Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, December 4, 2012

Pendoa "KO BN" yang Saya Kenali

Demi Allah SWT yang menguasai alam semesta, pendoa KO BN yg menjadi kontroversi baru-baru ini adalah seorang Tok Guru yang kebetulan mengenali diri Tulang Besi secara pribadi.

Malahan, kepada yg belajar di ITM Shah Alam sekitar tahun 1980an sehingga 90an sudah pasti mengenali Ustaz Nik Radzi Nik Mat kerana beliau telah bertugas di sana begitu lama.

Beliau bukan seorang yang asing kepada pelajar2 ITM pada waktu itu.

Bayangkan betapa tinggi akhlak Ustaz Nik Radzi ni sampai pada satu masa dahulu hendak makan di kedai pun beliau tidak. Beliau sanggup beli nasi bungkus dan makan di dalam kereta.

Cukup dengan Tulang Besi menyatakan ramai orang datang bertemu beliau semata-mata mahu meminta beliau doakan hajat mereka. Dengan kata lain, pada waktu itu, sekiranya ada sesiapa yang ada hajat nescaya mereka akan mencari Ustaz Nik Radzi untuk membuat solat hajat. Ia bererti Ustaz Nik Radzi ini antara hamba-hamba Allah yang makbul doanya.

Oleh kerana ilmu beliau yang begitu tinggi dan penguasaan bahasa Arab beliau yang begitu hebat, maka Ustaz Nik Radzi kerap dilibatkan apabila ada sessi soal jawab feqah. Malahan, pada waktu itu, tiada siapa yang mahu ke hadapan untuk menjawab soalan2 feqah apabila ada Ustaz Nik Radzi.

Maka, kepada Fathul Bari yang menggunakan PAU untuk menista dan menuduh Ustaz Nik Radzi kononnya tidak mengerti cara berdoa yang betul, saya nasihatkan pergi ukur ilmu kamu dulu.

Kalau dibanding ilmu Fathul Bari dengan Ustaz Nik Radzi ni saya rasa lima kali langit dengan bumi pun tak cukup.

Ini terbukti apabilaa TV3 dan semua media aurs perdana TIDAK BERANI MENJEMPUT USTAZ NIK RADZI menerangkan isu ini dari sudut beliau sendiri.

Mereka tahu, Ustaz Nik Radzi mampu menurunkan taraf Fathul Bari kepada taraf budak tadika sahaja dari sudut ilmu agama.

Fathul Bari ni, dengan Ustaz Wan Ji pun dia tercungap-cungap nak berdebat inikan pulak dengan Ustaz Nik Radzi yang terbukti ilmu dan kefahaman agama dia.

Kalau hanya setakat belajar di universiti Wahabbi sahaja jangan lah berlagak macam kamu faham agama sangat. Ulama2 besar Wahabbi pun ramai dah terbukti tak reti agama disebabkan kejumudan mereka. 

Bagi Tulang Besi, inshaalah doa Ustaz Nik Radzi itu doa yang baik dan tidak akan diungkapkan oleh beliau sekiranya ia berlawanan dengan syariat Islam. Tunggulah jawapan dari Allah SWT terhadap doa yang diaminkan oleh berpuluh ribu jemaah pada malam itu. 

Akhir kata Tulang Besi kepada doa Ustaz Nik Radzi:

AMIN!!!!

TULANG BESI


2 comments:

Anonymous said...

Kepada admin..saya ni penyokong tegar PAS dan mmg tak setuju dgn Fathul Bari. Tetapi Admin mengatakan University Wahabi tu agak tak professional sbb Haji Hadi pun dari University yg sama dan ramai pelajar University tu yg bakal menjadi pelapis Ulamak...Jangan la jd seperti 'kerana nila setitik, habis susu sebelanga'...minta Admin fikir2 kan....syukran

Anonymous said...

Kepada Admin....saya ni penyokong PAS dan sama sekali tidak bersetuju dgn Fathul Bari tetapi statement saudara tentang University Wahabi agak tidak proffesional sbb Haji Hadi pun dari University yg sama dan saya yakin graduan2 dr University 'wahabi' ni adalah bakal pelapis2 ulamak yg akan mengisi kekosongan ahli syura....syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...