Thursday, November 29, 2012
Mahathir Pernah Jemput Pemerhati Pilihanraya Antarbangsa Di Tahun 1990
Anwar Ibrahim telah dikecam hebat kerana menjemput wakil dari Australia untuk menjadi pemerhati bebas terhadap perjalanan pilihanraya umum Malaysia yang ke 13 kelak.
Malangnya pihak Australia tidak sudi untuk menjadi pemerhati bebas atas sebab-sebab yang masih belum di ketahui.
Media2 UMNO tanpa segan silu menuduh Anwar sebagai agen asing dan mahu mengkompromi kemerdekaan negara Malaysia.
Sedutan jawapan Dr Mahathir (Sumber: Laporan Parlimen 21 Jun 1990)
Mudah sangat juak2 UMNO membuat tuduhan padahal pada tahun 1990, Dr Mahathir pernah melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Bukti? Sila rujuk Laporan Parlimen bertarikh 21 Jun 1990 muka surat 12 sehingga 15. (Atau sila klik di sini)
Antara jawapan Dr Mahathir di Parlimen adalah:
Makanya, Dr Mahathir sendiri pernah menjemput Badan Komenwel sedunia untuk menjadi pemerhati bebas kepada proses Pilihanraya 1990.
Apa salahnya Anwar menjemput wakil dari Australia untuk melakukan perkara yang sama? Bukankah Australia juga sebahagian dari negara Komenwel?
Kalau Anwar dianggap penderhaka, maka Dr Mahathir adalah 100x lebih derhaka kerana menjemput Badan Komenwel itu.
Nasihat Tulang Besi kepada juak2 UMNO, buat kajian dulu sebelum menyerang Anwar Ibrahim. Takut apa yang diserang akan makan tuan, seperti sekarang ini.
TULANG BESI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









2 comments:
Adakah Lynas menjadi penyebab Australia tidak mahu jadi pemerhati PRU13
Adakah Lynas menjadi penyebab Australia tidak mahu jadi pemerhati PRU13
Post a Comment