Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 21, 2012

Pemuda PAS Serang Harakah, Senyap Pasal Hasan Ali/Nasaruddin

Dewan Pemuda PAS telah meluluskan usul mengecam Harakah. Antara kecaman yang dinaikkan adalah:
1.0 Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujjah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad.
2.0 Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri
3.0 Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad
4.0 Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting.
5.0 Harakah menerbitkan beberapa artikel yang me"rugi" kan Jemaah (tanpa dinyatakan dengan jelas artikel yang mana satu serta bagaimana artikel itu merugikan PAS)
HAKIKATNYA:
1.0 Kemarahan Pemuda ini sama seperti kemarahan HAsan Ali yang menuduh HArakah berat sebelah dan tidak mahu menyiarkan kenyataan2 beliau. Tampak jelas kemarahan Pemuda kepada HArakah adalah kerana HArakah tidak mahu jadi jumud seperti Pemuda PAS.
2.0 Hakikatnya, kemarahan Pemuda kepada Harakah bermula dengan sikap Harakah yang bermusuh dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Ia ditunjukkan sendiri dengan posting Timbalan Ketua Pemuda yang mengecam Harakah dalam Facebook berkaitan salah satu karikatur Harakah yang mengecam Nasaruddin Mat Isa Disember 2011
3.0 Semua kita maklum bahawa sewaktu Pemilihan PAS 2011, Dewan Pemuda PAS adalah penyokong kuat kepada Nasaruddin Mat Isa serta HAsan Ali. Walaupun demikian, sokongan Pemuda tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Abang Mat Sabu. Tak hairanlah Nik Abduh marah benar dgn karikatur mengecam Nasaruddin Mat Isa
4.0 Sehingga hari ini, tidak kedengaran suara lantang Pemuda PAS mengecam kelancangan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali? Soalnya sekarang mengapa Pemuda lebih berminat maki Harakah dan membiarkan Nasaruddin Mat Isa serta Hasan Ali memfitnah PAS? Padahal tindakan Hasan Ali dan Nasa itu jauh lebih merugikan jemaah berbanding Harakah.
5.0 Hakikatnya, Harakah bukan sahaja dibeli oleh ahli2 PAS tetapi juga rakyat umum yang tidak berparti. Maka, kandungan Harakah haruslah seimbang antara berita parti, berita Pakatan Rakyat serta berita umum. Kalau jualan Harakah merudum, adakah Pemuda mahu menampung kerugiannya? PEmuda PAS sendiri tak mampu naikkan gaji guru2 PASTI yang berada di bawah tanggungannya.
6.0 Pemuda PAS tidak harus bersikap bongkak dan sombong memandangkan rekod PEmuda PAS yang pro kepada agenda perpaduang dengan UMNO. Sepatutnya Pemuda PAS muhasabah diri dan menilai mengapa mereka mandum dan tidak mendapat sokongan dari golongan muda.

Akhir kata, Tulang Besi pernah bertanya kepada salah seorang Exco Pemuda berkenaan dengan Ustaz Nasaruddin. Dia cuma mampu berkata semoga Nasa bertaubat. Ertinya Pemuda PAS tiada masaalah Nasa mengecam dan merugikan jemaah.  

Kalau Dewan Pemuda PAS anak jantan dan benar2 sayang pada jemaah, sepatutnya dikedepankan satu usul meminta PAS Pusat memecat Nasaruddin Mat Isa dari PAS.

Namun kelihatannya Pemuda PAS redha dengan tindakan Nasaruddin Mat Isa menghentam dan menista PAS dan lebih suka memperbesarkan kelemahan kecil Harakah.

Itulah tahap Pemuda PAS Pusat. Tahap kebudak budakan serta tidak tau membezakan antara yang buruk dan baik. Lebih baik Pemuda PAS tumpu kepada menjaga kebajikan Guru2 PASTI berbanding menjadikan diri mereka suara Nasaruddin dan Hasan Ali.

TULANG BESI

ps mungkin Pemuda PAS boleh terangkan apa hubungan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan mantan Presiden UMNO di bawah?


4 comments:

Anonymous said...

Pemuda PAS dibawah nasrudin tantawi memang mengecewakan dan seperti tidak terasa kewujudannya. hanya muncul dgn ulasan ulasn remeh tentang sesuatu isu tanpa fakta. Minta ketua Pemuda letak jawatan dan diganti dgn yg lebih agresif, berwibawa, berpelajaran dan matang.

Anonymous said...

Dia belum ready nak jadi pemimpin nasional

antirasuah said...

ABU ABU ABU ABU ABUABU

Anonymous said...

Inilah bila pemimpin merasa diri ulamak..High taste...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.