Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 17, 2012

Pemuda PAS Dibelasah Dari Berbagai Sudut

Kasihan juga melihat Dewan Pemuda PAS Pusat muktamar kali ini. Dibelasah dari berbagai sudut. Misalnya:
1.0 Perwakilan Muslimat Johor, Rosnani Jusoh, mempersoalkan prestasi Dewan Pemuda PAS di dalam menjaga kebajikan (khususnya gaji) guru-guru PASTI. Dengan keras beliau mempersoalkan kegagalan Dewan Pemuda PAS memastikan gaji guru2 PASTI setaraf dengan kos hidup serta pemberian insentif lain seperti insuran kesihatan. Jelas beliau, ini adalah kegagalan jelas Dewan Pemuda PAS.
2.0 Perwakilan PERLIS, Yaakob Abu Seman, hari ini mempersoalkan sifat tidak fokus Dewan Pemuda PAS. Sehingga sekarang tidak diketahui apa yang mahu dilakukan serta dicapai oleh Dewan Pemuda PAS. Semua ini akibat dari kelemahan kepimpinan Dewan Pemuda yang tidak jelas hala tuju jangka masa pendek dan sederhana organisasi tersebut. Setakat ini tidak jelas apakah yang mahu dicapai atau diharap oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
3.0 Presiden PAS sendiri menempelak Dewan Pemuda PAS yang telah meluluskan usul menyerang sidang editor suara rasmi parti, HARAKAH serta HARAKAHDAILY. Setelah beberapa perdebatan usul berlansung menyerang sidang editorial, Presiden tampil menyatakan kegembiraan Presiden berkaitan prestasi Harakah.
a. Ertinya keputusan AJK Pemuda membenarkan usul membahas Harakah telah ditemplak oleh Presiden PAS secara terbuka. Seharusnya, Dewan Pemuda PAS tidak mengizinkan usul yang sebegitu tidak matang ini dibenarkan untuk dibahas.
4.0 Perwakilan PEMUDA dari Johor , Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.
5.0 Salah seorang wakil Pemuda juga menegur sikap pemuda yang "Tua Sebelum Waktunya". Maksudnya, Pemuda hilang terus imej sebagai Pemuda kerana teringin mahu menjadi tua.
Di atas adalah beberapa contoh teguran dan kritikan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat. Bagi Tulang Besi pun, rasanya semua teguran di atas memang sah. Pemuda PAS Pusat sudah jadi tidak releven lagi kerana semuanya tidak mahu jadi pemuda.

Semua ini adalah natijah dari pengambil alihan kepimpinan Pemuda Pusat oleh golongan ulama. Begitu bangga mereka pada Muktamar 2009 di mana wakil Pemuda yang berbahas pada masa itu  di mana wakil Pemuda tersebut dengan bangga mengisytiharkan kepimpinan Pemuda telah diambil alih oleh golongan ulama. (ikuti teguran Ustaz Ahmad Awang terhadap keghairahan golongan ulama dalam pemuda ini)

Kalau ulama ambil alih pemuda, di manakah lagi Pemuda yang sebenar mahu menumpang teduh? Kalau PEmuda mahu dikawal oleh ulama, seeloknya dibubarkan sahaja DEwan Ulama kerana jelas sudah ada dua dewan ulama dalam parti.

Atas sebab itulah semenjak diambil ulama, Dewan Pemuda PAS menjadi mandum dan jumud. Langsung gagal mendapat penghormatan dan jauh sekali mampu menggerunkan musuh.

Inilah akibatnya apabila kepimpinan Pemuda diambil hanya melihat kepada gelaran "ustaz" semata-mata walaupun ustaz tersebut tidak fasih bahasa Arab dan sering ponteng kuliah di Azhar (kerana kuliah tidak diwajibkan hadzir di Al Azhar).

Sepatutnya kepimpinan pemuda diambil dari kumpulan pemuda yang berkebolehan, berkemahiran, berilmu dunia mahupun agama. Tidak kira dia ada title ustaz mahupun tidak.

SAya masih ingat lagi salah seorang pemimpin pemuda PAS begitu gembira apabila senarai kepimpinan Pemuda PAS Terengganu tahun 2009 hampir 95% dari golongan Ustaz.

Sepertinya segala ilmu dalam dunia ini diajar di Al Azhar semata-mata.

Hakikatnya ramai pelajar Azhar suka ponteng kuliah ditambah dengan buku2 di Azhar itu majoritinya menceritakan realiti kira-kira 500-600 tahun yang lepas.

Tidak hairanlah apabila Pemuda PAS diterajui golongan Al Azhar ini, ia jadi mandum dan jauh ketinggalan ke belakang.

TULANG BESI

 

3 comments:

Anonymous said...

Terus terang walaupun saya adalah Pemuda PAS, namun di dalam memberikan sumbangan idea, saya lebih rela menyerahkan dan memaparkan sahaja idea-idea di mana-mana ruangan komen di blog-blog pro-pakatan dari dibiarkan idea-idea ini mati di tangan Pemuda PAS.

Dalam kata lain Pemuda PAS kurang ummmmph di dalam menjana tindakan dari idea-idea yang diberikan. Secara mutlak Pemuda PAS Pusat di bawah Ketua Pemuda sekarang kurang berkarisma iaitu gagal menjana sesuatu idea dan menjayakan idea tersebut untuk pembangunan masyarakat dan negara.

Hanya kerana PAS berpaksikan Islam dalam perjuangan mendaulatkan Islam maka saya tidak bersedia menyertai parti Pakatan Rakyat yang lain.

Anonymous said...

setuju sgt dgn pandangan anon di atas dan tulang besi.

pemuda pas lembab dan jumud, apa lagi pewakilan, bila nak pilih nnti, pastikan tukar, ambek yg dinamik, innovatif dan proaktif, ramai dlm pas tu baik akhlak dan alim walaupun bukan kelulusan agama. tak guna nama saja pemuda, tapi lembab.

malaysiabaru said...

Salam. Mohon jgn banding pemuda pas dan pemuda umno.memang betul geng ustaz ni biul. Tapi doa seorang ustaz tu penting. Biarlah general itu ulama namun komandan golongan profesional. Pemuda mana pun semua berhingus dn belum nmpak dunia luar krn sistem pendidikan islam terbelakang dn peluang kerjaya islam backward. Kalau dpt org yahudi mcm umngok jd adivisor pemuda ,lain lah cerita.power. tahap otak pemuda islam .asih biol ,ustaz maupun profesional.
Petikan
Malaysiabaru.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.