Namun, sedar tak Elton John ini bukan hanya seorang artis tetapi seorang aktivis LGBT diperingkat antarabangsa.
Beliau menjadi ikon serta salah satu tokoh terpenting gerakan LGBT Sedunia.
Mengikut WIKIPEDIA:
TERJEMAHAN: Pada April 2010, ELton John bersama Cyndy Lauper melancarkan kempen "Give a Damn" untuk memberi kesedaran umum berkaitan diskriminasi terhadap masyarakat LGBT..."
Namun, UMNO dengan redha memberi kebenaran kepada Elton John mengadakan konsert beliau di Genting.
Setelah berlori-lori tuduhan kononnya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat adalah pro kepada LGBT, namun mudah sahaja UMNO membiarkan Elton John masuk ke Malaysia.
Mungkin UMNO tak larat nak halang Elton John datang ke Genting Highland kerana Genting Highlaand ini kepunyaan mendiang Lim Goh Tong, tokeh judi terbesar di Malaysia. Semua maklum betapa taatnya UMNO kepada tokeh-tokeh judi ini.
Tak sabar Tulang Besi nak tunggu kumpulan2 seperti PERKASA dan JATI mewar-warkan isu ini. Ataupun Ibrahim Ali pun kecut untuk melawan tokeh judi Malaysia juga kerana beliau pernah makan gaji dengan tokeh judi bernama Vinsetan?
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment