Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 19, 2012

Cadangan Dewan Ulama Sama Dengan Hasan Ali....

Sekali imbas, cadangan dari wakil Dewan Ulama PAS sewaktu Perbahasan Ucapan Dasar Presiden minggu lepas adalah sangat baik terutama kepada ahli2 dan penyokong PAS.

Namun sedarkah saudara/ri cadangan Dewan Ulama itu adalah cadangan yang sama datang dari Hasan Ali.

Malaysiakini melaporkan:


“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Jangan terkejut di atas persamaan Dewan Ulama dengan Hasan Ali ini. Ianya jelas bukan sebuah kebetulan.


Cadangan ini Tulang Besi telah dengar semenjak tahun 2008 lagi. Ianya bukan cadangan baru sebenarnya.

Yang lebih menyedihkan, ianya bukanlah satu cadangan yang ikhlas. Cadangan ini telah dilayangkan bagi tujuan memfitnah dan mengikis mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan agenda PERPADUANG BERSAMA UMNO.

Bukanlah cadangan ini dilayangkan dengan tujuan ikhlas mahukan Tuan Presiden menjadi Perdana Menteri sangat pun.

Ini kerana sesiapa di dalam PAS tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri akan dilabel sebagai:

a. Penyokong Anwar Ibrahim
b. Tidak wala' (taat) kepada Presiden
c. Pengkhianat parti
d. Membenci dan memusuhi ulama

Maka, mudahlah mereka menjalankan kerja menjatuhkan serta membersihkan AJK PAS Pusat dari mereka yang menolak perpaduang dengan UMNO.

Sekaligus, cadangan ini juga digunakan untuk memburukkan hubungan PAS bersama partai2 di komponen Pakatan Rakyat. 

Setelah berjaya usaha mereka untuk membawa PAS kepada Barisan Nasional, maka selepas itu isu siapa Perdana Menteri sudah tidak penting lagi. Pada masa itu, juak2 perpaduang ini sudah pun mendapat laba dan balasan duniawi yang dijanjikan UMNO.

Kita semua tahu Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa adalah juara perpaduang. Apa yang kita tidak tahu, Hasan Ali dan Nasa telah mendapat sokongan padu dari golongan ulama di dalam PAS.

Maka, Tulang Besi tidak hairan apabila perwakilan ulama mencadangkan Tuan Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri.

Tulang Besi tidak yakin cadangan itu ikhlas dari lubuk hati Perwakilan Dewan Ulama. Bagi Tulang Besi, ia lebih berbentuk "sabotaj" kepada Pakatan Rakyat dan lebih banyak merugikan PAS dari menguntungkan.

TULANG BESI





 

4 comments:

otakbesi said...

Isu siapa yang akan dilantik sebagai PM setelah PR memerintah, adalah isu yang amat terbiar dan layak dibincangkan oleh orang yang deman. Namun mimpi apakah yang menyebabkan wakil Dewan Ulamak PAS Pusat membangkitkan isu tersebut.
Sebagai seorang ulamak, aku juga terkejut bila isu tersebut dibangkitkan. Apa lagi ahli Dewan Ulamak yang tak tahu malu itu mencadangkan TGHH dilantik sebagai PM yang akan mewakili PR.
Mungkin cadangan ini dikemukakan untuk menunjukkan kebolehan TGHH atau kesanggupan PAS memerintah Malaysia. Namun jelas sekali cadangan ini menjadi sebaliknya, bahkan telah mencalar Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dalam perjalanan ke PutraJaya diperingkat awal yang tidak ketahui hujung pangkalnya lagi, Dewan ulamak sudah ada calon untuk jawatan PM. Bukankah ini dipanggil sebagai manusia yang suka berangan atau lebih dikenali "lebai malang". Perasaan tamak yang dimiliki lebai malang ini dicetuskan daripada sifat tamak dan dangkal metametik.
Cadangan juga memalukan presiden dan PAS sendiri. Pemimpin berwibawa seperti TGHH akan dilihat seorang yang tidak mempunyai keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat perjuangan PAS hanya berkisar kepada jawatan dan pangkat. Bahkan ahli PAS akan dilihat sangat suka bergaduh untuk berebut jawatan seperti anjing berebut tulang.
Sepatutnya perbincangan yang tercetus dalam persidangan dewan Ulamak Pas mengenai bagaimanakah cara untuk memperkasa ulamak dalam PAS seiringan dengan perkembangan semasa. Atau bagaimana menukar tanggapan ahli PAS, bahawa dewan ulamak adalah juru baca doa, kepada pejuang rakyat yang berkat.
Satu isu yang dewan ulamak buat-buat lalai atau benar-benar nyanyuk adalah tanggungjawab dewan ulamak untuk mengulamakkan para pemimpin PAS. Isu-isu beginilah yang sepetutnya dibangkitkan dalam muktamar, supaya dewan ulamak dilihat sebagai orang tua warak yang berhati pejuang muda.

harun taib, ust mat Yaccop dan Zawawi, tolong kurangkan sedikit berangan, duduklah atas realiti.

Anonymous said...

Memang pun Dewan Ulamak dan Pemuda PAS masih terikat dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.Lihat sahaja ucapan penutup Harun Din,seirama dengan suara Dewan Ulamak.Keputusan siapa nak jadi PM sudah diputuskan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dulu-dulu lagi.Dah dekat sangat dengan PRU 13,baru Dewan Ulamak menyalak.Apa maksudnya ini? Bererti puak UG sengaja nak keruhkan keadaan.Itu sahaja.Kalau pun nakkan orang PAS jadi PM,cadanglah yang "ahli" sebagai mana yang dikatakan oleh Hadith Nabi SAW.Kalau perintah Trengganu pun gaggal,macam mana nak jadi PM Malaysia.

Anonymous said...

Dari sudut pandangan sya lain pula.....skrg rata2 org melayu & islam sudah mula ragu peranan Pas dlm PR.....Islam memimpin atau dipimpin. Kalau Islam nak memimpin, PM mesti dari Pas....no matter berapa kerusi menang...as long as PR menang.
Mungkin org kata bagaimana nak jadi PM kalau kerusi paling sedikit?....maka jawapnya kena beri quota kerusi lebih dari 60....sekurang2nya 100....kalau tak pun sampai 145 seperti umno bertanding
Maka move yg pertama sudah berlaku....Hadi jadi PM. Maka selepas ini akan berlaku move yg ke 2 pula....Pas perlu kerusi lebih.....atau kerusi campuran, bukan setakat kerusi 60% majoriti melayu shj
Kalau ke dua dua move ini gagal....tidak mustahil Pas akan menaja 'calon2 bebas' di kawasan2 PKR utk bertanding! Kalau bebas menang mereka akan isytihar bersama dgn Pas. Tapi kalau BN menang....Pas akan 'bertahaluf siyasi' dgn BN.....dan akhirnya Hadi jadi PM & Najib jadi TPM.....atau Najib jadi PM & Hadi jadi TPM. Yang penting Islam akan memimpin.......
Di dalam situasi ini pada perkiraan saya umno & BN tidak rugi apa2....dan sedang menunggu kesediaan dari pihak Pas shj

Anonymous said...

Jgn terpatuk ular kali ke 2 d lubang yg sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.