Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 12, 2012

Di Melaka Pun UMNO Dah Mula Goyang

Syukur Alhamdulilah. Walaupun ditekan dan ditindas oleh Ali Rustam serta UMNO Melaka, perhimpunan Kebangkitan Rakyat Melaka telah berjalan dgn jayanya.

Gambar2 di bawah ini cukup untuk menjadi saksi terhadp kejayaan program tersebut.

Bayangkan, punya lah hati kaudu mereka ni sampai:

1.0 Dua orang tuan tanah telah diugut dan terpaksa menyerah kembali wang deposit atau sewa kepada penganjur program.

2.0 Bekalan elektrik telah diputuskan di tempat2 perkumpulan besar di Melaka kerana ditakuti pihak penganjur akan "hijack" tempat2 ini untuk program mereka.

3.0 Belum sempat program bermula, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menurunkan semua bendera parti Pakatan Rakyat. Itulah bukti jelas hati kaudu UMNO Melaka. PAdahal, cukai pintu di Melaka tu semua orang kena bayar, tak kira parti mana.

4.0 Selepas program ini, Ali Rustam diberitakan berkata yang pihak kerajaan bercadang untuk menyaman Pesuruhjaya PAS negeri Melaka kerana menganjurkan program sedemikian. Apa la punya hati kaudu si Ali Ketam ni (Kalau berita ni sahih la)

5.0 Mengadakan karnival hiburan di sebelah tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Bukit Baru

Namun, setelah ditekan dan ditindas sebegitu rupa, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar. Begitu ramainya rakyat Melaka yang hadzir sehingga samseng2 UMNO yang biasanya akan terpekik terlolong mengacau majlis tidak berani tunjuk muka. Agaknya takut kena sumpah dgn berpuluh2 ribu rakyat Melaka yang turun malam itu.

Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, Ali Rustam sebenarnya marah kerana program tersebut mahu diadakan di Melaka Tengah. Kalau penganjur mengadakan majlis di Linggi atau di Bukit Asahan atau di Selandar atau di Bemban, Jasin atau di Pengkalan Balak, Ali Rustam tidak akan marah langsung.

Ini kerana Melaka Tengah ini adalah kawasan Ali Rustam. Diberitakan Ali Rustam mahu terus bertanding di mana2 kerusi DUN mahupun Parlimen di dalam kawasan Melaka Tengah.

Majlis sebegini mampu menyebabkan Ali Rustam terpaksa melarikan diri ke DUN Melekek yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Maklumat Tulang Besi dapat dari veteran-veteran UMNO, ada usaha untuk membuat undi protes terhadap UMNO di kalangan veteran2 UMNO. Tapi, mereka hanya akan memenangkan satu atau dua orang calon PAS sahaja.

Ini kerana veteran2 UMNO di Melaka rata-rata mengatakan orang Melayu Melaka memerlukan wakil pembangkang Melayu di Melaka. Hanya mengharapkan UMNO sahaja untuk orang Melayu tidak mencukupi dan sudah terbukti tidak berkesan.

Berbagai masaalah orang Melayu Melaka masih tidak terselesai selama UMNO terus mewakili Melayu. MAsaalah moral, akhlak, kemiskinan dan yang lain lain lagi masih tidak selesai walaupun UMNO sudah lebih 50 tahun memerintah Melaka. 

Inshaalah, akan berlaku beberapa kejutan yang tidak ada siapa sangka selepas ini. AMIN!!!!!

Itulah sebabnya Ali Ketam begitu takut kot?


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Pas kerana berani melawan DAP dalam isu kedai gunting rambut!!! kah kah kah.

Tulang Besi said...

Takziah kepada UMNO yg sembah MCA dalam hal ehwal keagamaan Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.