Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 23, 2012

Jasa Gereja DUMC Kepada Fakir Miskin Daerah Petaling

Tempohari Tulang Besi telah pergi ke Seksyen 14 Petaling Jaya. Seksyen 14 ini adalah kawasan yang amat hampir dengan Gereja DUMC yg menjadi isu kontroversi pada bulan Ogos 2011.

Di Medan Selera Seksyen 14, Tulang Besi telah terserempak dengan banner ini:


Sudah tentulah Tulang Besi amat terharu dengan program di atas ini. Tulang Besi pernah menjadi pemastautin di Seksyen 14 Petaling Jaya selama lebih 5 tahun satu masa dahulu. Selepas itu Tulang Besi pindah ke Damansara Utama dan tinggal di sana selama lebih kurang 5 tahun.

Sepanjang 10 tahun bermastautin di kawasan yang sekitar Seksyen 14 dan di Sekyen 14 sendiri, Tulang Besi TIDAK PERNAH melihat kempen seperti yang di atas ini.

Kempen "Usaha Menjejak Fakir Miskin" ini cuma timbul apabila terdedah ramai orang Islam terpaksa meminta bantuan dari Gereja2 sekitar Petaling Jaya selepas kontroversi serbuan JAIS ke Gereja DUMC.

Apa yang Tulang Besi mahu perkatakan adalah hasil dari bantuan gereja2 sekitar Petaling Jaya kepada orang2 Islam, maka barulah Lembaga Zakat Selangor mahu mengambil langkah pro aktif mencari orang2 Islam yang susah untuk dibantu.

Kalau JAIS/MAIS/LZS ni ikhlas mahu menjaga akidah umat ISlam, sepatutnya mereka tidak perlu tunggu gereja2 sekitar Petaling Jaya mula membantu orang Islam.

Sepatutnya kempen seperti di atas dilakukan 10-20 tahun dahulu lagi tanpa disuruh dan tanpa provokasi.

Ni tidak, dah jatuh baru nak tergadah. Lepas tu mainkan isu kononnya akidah umat Islam dalam bahaya. Guna pulak Hasan Ali dengan video nya yang tidak menyakingkan itu.

Maklumat Tulang Besi dapat, ramai yg minta pertolongan gereja kerana telah banyak kali ditolak permohonan oleh Lembaga Zakat Selangor. Alasan biasa adalah "tiada peruntukan".

LZS/JAIS/MAIS ni marah sangat bila orang Islam minta pertolongan Gereja, tapi bila mintak tolong diorang, tak mau tolong pulak.

Syukurlah. Ada juga jasa Gereja DUMC pada orang Islam yang fakir miskin dalam daerah Petaling. 

Lepas ni kalau Lembaga Zakat Selangor tolak permohonan bantuan, jangan segan dan jangan silu untuk pergi ke gereja terdekat bagi mendapat bantuan.

TULANG BESI

ps Tulang Besi pun sedih dengan Ketua Pemuda PAS sewaktu kontroversi serbuan JAIS ke atas Gereja DUMC ini. Tanpa menyiasat terus sahaja berkata dia hadapi cabaran dalaman kerana mahu mempertahankan akidah umat Islam. Lain kali siasat dulu, baru cakap.



2 comments:

muhamad khairy said...

Nak salahkan pemimpin kerajaan yg dulu pon x ada gunanya sebab umngokbn memang dah mcm tu..tapi kenapa pr dpt perintah selangor x selesaikan masalah tu sebaliknya org pr/pas yg nak bela pula dipecat..2x5..5x2 juga lah..

Rais Al Attas said...

Masjid, Pejabat zakat & sultan mengecewakan..kedekut sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.