Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, December 13, 2012

Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib

Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:
1.0 Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
2.0 Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
3.0 Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
4.0 Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
5.0 PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
6.0 PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
7.0 PAS telah membuang hudud demi DAP
8.0 DAP anti Melayu dan Anti Islam
9.0 Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
10.0 PAS Kelantan tak bina masjid
11.0 Pakatan Rakyat tidak tepati janji
Sekiranya semua tuduhan2 ini benar maka tiada alasan untuk Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Namun, sehingga hari ini Najib Tun Razak diam membisu. Yang kita dengar hanyalah alasan-alasan dangkal serta dalih-dalih basi yang datang dari jentera UMNO dan Barisan Nasional.
Kata orang tua-tua, "Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah".

Kata orang tua-tua juga, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Bagi Tulang Besi, selagi Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, selagi itulah semua serangan-serangan UMNO dan Barisan Nasional kosong semata-mata.

TULANG BESI

6 comments:

Anonymous said...

Adalah terlalu bodoh untuk seorang PM berdebat dengan Anwar dalam isu-isu sedemikian kerana isu isu tersebut tak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat pun. Semua itu adalah isu-isu yang ditimbulkan sendiri oleh perbuatan Anwar, Pas, Nurul Izzah. Sejak bila Najib keluarkan video seks Anwar? Yang keluarkan video seks tu Dato Eskay, kawan Anwar sendiri. Sejak bila Najib kata Anwar liwat? Yang kata Anwar liwat tu Saiful. Yang sibuk nak pertahankan keselamatan Israel tu Anwar. Dia yang ucap, kenapa tiba-tiba Najib pulak nak kena debat? Yang buat kenyataan sokong Melayu murtad tu Nurul Izzah. Kenapa Najib pulak perlu debat?

Apa yang perlu ialah Anwar, Pas dan Nurul Izzah menjelaskan kepada rakyat akan perkara-perkara tersebut. Apa yang anda bangkitkan semua itu adalah datang dari puak anda sendiri dan tak de kena mengena dengan Najib. Jadi kenapa pula Najib perlu nak debat.

Ia juga menunjukkan PR ni tak ada idea untuk bangunkan negara kerana mereka lebih berminat untuk menyelesaikan polemik hipokrisi mereka.

Tulang Besi said...

Maknanya kamu mengaku Najib Tun Razak adalah seorang yang bachul dan penakut?

Anonymous said...

Berani atas dasar kebodohan adalah sia-sia. Nak kata bachul atau penakut macam mana kalau isu itu tak de kena mengena dengan beliau.

Yang bachul dan penakut ialah Anwar kerana sampai hari ni, Anwar tak tunjukkan jam Omega miliknya walaupun terang-terang isteri dia kata ada simpan. Ni baru bachul tahap tinggi.

Tulang Besi said...

Polis dah kata jam omega tu dari Taiwan la, NGONG!!!

Anonymous said...

Macam mana Wan Azizah kata mereka ada simpan jam omega, tapi tiba-tiba Polis pula boleh ada jam tu? Kantoi

Tulang Besi said...

Pasal Jam Omega tu si Eskay yang beli dari Shanghai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...