Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Monday, December 24, 2012

Kalau ikut UMNO, Hudud Tak Sesuai Sampai Kiamat

Hasil dari isu hudud tempohari, puak2 UMNO berada dalam kepanasan. Tujuan asalnya mahu memaksa PAS mengaku meninggalkan hudud, akhirnya menjadi senjata makan tuan bila ramai warga net bertanya kepada UMNO bilakah mereka sendiri mahu melakasanakan hudud.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi UMNO apabila Presiden UMNO sendiri menolak perlaksanaan hukum hudud sama sekali dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TV3, dimana Najib terus terang berkata:

Undang-undang Hudud, kita tidak akan laksanakan


 
Alasan yang Najib gunakan adalah "kalau kita hendak laksanakan mestilah berpaksi pada realiti" Ertinya, alasan yg digunakan oleh Najib dan UMNO alasan rapuh kerana realiti sekarang tidak menghalang perlaksanaan hukum hudud mahupun hukum syariah sama sekali. 
Masakan parti yang halalkan judi dan arak akan melaksanakan hudud. 
UMNO mengaku mereka adalah penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Malaysia ini. 
Juak2 mereka di alam maya berhempas pulas mempertahankan pendapat Najib ini. Suka saya simpulkan alasan2 mereka sebegini serta jawapannya:
1.0 Sekarang ini susah mahu mendapat saksi atau hakim yang adil dan wara' untuk kes hudud
JAWAPAN: Kalau tiada saksi, maka kes akan dibuang. Tiada masaalaah. Di zaman Nabi SAW sendiri pun hudud zina itu sendiri berlaku atas pengakuan dan bukannnya saksi. Bagaimana pula kalau kes2 yang berkaitan dengan pengakuan si penzina? Adakah hudud tidak boleh dijalankan kerana ketiadaan saksi sedangkan si penzina itu telah pun mengaku?
2.0 Hudud yg diluluskan dalam Enakmen Syariah Kelantan dan Terengganu itu adalah hudud PAS dan bukannnya hudud Islam
JAWAPAN: Kalau begitu, kenapa Enakmen Syariah Terengganu MASIH KEKAL seperti yang asal sedangkan yang memerintah Terengganu adalah UMNO. Mengapa UMNO tak ubah Enakmen tersebut? Ertinya UMNO mengiktiraf kedua2 Enakmen Syariah Kelantan dan Terengganu
3.0 (Alasan yg Dr Mahathir guna sendiri) Hudud PAS ini akan menzalimi mangsa rogol kerana memerlukan empat orang saksi untuk membuktikan rogol
JAWAPAN : Rogol tidak diletakkan di bawah Hudud tetapi TAAZEER. Dr Mahathir menampakkan kebodohan beliau apabila menyamakan rogol dgn hudud.
4.0 Realiti Malaysia tidak sesuai untuk hudud
JAWAPAN: Alasan Najib ini digunakan oleh UMNO semenjak berpuluh-puluh tahun yang dulu. Kalau ditunggu UMNO sampai kiamat pun realiti tak sesuai untuk hudud.
Masakan parti yang halalkan judi dan arak akan melaksanakan hudud. Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu seribu dalih.
5.0 Saidina Umar pernah menangguhkan hudud hanya kerana berlaku kemarau panjang di Madinah
JAWAPAN: Ini adalah fitnah yang sangat besar ke atas Saidina Umar. Hudud tidak pernah ditangguhkan sama sekali. Hanya hukum potong tangan tidak dapat dilaksanakan kerana syarat untuk hudud (tiada syubhah) tidak boleh dipenuhi dalam masa kemarau panjang. Kalau masuk mahkamah pun, akan buang kes kerana adanya syubhah Manakala, hukum2 hudud yang lain berjalan seperti biasa walaupun ada kemarau panjang.
Begitulah alasan2 dangkal yang dilayangkan oleh UMNO di media2 internet demi melindungi kesalahan UMNO yang menolak hudud dan mengutamakan MCA dari hukum Allah SWT.
TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...