
Waca
70% rakyat Selangor sokong Umno-PAS bergabung Jamilah Kamarudin | November 10, 2012
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan majoriti penduduk negeri ini yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu. Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.
“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini.
Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.
Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal.
Resolusi wacana Wacana tersebut juga berjaya mencapai 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar.
“Mungkin kita akan ajukan resolusi ini kepada pemimpin tertinggi dalam masa tersekat. “Harapan kami supaya mereka (pemimpin PAS) agak terbuka menerima pandangan peringkat akar umbi yang sebenarnya sudah lama disuarakan,” katanya.
Sebelas resolusi tersebut adalah:
1. PAS mesti mengembalikan kepimpinan ulama untuk meneraju PAS di semua peringkat.
2. PAS mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam.
3. Agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.
4. Setiap ahli PAS yang diberi peluang memegang jawatan dalam parti hendaklah terlebih dahulu diberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.
5. Pemimpin PAS mesti mencerminkan sifat tawadhu’ dan menghormati pandangan dan cadangan ahli di peringkat akar umbi.
6. PAS harus menimbangkan dengan serius ruang kerjasama sesama Islam dan Melayu termasuk dengan Umno.
7. Dalam sistem tahaluf siyasi, PAS mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.
8. Pemimpin PAS tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.
9. PAS mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar Khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju PAS untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud.
10. Hubungan pemimpin dan pengikut mestilah berdasarkan kepada kedua-dua prinsip al wala’ wa al barra’ (prinsip kesetiaan terhadap pemimpin dalam Islam).
11. Wacana yang diadakan hari ini hendaklah diadakan di peringkat negeri bagi memberi peluang kepada ahli dan penyokong di peringkat akar umbi menyertai wacana sebegini.
No comments:
Post a Comment