Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, December 18, 2012

Ada Kaitan Amanat Haji Hadi dengan Yahudi?

KLIK IMEJ
Dari 1985 sampai hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinista dan ditohmah berkaitan dengan "Amanat Haji Hadi".

Namun, sehingga ke saat posting ini ditulis, TIADA PENDAKWAAN DI BUAT KE ATAS HAJI HADI di mana-mana Mahkamah Syariah.

Ini bererti dokumen yang dikatakan sebagai "Amanat Haji Hadi" ini adalah SELARI DENGAN ISLAM!!!!!

Tulang Besi mempunyai satu teori. Bahawa isu "Amanat Haji Hadi" ini adalah hasil buah fikiran syarikat perunding Yahudi bernama "Saatchi and Saatchi".

Sememangnya Tulang Besi tiada bukti yang nyata tapi sebab itulah ia dipanggil teori dan bukan fakta.

MAHATHIR DAN SYARIKAT KETURUNAN YAHUDI IRAQ

Untuk pengetahuan pembawa sekelian, sewaktu isu ini mula timbul, Dr Mahathir Muhammad telah mengambil khidmat perunding dari sebuah syarikat Yahudi yang berpengkalan di New York bernama "Saatchi and Saatchi".

Syarikat ini diambil Dr Mahathir untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam hal berkaitan membina imej politik dan pilihanraya kerana ia pakar dalam memenangkan parti-parti atau calon-calon pilihanraya.

Ertinya, dalam Dr Mahathir kuat menghentam dan memaki Yahudi, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir sewaktu masuk ke Pejabat PM adalah mengambil penasihat bangsa Yahudi.

Kalau Mahathir ada "Saatchi and Saatchi" sebuah syarikat Yahudi Iraq, maka Najib ada APCO, sebuah syarikat Yahudi Israel.

Maka, Tulang Besi berteori bahawa syarikat Yahudi inilah yang memberi saranan supaya "Amanat Haji Hadi" dijadikan isu politik.

Mengapa?

Kerana untuk membawa perhatian orang Melayu Islam dari isu yang sebenar, yakni :
          PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI

Kalau kita ingat balik, titik sebenar isu AMANAT HAJI HADI dimainkan adalah apabila RTM mula2 memainkan rakaman peristiwa Memali di TV.

Di 5 minit terakhir rakaman tersebut, ditunjuk  satu poster yang dijumpai di dalam madrasah milik Ustaz Ibrahim Libya yang tertulis di atas nya perkataan "Amanat Haji Hadi".

Selepas itu, orang Melayu Islam seluruh Malaysia berhenti berbincang pasal pembunuhan kejam Memali dan hanya bercakap pasal "Amanat Haji Hadi" yang kononnya mengkafirkan orang UMNO.

Padahal arwah Ustaz Fadzil pernah berkata:

"Kita tak pernah kata depa (UMNO) kafir, tapi mereka dok rasa mereka kafir"

Kita tak boleh marah "Saatchi and Saatchi" pasal diorang tu carik makan. Simpati orang umum berubah sama sekali hasil dari kempen fitnah "Amanat Haji Hadi" ini.

Orang umum yang asalnya mula mahu simpati pada PAS rata-rata termakan dengan kempen jahat ini.

Padahal sampai hari ni tiada satu orang pun berani mendakwa Haji Hadi Awang di atas "Amanat" nya ini.

Lebih2 lagi, Haji Hadi sendiri tak pernah memberi amanat ini. Ia hanyalah ucapan beliau sahaja menghurai ayat-ayat 44-49 Surah Al Maaidah. 

Di kala itulah, dalam PAS menghadapi fitnah yang sebegitu buruk dan jijik itu, PAS telah mengarahkan semua ahli dan penyokong untuk membaca doa Qunut Nazilah supaya Allah SWT menghancurkan serta memecah belahkan UMNO.

Elok PAS mula baca doa pada tahun 1985, pada tahun 1987 UMNO pecah belah teruk menjadi 2 team dan kemudian dua parti.

Dan semenjak 1985 sampai ke saat ini, UMNO TIDAK BERHENTI BERPECAH.

UMNO menghadapi bala terus menerus dari doa penyokong dan pendokong PAS pada tahun 1985, yakni UMNO tidak berhenti-henti berpecah belah.

"Tak payah cerita perpaduan dgn PAS la, ko pegi bersatu dalam parti ko dulu" kata seorang penceramah yang bercakap pasal gagasan Perpaduang Melayu UMNO-PAS yang Tulang Besi pernah dengar.

Akhir kata, usaha UMNO menggunakan Mufti yang tiada ijazah menyerang Haji Hadi dan menghidupkan isu yang telah lapuk adalah amat dikesalkan.

TULANG BESI

ps fatwa UMNO kafir ini sudah bermula semenjak PAS belum ditubuhkan lagi. Antara yang berfatwa UMNO adalah kafir adalah Arwah Ustaz Abu Bakar Baqir dari Gunung Semanggul yang sepanjang hayat beliau tidak pernah menyertai PAS.
Itu tidak termasuk Tok2 Guru Pondok dari Kedah dan Kelantan yang terus menerus berfatwa bahawa parti UMNO itu kafir.

Adapaun TG Haji Hadi tidak pernah berfatwa bahawa UMNO itu kafir








2 comments:

Anonymous said...

Postet amanat ni ada kt rmah sy sblum sy lahir lg..ptutla ayah sy xbuang2 dr dlu lg.

otakbesi said...

TB,
kalau penasihat Yahudi yang menyarankan kepada UMNO menyerang AMANAT HAJI HADI. Ini bermakna mufti dan geng ulamak berhinggus dalam UMNO yang menyerang AMANAT HAJI HADI adalah lidah penyambung kepada Yahudi.

kah kah kah!
ilmu mantiq kata :
Mufti turut UMNO, UMNO turut Yahudi, Mufti turut Yahudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...