Sepanjang Persidangan Agung UMNO, tidak henti-henti para perwakilan mahupun pemimpin menyatakan UMNO adalah benteng terhadap agama Islam di Malaysia. Sehingga wakil ulama muda mereka, Fathul Bari, berhempas pulas berhujjah kononya doa Ustaz Nik Razi itu salah dari sudut Islam.
JUDI DAN UMNO
Sedarkah kamu wahai pendokong2 UMNO sekalian bahawa kamu terlampau sebati dengan perkara2 haram, terutamanya judi?
Sebagai contoh:
1) Dalam bulan pertama Presiden kamu memegang Menteri Kewangan, dia telah meluluskan sepuluh lesen judi "Special Draw"
2) Selepas itu, taukeh judi Lim Goh Tong gol. Presiden kamu telah menghadiri majlis penanaman bangkai tokeh judi tersebut serta memuja dan memuji tokeh judi tersebut di hadapan bangkai Lim Goh Tong. Bernama melaporkan Najib berkata:
“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.
“Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.
Begitu berbangganya Presiden UMNO dengan tokoh judi terbesar di Malaysia itu
3) Presiden UMNO telah meluluskan lesen judi bola kepada VInsetan, seekor lagi tokeh judi di Malaysia. Lesen telah dikeluarkan serta wang telah dibayar. Namun, hasil pakatan PAS-DAP berjaya menghalang Presiden UMNO serta UMNO seluruhnya dari menjayakan projek judi bola tajaan UMNO dan VInsetan itu
UMNO TELAH MELULUSKAN LESEN JUDI BOLA
4) Dalam kira2 waktu yang sama, anakandanya Dr Mahathir telah mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk membeli saham dalam syarikat arak bernama San Miguel. Seolah-olahnya tiada haram dan halal lansung apabila dikaitkan dengan famili Dr Mahathir ini.
5) Dalam pada itu, Utusan Meloya melaporkan isteri Perdana Menteri menerima cek dari syarikat Judi untuk tujuan kebajikan, disaksikan oleh Zahid Hamidi (sumber UTUSAN MALAYSIA):
6) MAntan Presiden UMNO, Pak Lah, sendiri terima sumbangan dari syarikat judi (Sumber: PEMADAM):
ROSMAH DAN ZAHID HAMIDI TERIMA SUMBANGAN SYARIKAT JUDI
Maka, ingin kita bertanya kepada UMNO:
Islam Apakah Yang Kamu Perjuangkan Sebenarnya?
No comments:
Post a Comment