![]() |
Sewaktu Natrah dimurtadkan, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri |
Tuesday, November 6, 2012
UMNO Halalkan Murtad Di Wilayah Persekutuan
Nurul Izzah telah dijadikan bahan fitnah dan nista oleh UMNO berkenaan dengan isu mutad.
Nurul Izzah cuma membaca terjemahan ayat Quran yang berbunyi "Tiada paksaaan dalam agama..." tetapi wartawan yang melapor tersalah faham serta ingatkan itu adalah kenyataan umum Nurul Izzah. Maka, media2 telah membuat silap melaporkan kononnya Nurul Izzah menyokong murtad.
Soalnya sekarang, bagaimanakah dengan rekod buruk UMNO sendiri di dalam menangani murtad?
Rekod UMNO menyokong murtad bermula sejak zaman 50an lagi dengan peristiwa Natrah lagi.
Apabila Natrah dimurtadkan oleh British pada 1950, UMNO cuma berpeluk
tubuh dan berdiam diri.
Yang menganjurkan protes menentang permurtadan Natrah adalah
mantan Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani. Tiada
seorang pun pemimpin2 UMNO pada masa itu yang merengkok dalam penjara
kerana memperjuangkan murtadnya Natrah.
Lagi bukti jelas adalah adalah Akta Jenayah Syariah 1997 untuk Wilayah Persekutuan.
Akta tersebut diluluskan oleh UMNO dan ditulis oleh UMNO. Ia adalah hasil usaha kerja tangan UMNO semata-mata dan tiada siapa lagi.
Di dalam Akta yang dihasilkan oleh UMNO 100% tersebut TIDAK MENYATAKAN MURTAD SEBAGAI KESALAHAN JENAYAH DI WILAYAH
PERSEKUTUAN.
Dengan kata lain, murtad di Wilayah Persekutuan adalah
HALAL. Mana-mana orang Islam yang MURTAD di Wilayah Persekutuan TIDAK
BOLEH didakwa di Mahkamah Syariah dan dihukum. Mereka bebas murtad
sesuka hati mereka tanpa boleh diambil tindakan oleh JAWI.
Kita juga mesti ingat, yang meluluskan Akta ini adalah
UMNO. Bukan Ambiga, Harris, paderi Kristian ataupun sesiapa sahaja.
Ianya adalah kerja tangan UMNO semata-mata.
Jelas, perjuangan menentang murtad oleh UMNO
ini hanya satu sandiwara, drama dan lakonan. Mereka sendiri menjadi penyokong
dan pendokong murtad nombor satu di Malaysia. Mereka jelas tidak serius menangani isu murtad.
Sepanjang kewujudan UMNO kita lihat UMNO menjajai fahaman "Politik Suku, Agama Suku". Sekaligus menyesatkan jutaan umat Islam di Malaysia dengan ajaran yang berlawanan dengan Islam ini. Tidakkah ini satu tindakan yang membawa kepada murtad?
Jangan lah kita terpedaya dengan lakonan-lakonan mereka ini.
TULANG BESI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.
Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.
Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.
MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427
Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)
Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

Umno/BN sudah sinonim dengan nilai RM500juta. Terdahulu RM500juta dikaitkan dengan skandal kapal selam scorpene.
ReplyDeletePaling terbaru didedahkan pula skandal RM500juta membabitkan tanah Bumiputera Pulau Pinang.
PANAS!! Skandal tanah Bumiputera Pulau Pinang bernilai RM500juta oleh kerajaan pusat didedahkan
Nik Aziz tersungkur depan wheelchair Karpal Singh lagi! Setelah disergah oleh Pengerusi Majlis Fatwa dan Agama PAS iaitu Karpal Singh,maka Nik Aziz terpaksa tangguhkan penguatkuasaan undang2 terhadap salun di Kelantan.Inilah bukti PAS adalah anjing kurap DAP!
ReplyDelete