakukan seperti solat, zikir, menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah orang ini dikatakan MENOLAK HUKUM HAJI? Sudah tentu tidak.
5.0 Begitulah juga dengan PAS. Hukum hudud tidak diketengahkan lagi kerana masanya belum sampai untuk ia dilaksanakan. Sehinggalah majoriti umat Islam dapat menerima perlaksanaannya, barulah PAS boleh membicarakan berkenaan perlaksaannya.
a. Untuk mendapat sokongan itu, UMNO itu sendiri wajar dihapuskan terlebih dahulu
b. Yang menjadi batu penghalan terbesar kepada hudud adalah UMNO dan bukannya DAP
6.0 Disebabkan UMNO menolak hudud, maka lebih dari separuh umat Islam di Malaysia menolak hudud. Selagi UMNO wujud, selagi itu majoriti umat Islam di Malaysia akan menolak perlaksanaan hudud.
Firman Allah SWT:
TERJEMAHAN: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." 

Berdasarkan ayat di atas inilah maka PAS mengambil ijithad untuk mengedepankan isu-isu lain terlebih dahulu sebelum isu hudud pada masa ini.

Agenda hukum hudud dan sebagainya adalah agenda yang PAS tidak mampu untuk mengedepankan buat masa ini.

Janganlah ada sesiapa yang cabul mulutnya menuduh PAS membuang agenda Islam dan hudud kerana PAS bersandar kepada AL Quran dan Sunnah.

Kelak yang menuduh itu buruk pembalasannnya.

TULANG BESI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.