Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, December 28, 2012

Antara Nama Allah dgn Izinkan Melayu Murtad

Seperti biasa media milik UMNO memainkan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta kaum Kristian diizinkan menggunakan kalimah Allah.

Tulang Besi sendiri pernah bekerja di Mesir dan dalam ofis Tulang Besi dulu ramai kaum Kristian Qibti. Dalam email yang ditulis oleh boss Tulang Besi yang juga seorang Kristian bernama George Noshy seringkali beliau menggunakan perkataan Inshaalah dan Alhamdulillah.

Dan Tulang Besi lihat pekerja2 yang Islam di ofis Tulang Besi tu sikit pun tak heran. Malahan, Universiti Al Azhar pun sikit tak heran. Lebih dari itu ada professor2 Al Azhar yang faqih dalam ilmu islam berkahwin dengan perempuan Kristian Qibti ini tanpa perempuan itu menukar agama kepada Islam.

Ertinya isu kalimah Allah untuk orang Kristian ini isu yang dimainkan oleh UMNO untuk mendapat publisiti murahan. UMNO perlu menampilkan imej mereka membela Islam walaupun dua tiga tahun lepas mereka menaja judi bola.

Sepatutnya para mufti lebih kuat menentang kenyataan mantan Presiden UMNO, yakni Pak Lah, yang mengizinkan kaum Melayu murtad seperti di bawah:


Walaupun Kristian di Mesir bebas menggunakan kalimah Allah, namun tidak sekali-kali kaum Kristian Mesir ini berani menyeru umat Islam Mesir untuk murtad.

Namun, mantan Presiden UMNO kata takpa kalau orang Melayu jadi murtad.

TULANG BESI

7 comments:

Anonymous said...

Itu lah masalahnya bila gagal membezakan keadaan setempat diantara Mesir dan Semenanjung maka dgn kelemahan itu membuat seseorg mengandaikan bahwa apa yg sesuai di Mesir maka sesuailah jugak ianya di Semenanjung.

Anonymous said...

Nabi melarang para sahabat membunuh org2 Islam yg munafik sezaman dgnnya kerana nabi tidak kepada status si munafik tetapi kepada anak2 yg akan keluar dari perut si munafik tersebut yang bakal memuliakan Islam. Sama lah dgn puak2 Krsitian ni...mereka tak memandang kepada generasi umat Islam yang sedia ada tetapi kepada cucu dan cicit mereka dalam usaha perlahan2 lagi licik mereka utk mengelirukan umat Islam geenrasi akan datang. So jgn jadi pembuka jalan. Apa yg UMNO silap pi mampus lah tapi takan kita pun nak jadi pemampus umat2 Melayu.

Anonymous said...

Awak suka..itu awak yg suka tetapi majoriti umat Islam Melayu tak suka so follow majoriti unless ada fatwa yang mewajibkan semua umat Islam kene terima jer kehendak mereka. Selagi takder...diam dan hormati kami yg majoriti. Jgn kerana keterlaluan nak memuliakan kawan yg belum Islam sehingga meninggalkan kami yg dah Islam. Dan jgn guna perbandingan bagaimana Nabi buat byk yg sahabat tak suka tetapi akhirnya terbukti Nabi yg benar sebab awak lagila bukan Nabi.

Anonymous said...

Di Mesir org Arab sendiri pun beragama Kristian. Itu pun sudah satu perbezaan yg besar diantara situasi di Mesir dan situasi di Semenanjung. Seorg ulamak sebelum dia mengeluarkan suatu pendapat atau penerangan...mesti memahami situasi setempat sebelum memutuskan sesuatu hukum. Sebab tu Imam Shafie sendiri menukar fatwanya pada sesetengah perkara yg berlaku di Iraq dgn situasi yg berlaku di Mesir pada isu yg sama.

Anonymous said...

Di Kelantan perkataan "betina" boleh digunapakai utk perempuan tanpa konotasi yg buruk seperti anok tino ambo atau ore tino ambo...but the same word cannot be applied di negeri2 lain kerana seolah2 merendahkan sifat perempuan tersebut! Faham? Atau perlu penjelasan lain plak. Unless u nk bgtau Islam tidak menerima logik.

j labu said...

Hua hua hua.. malysian sempit the movie! Hebat.. mesir tua yg luas tu suma taklih lawan hebatnya islam melayu..
Melayu ni tak rela umat lain sebut nama allah.. sebab tu lah depa pegang saham kilang arak dan syarikat judi.. supaya depa dapat jaga nama Allah tidak dicetak sewenangnya pada botol arak dan tiket judi.. ulamak mesir apa tau..
umat mesir bangang sebab bagi umat lain agungkan nama Allah.. umat melayu pantang, rezab melayu tu.. cukup la cina india operate kilang makan minum orang melayu islam.. dah kira adil tersangat tu..
Kerajaan melayu um cuma bising taklih pakai nama Allah, tapi tak haramkan pun cetak bible versi bm.. bukan ke kerajaan islam melayu adil.. cuma cina india taklih sebuut nama Allah.. selebihnya depa buleh belasah.. nak buat kuil besar bukit ka, nak mabuk sampai subuh ka.. nak berLena joy ka.. lantak luu laa..

Anonymous said...

Ramainya yg terpengaruh dgn mainan Umno...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...