Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 14, 2012

Jemputan Debat Terbuka Kepada Saudara Norman Toha

Saya mendengar ucapan Norman Toha dalam sebuah wacana di Vistana Hotel dengan begitu teliti.

Secara kasarnya, hujjah utama Norman Toha dari wacana Visatana Hotel tersebut adalah didakwa PAS telah lari dari landasan perjuangan asal.  

DIa berkata PAS adalah sebuah harakah islamiyyah dan bukan sebuah parti politik. Sepatutnya PAS kena mengutamakan gerakan Islam dan bukan mementingkan agenda politik semata-mata.

Norman Toha juga mempersoalkan hubungan PAS dengan Anwar Ibrahim. Tetapi yang menghairankan Tulang Besi adalah sewaktu Norman Toha aktif dalam Barisan Alternatif dulu, dia sendiri tahu yang Arwah Ustaz Fadzil Nor telah bersetuju untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif memerintah.

Soalnya, kenapa pada waktu itu Norman tidak protes? Kenapa sekarang baru nak protes? Keputusan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ini adalah warisan dari Allahyarham Ustaz Fadzil Nor lagi.

Hakikatnya adalah Norman serta kuncu2nya marah dengan Anwar Ibrahim kerana faktor Anwar telah menghalang berlakunya KERAJAANG PERPADUANG dengan UMNO.

Soal perjuangan PAS telah lari dari landasan tidak timbul sama sekali. Tujuan utama Norman Toha hanyalah untuk memburukkan serta memfitnah pemimpin2 PAS yang tidak mahu bersenggama dengan UMNO.

Maka atas sebab itu, saya Abdul Rahman Abdul Talib, sebagai rakan lama Norman Toha, untuk berdebat secara terbuka. Tajuk debat tersebut adalah:
"Benarkah PAS Telah Lari Dari Landasan Perjuangan Islam"
Ataupun kalau Norman Toha mahu tajuk lain, saya boleh mempertimbangkannya. Saya dah dengar ucapan Norman Toha di Youtube dan saya amat yakin untuk berdebat dengan Norman Toha. Saya berharap Norman Toha tidak mengecewakan jemputan saya ini. 

Kalau Norman kata dia bekas Presiden MISNA, saya adalah bekas Naib Presiden MISNA. 

Juga, kalau Norman Toha yakin dengan kebenaran yang dia hendak bawa, sudah tentu dia tidak akan teragak-agak untuk menerima jemputan Tulang Besi ini.

TULANG BESI

ps Saya pun hairan jugak. Setahu saya islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Kalau kita asingkan keputusan politik dan Islam, maka kita adalah gerakan sekular dan bukannya gerakan Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.