Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 5, 2012

Di Bawah DAP, Tiada Premis Judi Baru dalam Selangor

Sepanjang 2008 sehingga hari ini, tidak ada walau satu pun premis judi baru di Selangor. Semua kedai judi yang saudara/ri lihat di Selangor adalah warisan dari kerajaan Melayu/Islam UMNO dahulu.

Ini bererti, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berjaya mengekang perkembangan judi di Selangor.

Ini cukup berbeza sewaktu Selangor diperintah oleh kerajaan Islam UMNO. Tiap2 tahun pasti ada premis judi baru tumbuh di mana2 tempat di Selangor. Malahan, di bawah pemerintahan kerajaan Islam UMNO, industri judi cukup subur di Selangor.

Kemenangan Pakatan Rakyat berjaya menghentikan perkembangan industri judi di Selangor.

Ada juak2 UMNO bertanya mengapa kerajaan PAkatan Rakyat Selangor tidak menutup semua premis judi di Selangor.

Saya jawab kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Islam UMNO adalah terlampau teruk. 50 tahun Kerajaan Islam UMNO telah membela serta menyuburkan industri judi dan arak di Selangor.

Maka, untuk membersihkan 'tahi-tahi' yang ditinggalkan oleh kerajaan Islam UMNO itu akan memakan masa. Ia juga tidak boleh dilakukan secara terburu-buru. Nanti lebih banyak keburukan yang bakal berlaku kalau terburu-buru.

Langkah pertama adalah menghentikan sama sekali mana-mana premis judi baru di Selangor. Dan langkah ini jelas telah berjaya.

Dan kalau tidak ada campurtangan pihak kayangan, sudah tentu langkah kedua telah berjalan yakni menghapuskan premis2 judi di kawasan perumahan yang majoriti Islam.

Sekiranya UMNO kembali memerintah Selangor, saya jamin 1000% premis-premis judi akan bercambah kembali di Selangor laksana cendawan tumbuh lepas hujan.

Hakikatnya, UMNO telah menghalalkan judi sebelum mereka memerintah Malaysia lagi. Ia bermula dengan langkah UMNO mengadakan program ekonomi "Loteri UMNO 1951".



UMNO dan JUDI Ibarat Irama dan Lagu

 
TULANG BESI


3 comments:

Anonymous said...

Tak payah le berbangga sangat di perintah oleh DAP... Suka bebenor saudara di perintah oleh orang kafir, ya... mengucap le.

Betul ke tiada pusat judi baru? Ada bukti ke atau among2 kosong...Tak baik berbohong

Yang saya tahu... pusat pelacuran, pusat urut, pusat karoke tumbuh macam cendawan di kala hujan. Sama juga di Penang and di Kedah. Nak bukti...search le dulu di internet..kalau tak tahu..bagi tahu, nanti saya bagi list.

Sekurang-kurang tu BN tu dikuasai oleh orang Islam...Alhambulilah.

Tulang Besi said...

Apa guna diperintah org mengaku Islam mcm UMNO kalau judi pun tak boleh haram?

Malahan, bawah UMNO judi bertambah-tambah rancak.

Mana ada pusat urut, pusat pelacuran, pusat karaoke tumbuh mcm cendawan di Selangor.

Ko mabuk ke?

Anonymous said...

kenyataan yang amat bododh macam pernah dibuat oleh melayu singapura di peringkat awal diperintah cina. Melayu bodoh manjang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.